Monday, May 24, 2010

Air Soya & Okara

Sabtu ari tu,aku tetiba teringin nak minum air soya.Time2 pregnant dulu,minuman nie jadi favourite aku.Tapi time tu aku tak pandai nak buat soya sendiri.Aku beli jer kat kedai.Even rasa soya kat sini tak sesedap soya buatan Msia,tapi aku minum berkotak2 jugak.Dah pregnant ler katakan,yg tak sedap pun jd sedap.Itu citer time aku pregnant thn 2008.....

So,sejak thn lepas 2009, aku berusaha buat soya sendiri.Hanya beli kacang soya jer kat kedai.Tak larat nak minum soya omputih nie.Aku nak rasa soya yg peor.Alhamdulilah,berhasil soya aku.Dapat ler minum soya hasil tgn buatan sendiri.Kalo aku kat Msia,conpem aku takkan buat.hehehehe........Resepi nie aku tak ingat ambik dari mana.TQ to tuan punya resepi.Mmg sedap...Layan!!!!


Bahan-bahan ( +/- 1 liter )

  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  3. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu. 

1 comment:

Othman Juliana said...

oh, terliuq jadinya~ kena cari kt pasar mlm la mlm ni,.. hehe