Monday, August 30, 2010

Lamb Chop

Salam buat semua.Alhamdulilah,hari nie genap dah 20 hari kita berpuasa.Cepat sungguh masa berlalu.Ini bermakna,tinggal 10 hari je lagi kita nak beraya.Sangat gumbira hati ini.

Citer pasal masak2 lak,menu hari nie nak share Lamb Chop.Menu nie aku masak berbuka hari Sabtu ari tu.Jemu lak mkn nasi je time berbuka.So,beralih le ke western food@makanan barat pulak.Biasa aku akan buat Chicken Chop.Tapi kali nie ubah angin lak sbb hubby teringin nak mkn Lamb Chop.Nie lah antara wishlist menu berbuka puasa my hubby.Resepi aku ambik dari myresipi.TQ to tuan punya resepi.Jom kita intai resepi pulak...



Bahan-bahan ( 2 org makan )
  • 500gm daging slice/2 keping daging
  • 2 sudu marjerin/butter
  • skit garam
  • BHN SOS BLACK PEPPER
  • 1/2 sudu black pepper
  • 1 sudu mentega
  • 1 kuib ayam
  • sebatang saderi-dicincang
  • sebiji bawang besar- dicincang
  • 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
  • garam skit
  • BHN MACARONI / COLESLAW
  • segengam macaroni - direbus dan ditos
  • segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
  • 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
  • sesudu air lemon
  • BHN MASHED POTATO
  • 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
  • 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt
  • sos black pepper/gravy
  • BHN SAMPINGAN
  • kentang goreng
  • 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
  • sebiji tomato- dihiris

Cara-cara

  1. Gaulkan daging ngan skit garam then goreng/grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. n balik2kan.




  2. Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.




  3. Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam.




  4. Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan blend dengan susu segar n tmbhkan lada itam skit. curahkan sos black pepper/gravy td.




  5. Hidangkan dengan kentang goreng,brokoli dan asparagus. hana wat gak chicken chop coz my kids tk mkn daging.Taraa...dah siap bleh makan. nmpk cam susah tp sebenarnya senang je..


4 comments:

atie said...

sedapnye.. lamb tu feberet sya ngan husben gak.. sya amik resepi ni boleh?

Aiyu Esa said...

boleh je atie.mmg utk di share resepi nie...:)

Yaati Nor said...

nak salin resipi yek

Aiyu Esa said...

salin jer resepi.mmg utk di share dgn kawan2..:)