Wednesday, September 29, 2010

Bubur Jagung

Salam semua.Menu hari nie nak share yg simple jer, Bubur Jagung.Actually menu nie aku buat time bulan puasa ari tu tapi lupa lak nak upload gambar & resepi.Hari nie baru terperasan.Huhuhu....Resepi aku dah tak ingat ambik dari mana.But TQ tuan punya resepi.Kalo nak tau,nie la antara resepi bubur terawal yg aku pandai masak selepas bubur kacang hijau.Aku guna jagung frozen sbb tak yah nak hiris2 dah jagung tu.Cepat sikit keje jadinya.Sagu lak tak guna sbb mcm tak der je kat OZ nie or aku yg tak jumpa benda tu....Layan!!!


Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
  • 5-6 sudu besar gula (ikut manis)
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 1- 1 1/2 mangkuk kecil air
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1/4sudu teh garam (optional)
  • segenggam sagu dibilas dan toskan(optional)

Cara-cara

  1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak)
  2. Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak.
  3. Bubur ni berwarna putih. bagi mereka yg suka warna bolehlah menggunakan sagu yg berwarna yg terdapat di supermarket. Nampak menarik sikit.