Thursday, December 23, 2010

Ayam Serai Pedas

Salam kawan-kawan semua.
Resepi simple je nak share hari nie,Ayam Serai Pedas.
Tak ingat dah ambik resepi dari mana but TQ to tuan punya resepi.
Sedap dan menyelerakan.Layan!!!!


Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 3 keping dada ayam (ambil isi sahaja)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili besar (ditumbuk/dikisar)
  • 6 biji cili padi (ditumbuk/dikisar)
  • 1 camca sos ikan (sos nampla)
  • 1 camca sos tiram
  • Secubit gula dan sedikit ajinomoto
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)

Cara-cara

  1. Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
  3. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan. 


8 comments:

  1. Patutlah ada satu hari tu, tgh angkat kain...pastu bau...sedapnya Aunty Ayu masak, ckp ngan Ryan

    ReplyDelete
  2. Sedap..sedap... blh la sy pinjam resepi ayu wat buka puasa ptg ni... :D

    ReplyDelete
  3. sangat menggoda ayam ni..lapor ayam la pulak

    ReplyDelete
  4. waa best ni...boleh suruh orang rumah try ni...

    ReplyDelete
  5. sedapnya ayam serai bau smeerbak ..

    ReplyDelete
  6. wah sedap ni....bau harum semerbak sampai ke sini..hihi

    ReplyDelete
  7. nampak mudah.. bleh suruh orang umah try..

    ReplyDelete