Monday, May 17, 2010

Asam Pedas Ayam

Menu nie aku masak minggu lepas.Nie 1st time aku masak asam pedas ayam.Mula2 dulu aku pelik gak dgn menu nie.Tapi dah banyak gak aku tgk blog masak memasak buat menu nie.Tetiba teringin ler pulak nak mencuba.Ada gak rupenya asam pedas ayam.Ingatkan ikan jer leh buat masak asam pedas.Jom kita layan resepi pulak.Resepi nie aku ambik dari myresepi...Layan!!!


Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )
  • 1 ekor ayam (dipotong 8@10@12)
  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • Sebesar saiz ibu jari belacan
  • 1 batang serai (dititik)
  • 50gm daun kesum
  • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
  3. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
  5. Masukkan pula garam. Gaul sebati
  6. Tambahkan air
  7. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
  8. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
  9. ***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam 

No comments: