Tuesday, July 06, 2010

Ikan Sweet Sour

Salam semua.Hari nie cuaca di Adelaide tersangat ler sejuk.Winter la katakan.Kalo masak apa2 pun kena terus makan.Kalo tak,makanan tak sampai 5 minit dah kesejukan.

So,untuk hari nie aku nak share menu Ikan Sweet Sour.Dah lama aku tak masak menu nie.Tetiba teringin lak nak makan sweet sour.Untuk dinner malam tadi,aku merajinkan diri masak sweet sour.Aku guna ikan Barramundi atau dlm melayunya kita panggil Siakap.Memandangkan kat sini tak banyak pilihan ikan,so ikan siakap nie macam ikan2 biasa jer.Sampaikan satu masa dulu aku dah stop membeli sbb dah naik jemu makan ikan nie jer.Time tu la rasa rindu kat ikan2 di Msia.Harga siakap kat sini, kalo tak silap aku dlm $14.00 per/kg.

Resepi sweet sour nie aku dah tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Mmg sedap sgt2.Aku just tambah mix vegetables sbb nak nampak cantik.Layan resepi pulak yeik...


Bahan-bahan

Utk Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang ikan apa yg sesuai digoreng (saya guna siakap)
  • *garam
  • *serbuk kunyit
Utk Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit air
  • nenas dalam tin - potong dadu
  • sedikit air nenas
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu
  • garam dan gula


Cara-cara
  • Lumurkan ikan dgn bahan2 bertanda (*). Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. Ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. Didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

3 comments:

Gina said...

oooo..terima kasih untuk info nama ikan tu yer...so lepas nie dah tahu ler ikan barramundi tu ikan apa

Nana said...

wah sedapnye bole try la nanti xpenah masak resepi ni hehe

Adyshariz said...

uu..lapar nye perut.. this week bleh try