Sunday, May 16, 2010

Mee Ladna

Menu nie aku masak beberapa hari lepas.Tapi tak sempat nak share resepi dgn kawan2 semua.Busy skit dlm sehari dua nie.Actually,aku terbeli banyak stok mee dlm fridge.Tu pasal ler lately aku terpaksa merajinkan diri memasak pelbagai jenis mee.Nak habiskan stok.Resepi nie aku ambik dari dapur Kak Suzi.Jom layan resepi...



Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning-500 gram
100 gm udang -buangkan kulitnya
100 gm sotong -dipotong
100 gm isi ayam-dipotong
bawang merah-dicincang
bawang putih-dicincang
kacang sepat
bunga kobis
carrot
capsicum merah dan hijau-potong panjang
1 s/k lada hitam
1 biji telur
air secukupnya
sos tomato
sos tiram
minyak masak
daun bawang & daun sup-racik
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong
3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos, lada hitam dan carrot.
4. Bila mendidih masukkan telur dan kacau supaya hancur.
5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dan sos tomato dah ada garam]
6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang  & daun sup serta bawang goreng.

No comments: