Friday, November 19, 2010

Ayam Pong Teh

Salam Jumaat buat semua kawan-kawan.Cepat betul masa berlalu.Pejam celik hari nie dah Jumaat.Nak habis seminggu tu kejap jer kan.Erm,hari nie aku nak share resepi bagi menu, Ayam Pong Teh.Resepi ambik dari dapur CMG.Sebelum masak tengok resepi macam rumit sbb panjang sgt listnya.Tapi lepas masak rupanya sempoi jer.Sedap pulak tu.Jom layan resepi pulak.....


BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 inci halia, tumbuk halus
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
20 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
1 inci halia, dititik
3 - 4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam dalam air
10 kuntum cendawan butang (mat guna yg dalam tin jee)
3 biji cili merah, dibelah tapi tak putus, rendam dalam air
1/2 cawan taucho, dihancurkan
1 pokok daun sup, potong kasar2
1 liter air
2 camca besar kicap cair
2 camca teh kicap pekat
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam tadi dengan 1/2 camca teh garam, serbuk kunyit dan halia tumbuk hingga rata, perap 1 - 2 jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan halia titik hingga harum, masukkan taucho dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul, biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air, jus asam jawa dan masukkan kicap pekat, kicap cair, kentang dan cendawan butang. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun sup dan kecilkan api. Renih 25 - 30 minit hingga ayam dan kentang empuk.
  4. Masukkan sedikit gula dan belahan cili merah. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan....


6 comments:

Mat Gebu said...

Salammm..wawawaaa..nak tumpang makan kat sini laaa...boleh?

Aiyu Esa said...

Boleh jer CMG.Tapi conpem CMG punya lagi sedap.Sifu la katakan...:)

cplud miera said...

syedappp ;)

hana said...

nak jugakkkk! boley?? hihihi... terasa lapa la pulak mlm2 nih ma...

kisahwanida said...

esok nak try la....

Aiyu Esa said...

cplud miera:
TQ yeik...

hana:
blh jer kak.skrg saya pos ke Japan.

kisahwanida:
try2 ler.sedap jugak.jemukan kalo asyik masak yg sama jer..