Salam hari Isnin untuk kawan-kawan semua.Menu hari nie nak share, Hokkien Mee.Nie 1st time aku masak menu nie.Mmg sedap dan lazat.Resepi ambik dari dapur Kak Hana Japan.Layan!!!
Bahan-bahan
· *15 tangkai lada kering
· *5 biji bawang merah
· *2 biji bawang putih - bahan * blend
· 1 mangkuk udang
· mee kuning
· bihun - xde stok, ltk mee kuning je
· telur rebus
· hirisan daging rebus
· kangkung celur - hana xde ganti sawi je
· taugeh
· fishcake
· bawang goreng
· garam dan gula
· air secukupnya
Cara-cara
· Rebus udang. kemudian kopek kulit dan juga buang kepala. Asingkan isinya. Blend kulit dan juga kepala udang hingga hancur kemudian tapis. Simpan sebentar stok udang.
· Panaskan minyak. Tumis bahan blend hingga pecah minyak. Masukkan garam dan juga gula sedikit. Ambil sesenduk kecil utk utk tumiskan dengan isi udang.
· Masukkan air rebusan/stok udang tadi.(boleh masukkan air rebusan daging juga) dan masukkan lagi sedikit air. jgn byk sgt air nanti kurang rasa. didihkan.
· Cara hidangan, letakkan mee kuning, bihun ke dalam mangkuk. Letak udang, kangkung, taugeh, fishcake dan telur. Curahkan kuah ke atasnya. Taburkan dengan bawang goreng.
· Sedia untuk dinikmati.
1 comment:
terliurnya nak makn yang ni..!
Post a Comment