Tuesday, May 04, 2010

Nasi Minyak Hujan Panas

Cuaca kat Adelaide petang nie masih tak menentu.Sekejap hujan sekejap panas.Sempena cuaca hari nie,aku pun merajinkan diri memasak Nasi Minyak Hujan Panas.Resepi ambik dari dapur Hana Japan.TQ to tuan punya resepi.Sedap sgt.Jom layan resepi pulak!!!!


Bahan-bahan:-
  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis
Cara-cara:-
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

1 comment:

maszmadi said...

hm, penah dgr name resepi nie, mak metua pon pnah wat... sedap