Thursday, September 23, 2010

Nasi Impit & Kuah Kacang

Salam semua.Hari nie aku nak share salah satu menu juadah raya yg aku & hubby masak ari tu.Menunya ialah Nasi Impit & Kuah Kacang.Actually, time bulan puasa ari tu aku dah buat gak menu nie.Saja testing masak dulu sebelum raya.Riso lak time raya kot2 tak jadi lak menu nie.Kempunan lak nti nak makan menu nie...


Gambar Nasi Impit kat atas nie aku buat sendiri.Resepi dah tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Mmg menjadi cuma leceh skit sbb kena buat sendiri.Kalo untuk masak makan sendiri, rasanya ok je buat nasi impit homemade.Tapi kalo untuk masak dlm kuantiti yg banyak bagi aku lg senang guna yg segera punya.So,untuk juadah raya tempoh hari, aku just guna yg segera je (Ketupat NONA).Tinggal rebus jer nasi impit tu.Siap!!!





Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3 cawan beras (bukan beras jepun)
  • 8 cawan air
  • sehelas daun pandan - optional
  • sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara

  1. basuh beras seperti biasa
  2. tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan.Guna rice cooker je, x perlu kacau2.
  3. setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
  4. sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate 


Untuk Kuah Kacang lak,resepi aku belajar dari mak mertua.Kalo aku tak silap,nie Kuah Kacang versi orang Jawa.Bezanya kuah kacang nie diletakkan ayam.Kalo nak tau sedap ker tak, kena le cuba menu nie.Jom kita tgk resepinya.....

Bahan Tumis:-
  • bawang merah (dihiris)
  • bawang putih   (dihiris)
  • ayam (dipotong kecil2)
Bahan Kisar:-
  • cili kering
  • serai
  • halia
  • bwg merah
  • bwg putih
  • bilis
Bahan Lain:-
  • kacang tanah (digoreng & dikisar)
  • air asam jawa
  • garam & gula
  • air masak sedikit sahaja
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali.Letak sedikit minyak & goreng kacang tanah.Dah siap,buang kulit dan kisar halus.
  2. Dalam kuali lain,panaskan minyak.Tumis bahan2 tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan ayam.
  3. Kemudian,masukkan bahan kisar pulak.Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kacang tanah yg dikisar tadi sedikit demi sedikit.Kacau perlahan2.
  5. Kemudian,masukkan air masak sedikit.
  6. Masukkan pula air asam jawa.Perasakan dgn garam & gula.Biar hingga kuah pekat.Siap!!!










3 comments:

sal ya said...

baru je makan nasi impit dengan kuah kacang ari selasa tu hari...

kak e said...

mmg best ayu..menjilat dan menggigit jari..akak amek resepi yer...

Anonymous said...

akak nk cuba la resepi ni...mtk nk copy.