Wednesday, June 30, 2010

Ayam Percik Pasar Malam

Salam semua.Hari nie nak share resepi Ayam Percik Pasar Malam.Menu nie aku masak semlam utk berbuka posa.Actually,semalam aku start ganti posa.Al-maklum ler dah nak dekat bulan Ramadhan nie.Baru ler terkial2 nak ganti posa.Dah tu tekak lak teringin nak makan ayam percik.Kena la buat sendiri.Tapi yg bestnya my hubby tolong masakan.Resepi nie aku ambik dari myresepi.Dah banyak kali aku buat ayam percik guna resepi nie.Mmg sedap.Jom layan resepi pulak....


Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )
  • 500 gm bawang besar- diblender
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

3 comments:

Suzi said...

yummy!...kalah pasar malam...

bestnya puasa time winter...rinduuuuu....

~cinonet~ said...

KAK AIYU~! as usual la efa amik resepi akak! wewewe~! nti2 nak cuba..tgk beratur byk resepi ni..muahahaha~! selera mkn efa kdg2 ok, kdg2 tak tp terliur je tgk sume resepi, terpaksa laa buat. kehkehkeh~! Thanxs kak aiyu cyg~!

F-H said...

kuahnya nampak pekat. saya try buat tak jadi pekat mcmnilah. mcm mana nak jadi pekat mcmni ye? jazakallahu khairan.