Tuesday, April 26, 2011

Kueh Teow Goreng

Salam semua pengunjung blog HepiCookMum.Semoga anda semua sihat dan ceria selalu.Hari nie aku just nak share resepi simple jer utk menu yg dimasak weekend lepas iaitu Kueh Teow Goreng....Jom layan....



Bahan-bahan:-
kueh teow
udang basah
bawang putih-diblend
bawang merah-diblend
cili kering-diblend
fishcake/fishball-potong kecil
sayur sawi-dipotong kecil2
taugeh
kicap-secukup rasa
garam-secukup rasa
minyak

Bahan hiasan:-
daun bawang-dihiris nipis
cili merah-dihiris nipis


Cara-cara:-

Panaskan kuali dgn sedikit minyak.Tumis bawang putih & bawang merah yg diblend tadi.Biarkan masak seketika.  

Masukkan cili kering yg diblend,gaul seketika.Masukkan sedikit air dan udang basah.Masukkan kicap & garam secukup rasa. 

Masukkan sayur sawi,taugeh & fishcake/fishball.  

Akhir sekali masukkan kueh teow yg telah di tos.Gaul sehingga sebati.  

Taburkan daun bawang dan cili merah sbg hiasan. 

Kueh Teow Goreng siap dihidang.

Wednesday, April 20, 2011

Kerabu Sotong Thai

Salam kawan-kawan semua.Terima kasih sbb masih sudi menjenguk blog nie walaupun dah agak jarang nak update.Hari nie nak share resepi Kerabu Sotong Thai.Memang sedap dan simple jer nak buat.Resepi ambik dari myresepi. TQ to tuan punya resepi.Jom kita tengok resepinya pulak....

Bahan-bahan ( 2-4 people )
· satu mangkok Sotong
· 2 biji limau nipis
· Daun ketumbar
· 1-2 bawang besar
· 3 sudu besar fish sauce
· 1 sudu besar gula
· 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
· 5-10 Cili padi (ikut rasa)
· NB: bole juga taruk tauge & tomato, n seafood cocktail..


Cara-cara
1. Bersihkan sotong.
2. potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
4. campur semua bahan..dan rasa.. and ENJOY!!
5. NB: after step 2: jangan lupa sejat sotong..buang air...

Saturday, April 09, 2011

Sup Ikan Kerisi

Salam kawan-kawan semua.
Resepi simple je nak share, 'Sup Ikan Kerisi'.  
Ambik resepi dari Potret Kasih.TQ.
Mmg sedap dan simple.Moh kita layan resepi ....

Bahan-bahan:-
3 ekor ikan kerisi saiz besar ( di siang dan dipotong 2 @ 3 )
1 inci halia – di potong memanjang
4 ulas bawang merah  ( di hiris )
3 ulas bawang putih ( di hiris )
4-8 biji cili padi – dipotong memanjang
sedikit serbuk lada sulah
1 camca besar sos tiram
1 sudu makan sos ikan
air untuk kuah secukupnya
garam
daun bawang
daun ketumbar
Jus limau ( jika suka sup masam – ikut suka )

Cara penyediaan
1. Tumis halia, bawang putih, bawang merah dan lada sulah hingga wangi. Kemudian masukkan cilipadi, ikan dan  air. Masak hingga kuah mendidih.
2. Bila mendidih masukkan sos tiram, sos ikan dan garam. Sesuaikan rasanya. Jika suka sup masam boleh letak jus limau.
3. Hidangkan dengan daun bawang dan daun ketumbar.