Friday, December 24, 2010

Kari Telur

Salam petang Jumaat semua.Baru sempat nak update en3 hari nie.Menu nak share simple je.Dinner malam tadi aku just buat,Kari Telur.Resepi ambik dari dapur Kak Wana, Potret Kasih.TQ so much.Layan!!!


Bahan-Bahan:-
6 biji telur
4 biji bawang ( di tumbuk/dihiris )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk/dihiris )
1/2 inci halia ( ditumbuk atau di hiris )
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air )
1 cawan santan pekat @ susu cair
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
daun ketumbar ( tabur )
daun bawang ( tabur )
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam
minyak untuk menumis
Cara penyediaan:-
1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Pecahkan telur satu persatu kedalam kuah yang mendidih tadi.
5. Bila telur beku masukkan garam, bawang goreng yang telah di tumbuk dan daun ketumbar, daun bawang.
6. Kacau seketika dan angkat.



5 comments:

ZiE FAUZi said...

zie suka makan kari/gulai telur.. tp zie tak rebus telur tu,terus pecahkan masuk dalam kari time mendidih..

||aLeaSaRa|| said...

salam teringat kat mak mertua kite di Taiping.dulu mak b=jaul nasi lemak dan adalah sikit jual lauk.Masa mak buat kari telur berduyun2 orang datang beli nak2 lagi indialah.Nti kite nk cubalah style Aiyu pulak.

kakyong said...

lama tak buat kari telur mcm ni...

prefer stail telur di rebus..

anymz said...

huuiihh..sudah lama tak mengkari telur cenggini..masak kurma gaya gini pun best jugak kan...mmmm

Notami said...

salam..waa..ni faveret Notami ni! plg best!