Monday, April 14, 2014

Sarapan Nasi Lemak Sotong

Assalam semua. Just nak share gambar sarapan hari nie. Nasi lemak sotong kembang. Masak sendiri baru puas makan sotong nie.

Wednesday, March 19, 2014

Jelatah Kacang

Assalam semua. Hari nie nak share resepi jelatah kacang. nie first time buat. Biasa buat acar timun nenas yg letak cuka je. Resepi ambik kat SINI. Tq tuan punya resepi. Kalo sape minat boleh la try buat. Simple je pun..... 

Bahan-bahan :-
1 biji timun
1/2 biji nenas masak 
6 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
kacang tanah (ditumbuk
)
garam
gula

Cara-cara memasak :-
1) bersihkan timun, nenas, bawang besar, cili merah.
2) kemudian potong nipis bahan yang telah dibersihkan tadi. masukkan ke dalam bekas.
3) masukkan sos cili, kacang tanah yang telah ditumbuk, garam dan gula.
4) gaul semua bahan sehingga rata sebati, kemudian bolehlah di simpan kedalam peti sejuk seketika.
5) sedia dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih. selamat menjamu selera.

Monday, March 17, 2014

Ikan Talapia Bakar

Salam semua. Hari nie menu lunch tadi ikan talapia bakar. Simple je. So, kalau dah makan ikan bakar conpem la cicah air asam. Baru la mantop. Nak resipi SINI.


Thursday, March 13, 2014

ABC

Assalam semua.
Cuaca di Terengganu sangat la panas hari nie.
Pekena ABC pun sedap.
Jom makan ABC.


Monday, March 10, 2014

Ayam Bakar Simple

Assalam kengkawan semua. Menu simple je nak share hasil drpd lunch semalam. Dalam resepi bakar dlm oven tapi saya bakar guna pemanggang ajaib je. Boleh jugak. Nie resipinye yeik. Tq to tuan empunya resepi. Dah tak ingat ambik daripada mana...

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
  • 1 kilo kepak ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan kepak ayam dan toskan
  2. Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
  3. Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
  4. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
  5. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak