Friday, November 12, 2010

Daging Rendang Pedas

Salam semua.Menu hari nie nak share dgn kengkawan,Daging Rendang Pedas.Resepi belajar dari arwah mak.Simple & sedap kalo mkn dgn nasi panas-panas.Makan dengan lemang pun sedap jugak.Jom kita intai resepinya pulak yeik...



Bahan-bahan

  • daging
  • cili kering (dikisar)
  •  bawang merah (dikisar)
  • halia (dikisar)
  • serai (dikisar)
  • santan
  • kerisik
  • serbuk kunyit
  • asam keping
  • daun limau purut
  • daun kunyit (dihiris)
  • sedikit gula & garam
Cara-Cara
1.      Gaul daging dgn bahan yg dikisar , kerisik, kunyit, asam keping dan juga santan.
2.      Kemudian, panaskan minyak.
3.      Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang telah digaul tadi (tak perlu tumis).
4.      Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
5.      Perasakan dgn garam dan gula.
6.      Biarkan dia mendidih dan masak hingga kuah agak kering
7.      Siap untuk dihidang. 

No comments: