Wednesday, June 30, 2010

Ayam Percik Pasar Malam

Salam semua.Hari nie nak share resepi Ayam Percik Pasar Malam.Menu nie aku masak semlam utk berbuka posa.Actually,semalam aku start ganti posa.Al-maklum ler dah nak dekat bulan Ramadhan nie.Baru ler terkial2 nak ganti posa.Dah tu tekak lak teringin nak makan ayam percik.Kena la buat sendiri.Tapi yg bestnya my hubby tolong masakan.Resepi nie aku ambik dari myresepi.Dah banyak kali aku buat ayam percik guna resepi nie.Mmg sedap.Jom layan resepi pulak....


Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )
  • 500 gm bawang besar- diblender
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

Monday, June 21, 2010

Sambal Bilis Goreng

Salam semua.Hari nie aku nak share beberapa menu yg dimasak.Lambat skit buat en3 baru sbb gambar baru jer transfer ker PC.So,menu kali nie Sambal Bilis Goreng.Aku tak pasti menu nie org lain biasa makan gak atau tidak.Tapi aku mmg suka.Dah lama tak masak menu nie.Tetiba lak semlam teringat.Apalagi,aku terus ler masak Sambal Bilis Goreng nie utk our lunch semalam.Resepi belajar dari arwah mak.Jom layan resepi lak...Layanzz!!!


Bahan-bahan:-
  1. Ikan Bilis
  2. Kacang Tanah
  3. Cili Kering (dikisar)
  4. Bawang Besar (dipotong bulat)


Cara menyediakan:-
  1. Goreng ikan bilis dan kacang tanah terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak.Tumis cili kering yg telah dikisar tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar pula.
  4. Masukkan ikan bilis dan kacang tanah.Gaul rata dan biarkan seketika.
  5. Sambal Bilis Goreng sedia dihidang.





Mushroom Goreng Garing

Menu nie aku masak for lunch semalam.Simple & sedap.Resepi aku ambik dari blog "Resepi Dan Cerita Perantau".Tq to tuan punya blog,my dear frenz , Kak Suzi.Menu nie gak sesuai dimasak kalo nak habiskan stok mushroom dlm fridge.Jom layan resepi pulak!!!



Bahan-bahan
  • mushroom
  • tepung jagung
  • lada sulah
  • kunyit
  • garam

Cara-cara

  1. Basuh mushroom, keringkan dan potong.
  2. Gaul mushroom tadi dengan garam, kunyit, lada sulah dan tepung jagung.
  3. Panaskan minyak dan goring sampai garing.
  4. Siap dihidang.Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih dan lauk lain.

Crumbed Fish with Chips & Mix Vege

Menu nie utk breakfast pagi semalam.Sempoi jer pun.Aku beli yg dah siap semua.Just tinggal nak goreng jer crumbed fish and chips tu.Yg mix vege lak aku rebus.Nie breakfast yg paling sesuai jika mood malas memasak berada di tahap GABAN...Layan!!!!

Ayam Kurma

Hari nie aku nak share menu Ayam Kurma.Kalo nak tau,aku paling tak pandai masak resepi berasaskan kurma & kari.Tak tau ler kenapa.Mmg rasa ssh sangat menu nie walhal ramai org yg cakap kat aku menu nie la yg simple&senang.Arwah mak aku dulu pun cakap menu nie la yg paling senang.Tapi bg aku menu nie la paling ssh aku nak masak.Maybe sbb aku tak suka mkn kurma&kari kot.Tu pasal setiap kali masak aku rasa cam tak jadi jer...Worait,jom layan resepi Ayam Kurma lak...Layan!!!!



Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 biji kelapa - ambil santan
1 paket rempah kurma
8 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit buah keras - ditumbuk
Sedikit air asam jawa
1 1/2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bawang besar

Cara Menyediakan:


Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan rempah kurma, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Gorengkan bahan-bahan ini selama 2 minit.


Masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit. Setelah air ayam hampir kering, masukkan santan, sedikit garam dan air asam jawa tadi dan kacau hingga mendidih.


Setelah itu masukkan bawang besar yang dipotong 4 dan buah keras yang ditumbuk.


Setelah semua bahan dimasukkan, biarkan hingga 20 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Saturday, June 19, 2010

Sayur Kacang Manis


Menu yg sempoi jer.
Resepi belajar dari arwah mak aku.Layan!!!


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 30 batang kacang buncis (dipotong halus)
  • Sedikit daging ( kalu nak guna ayam, sotong, ikan bilis, telur, etc pun boleh)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang cili merah (dihiris)
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak . Goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Kemudian masukan daging & goreng hingga masak.Kalo suka berkuah,boleh tambah sedikit air.
  2. Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit. Masukkan cili merah dan letaklah garam secukup rasa. Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap. 

Thursday, June 17, 2010

Ayam Masak Ungkep

alam semua.Hari nie cuaca di Adelaide tersangat la sejuk.Pagi tadi cuaca cam agak cerah.Nampak ler sinar matahari.Tapi sekejap jer.Pas2 hujan turun on off.Nampak gayanya, bertambah2 ler sejuk malam nie.Sedap nak tido.Menu hari nie aku masak "Ayam Masak Ungkep".Menu nie asalnya dikatakan masakan org jawa.Tapi org bukan jawa cam aku pun makan gak.Sedap & sempoi jer resepinya.Resepi aku ambik dari blog "Sinar Kehidupanku".TQ tuan puya blog (Kak Yatie)....Jom layan resepi pulak!!!


Bahan-Bahan
* 1 ekor ayam> potong 12
* 2 sb ketumbar - dikisar halus
* 1 sb jintan putih - dikisar halus
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
*10- 15 biji cili hijau
* 2 inci kunyit hidup
* 1 inci halia
* 3 batang serai - dititik
* 3 sudu makan gula
*1 helai daun kunyit> di siat2
* Garam - secukup rasa
* 2 cawan air
* 1/2 cwn air asam jawa
* Minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Blend bwng besar, bwng putih, halia, kunyit dan cili. Masukkan sekali ketumbar dan jintan dan sedikit minyak supaya halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di kisar. Tumis hingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul sebati.
  3. Apabila tumisan telah betul-betul garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati dan masukkan air asam jawa tadi.
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati sehingga ayam agak mengecut. Masa ni gunakan api sederhana supaya ayam meresap bersama2 perencahnya.
  5. Masukkan air dan pastikan rasanya betul2 ok.
  6. Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
  7. Setelah ok masukkan daun kunyit dan gaul lagi.
  8. Setelah siap, padamkan api dan bolehlah di hidangkan bersama dngn nasi putih.

Kacang Kuda





Actually, 2-3 hari yg lepas aku saja merebus kacang kuda.Tetiba teringin nak makan.Tapi,betul ker nama kacang nie "Kacang Kuda"???Aku tak pasti pun.Tapi tak kisah ler.Yg penting aku mmg suka makan kacang nie sbg kudapan time tgk tv or time melayari internet.Cara nak rebus senang jer.Basuh kacang.Pas2 rebus di dalam air yg mendidih dan tambahkan sedikit garam...Siap!!!!

Wednesday, June 16, 2010

Daging Kicap Kerisik Berempah

Good morning semua.Hari nie cuaca di Adelaide bertambah sejuk.Perot pulak asyik lapo je memanjang.Hari nie nak share menu daging kicap kerisik berempah.Resepi ambik dari blog "Sinar Kehidupanku".Resepi yg simple & sedap.Menu nie aku masak untuk lunch merangkap dinner semalam.Resepi nie mmg memenuhi citarasa aku sebagai penggemar daging kicap.Tgh2 makan tetiba lak teringin nak makan lemang dgn dgg kicap.Sedapnya kalo dpt lemang.....Layan!!!!


Bahan-bahan :

  • 1 kg daging btng pinang (kalau daging biasa, rebus dan toskan dulu..)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  • 2 sb kicap pekat
  • 3-4 sb cili kering kisar
  • kicap manis/kicap masin secukupnya
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)-saya guna yg serbuk
  • 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)- saya guna yg serbuk
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk) - saya guna yg serbuk
  • air asam jawa
  • 2-3 sudu makan kerisik
  • 1 sb sos tiram
Bahan-bahan mesin :


  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :


  1. Ambil 2-3 sudu besar bahan2 mesin dan gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis bahan2 mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga daging empuk.
  5. Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.

Tuesday, June 15, 2010

Nasi Tomato

Salam semua.Hari nie aku nak share resepi "Nasi Tomato". Menu nie aku masak for lunch & dinner semalam.Resepi dah tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Mmg sedap.Bertambah sedap jika dimakan panas2 bersama dgn "Ayam Masak Merah" "Acar Timun Masak".....Layan!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng



Acar Timun Masak

Menu yg simple tapi sedap.Resepi aku ambik dari myresipi.Aku tak letak biji sawi sbb kat sini tak pasti ada ker tak.....Tak sempat nak pi cari....Even tak der biji sawi tetap jadi acar jugak....Layan!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi

Cara-cara

  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.




Sunday, June 13, 2010

Telur Dadar Cendawan

Salam malam dari Adelaide.Dok tgh boring2 nie tetiba teringat nak share resepi yg paling sempoi kat dunia.Resepi telur dadar cendawan.Menu nie aku masak dinner kejap tadi.Mood memasak down yg teramat2.Tu pasal dinner telur dadar je.Resepi nie aku dah tak ingat ambik dari mana.TQ to tuan punya resepi.Layan!!!


Bahan-Bahan:-

1) Telur (2 biji)
2) Cendawan tiram (200g)
3) Bawang besar dipotong nipis (1/2 biji)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Cili hijau (2 biji)
6) Daun bawang dipotong halus (secukup rasa)
7) Lada hitam (secukup rasa)
8) Garam (secukup rasa)
9) Minyak untuk menggoreng (secukup rasa)

Cara:-


Bersihkan cendawan dengan air garam dan tumbuk batangnya. Perah sedikit untuk keluarkan airnya.
Hiris nipis bawang merah dan cili. Masukkan ke dalam mangkuk.
Campurkan dengan telur dan daun bawang.
Potong nipis bawang besar dan masukkan ke dalam mangkuk juga.
Masukkan cendawan. Kacau sebati.
Tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau.
Goreng telur dadar cendawan dengan api sederhana.
Balik-balikkan hingga masak dan sedia untuk dihidang.

Daging Kunyit Berkobis

Salam semua.Cuaca di Adelaide,cam biasa tetap sejuk.Maklum ler,dah nak masuk winter.Tapi paling best hari nie sbb matahari dah nampak bayangnya.Tak malu2 nak keluar.Jadinya,apalagi.Tugas aku hari nie disamping memasak, aku menjalankan proses basuh membasuh kain baju yg bertimbun2 dalam bakul.....huhuhu

Erm,menu hari nie aku nak share "Daging Kunyit Berkobis".Simple jer menu nie.Sesuai dimasak kalo kita nak cepat or kalo mood memasak agak down skit.Resepi pulak aku ambik dari blog tersohor "Dunia Tanpa Sempadan".TQ to tuan punya resepi.Sedap bangat...Layan!!!


Bahan-bahannya :
250 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1/2 inci halia muda*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
1/2 camca teh garam
Secubit gula
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, hiris serong
1/4 biji kobis bulat
1/3 cawan air

Cara Membuatnya :
  1. Daging digaul dengan bahan tumbuk halus hingga rata. Perap sekurang2nya 2 jam dalam peti sejuk. Kobis dihiris kasar, cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan daging tadi dan masak hingga daging berubah warna. Tuang air dan masak hingga daging lembut.
  3. Tambah sayur kobis dan cili merah hiris, kacau rata dan biar hingga kobis lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam, kacau rata, angkat dan hidangkan panas bersama nasi.



Garlic Bread & Mushroom Soup

Menu nie aku buat untuk "minum petang",petang semalam.Sejuk2 nie,aku sefamily asyik lapo jer.Lagi2 ler si Ukail.Nak makan jer kejenya.Actually,aku dah pernah buat mushroom soup before nie.Kalo nak resepi klik SINI jer yeik.Yg roti tu pulak aku beli jer kat kedai.Tak pandai lg nak buat sendiri.InsyAllah,aku akan belajar buat garlic bread suatu hari nanti.Bila dah sampai seru...Layan!!!









Thursday, June 10, 2010

Mee Goreng Basah

Salam semua.Lama rasanya tak update blog.Agak busy sejak kebelakangan nie.Maklum ler,kat sini dah nak masuk Winter Season.Siang dah makin pendek.Malam lak makin panjang.Rasa cam tak cukup waktu siang nak habiskan keje2 rumah.Tgk2 hari dah gelap.Tapi kerja2 rumah ada gak yg tak siap2.Terpaksa ler dibawa keje sampai ke malam....

Menu yg nak share nie simple jer pun, Mee Goreng Basah.Menu nie masak untuk breakfast pagi semalam.Resepi belajar dari arwah mak.Jom layan resepi......Layan!!!


Bahan-bahan:-

mee kuning
ayam-(dipotong kecil2 & direbus)
bawang putih-diblend
bawang merah-diblend
cili kering-diblend
fishcake-potong kecil
sayur sawi-dipotong kecil2
taugeh
kicap-secukup rasa
garam-secukup rasa
minyak

Bahan hiasan:-
telur dadar-dipotong nipis
cili merah-dihiris nipis


Cara-cara:-

  1. Rebus ayam (air rebusan tu digunakan ketika menggoreng mee nanti).
  2. Panaskan kuali dgn sedikit minyak.Tumis bawang putih & bawang merah yg diblend tadi.Biarkan masak seketika. 
  3. Masukkan cili kering yg diblend,gaul seketika.Masukkan sedikit air rebusan ayam.Masukkan kicap & garam secukup rasa.
  4. Kemudian, masukkan isi ayam yg direbus tadi.
  5. Masukkan sayur sawi,taugeh & fishcake. 
  6. Akhir sekali masukkan mee kuning yg telah di tos.Gaul sehingga mee sebati. 

  7. Taburkan telur dadar cili merah sbg hiasan.
  8. Mee Goreng Special siap dihidang.






Friday, June 04, 2010

Nasi Lemak Special

Salam semua.Lama tak update blog atas sbb2 busy dgn tugas harian.Even aku nie full-time housewife tapi tetap busy jugak tau.Nak2 pulak skrg nie di Adelaide malam panjang.So,rasa siang cam tak cukup masa jer.

Menu nie aku masak 2 hari lepas.Time tu jemput jiran sebelah (Kak Gina& family) dinner dgn kami.Saja jer ajak jiran sebelah makan sama2 sbb cam boring lak tiap2 hari makan bertiga jer.Simple jer pun nasi lemak yg aku buat nie.Resepi  nie arwah mak aku yg ajar.Jom layan resepi....


A. Nasi Lemak (Resipi tradisi, dimasak cara moden)

Bahan-bahan

beras
santan
garam
daun pandan
halia
bawang merah (dihiris halus)


Cara memasak

1. Basuh beras
2. Masukkan santan dan sedikit air.(santan ni adalah pengganti air-biasanya saya sukat air beras macam masak nasi putih)
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
4. Masak nasi seperti biasa.


B. Sambal Tumis Ikan Bilis (Boleh ganti ikan bilis dengan udang hidup atau sotong basah)

Bahan-bahan
1. cili kering (diblender)
2. bawang merah (diblender)
3. bawang putih (diblender)
4. halia (diblender)
5. serai (diblender)
6. sedikit belacan (option)
7. air asam jawa
8. bawang besar  (dipotong bulat)
9. ikan bilis yang telah digoreng
10. garam dan gula secukup rasa

Cara memasak

1. Blend cili kering,bawang merah, bawang putih,halia,serai & belacan sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
5. Masukkan sedikit air asam jawa.
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi.
7. Gaul sampai sebati.Masukkan sedikit air.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Masukkan hirisan bawang besar.
10. Didihkan dan angkat dari stove.
11. Nasi lemak sedap dimakan bersama ayam goreng,timun dan telur rebus@telur mata kerbau.