Friday, December 17, 2010

Nasi Tiga Warna

Salam petang Jumaat kawan-kawan semua.
Baru sempat nak update blog.Erm,resepi nak share hari nie,Nasi Tiga Warna.
Ambik resepi dari dapur Kak Hana Japan.Layan!!!



Bahan-bahan
  • 3 cawan beras (hana guna beras basmati)
  • 3 cawan air
  • pewarna merah, hijau dan kuning secubit garam
  • satu ketul stok ayam (Knorr atau maggi) beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu makan margerin
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara
  1. Cuci beras dan toskan
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
  4. Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya
  5. Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak

5 comments:

Atika Natasha said...

yummy!bleh try la pasni..tp kal0 tuan umah sndirik yg v0lunteer nak tlg msk kat sy lg best en..ehehe..slmt kenal2..

afzan said...

nasi tiga warna? nyum nyum

WanitaMustanir said...

nasi hujan panas ke??

jemputlah baca entri baru,
Extreme desire for Shopping Online until I satisfied.. di shirashafrida.blogspot.com

Ein Makrai... said...

Sedapnyer...boleh try nie.....

❦ Fara Farina ❦ said...

yum.. yum.. sedap nie.. leh la try buat nanti.. salam perkenalan yer..