Thursday, September 16, 2010

Ayam Dara Madu Sos Bijan

Salam semua.Hari nie aku just nak share resepi yg simple, Ayam Dara Madu Sos Bijan.Actually,menu nie aku masak pada hari terakhir kita berpuasa tahun nie.Mmg nak upload resepi kat blog tapi tak cukup masa ler pulak.Aku agak busy skit lepas raya nie.Sibuk beraya dan jugak sibuk nak setelkan mcm2 benda kat sini.Resepi nie aku tak ingat ambik dari mana sbb dh lama dapat resepi nie.Buat pun dah berkali2.Just nak wish TQ so much kat tuan punya resepi.Mmg sedap.Jom layan resepi pulak....


Bahan-bahan
1 ekor ayam dara 

Bahan Kisar
10 tangkai cili padi
4 tangkai cili merah
4 tangkai cili hijau
2 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah

Bahan Sos
10 gm serbuk cili
5 gm serbuk kunyit
5 sudu besar madu
2 sudu besar minyak bijan 
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara
1. Perapkan ayam dengan sedikit bahan yang dikisar. Biarkan selama 10 minit.
2. Panggang sehingga masak dan ketepikan.
3. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan serbuk cili, kunyit bersama bahan kisar yang selebihnya. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan setengah cawan air dan masukkan minyak bijan, madu dan masak sehingga pekat.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Kemudian ayam yang telah dipotong empat diletakkan di dalam pinggan dan tuangkan sos yang dimasak tadi.


3 comments:

HANI said...

nak try resipi ni bleh? minta izin ni...

Kyuubi_85 said...

wah nampak sedap lak... huhu

Aiyu Esa said...

hani>boleh jer ambik resepi nie..mmg utk share dgn kawan2 semua...