Sunday, March 28, 2010

Mee Rebus

Salam to all...
Hari nie cuaca kat Adelaide hujan sepanjang hari.Kalo dah hujan mata pun mula ler mengantuk.Hari sejuk2 macam nie mula ler bantal & tilam melambai2 ajak berbaring.Nak2 pulak baru pas pekena Mee Rebus.Perut pun kenyang.Mata pun dah makin sempit.Tapi aku nak upload dulu resepi2 yg aku dah masak sepanjang minggu nie.Pas2 baru ler boleh melelapkan mata yg dah makin sempit nie...So,jom layan resepi yeik:-

Resepi Mee Rebus nie aku copy-paste dari blog Noreen..
Mmg sedap....TQ.....


Bahan-bahan (4 orang):
400gm mee kuning - celurkan
sayur sawi secukupnya - celurkan
taugeh secukupnya - celurkan
telur rebus secukupnya
tauhu goreng secukupnya - dihiris
limau nipis/kasturi secukupnya - dibelah
lada merah secukupnya - dihiris
daun sup/daun bawang secukupnya - dihiris


bahan2 untuk kuah:
5 helai cili kering - kalau nak pedas lebihkan
segenggam udang geragau - kalau tak ada boleh gantikan dengan udang kering, tumbuk halus
1/2 labu bawang besar atau 3-5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu makan sos tomato - boleh gantikan dengan air asam jawa
2 biji keledek sederhana besar - rebus
300gm daging - direbus sehingga lembut, air rebusan jangan dibuang
udang segar secukupnya - direbus, air rebusan jangan dibuang
1 sudu besar gula melaka
garam dan perasa secukupnya
cara:

  • kisar keledek dengan air rebusan daging dan air rebusan udang
  • ketepikan
  • daging yang telah direbus tadi dihiris nipis2 dan ketepikan
  • potong kecil kedua2 bawang dan cili kering
  • panaskan sedikit minyak
  • gorengkan sekejap bawang dan cili kering
  • angkat dan biarkan sejuk
  • kemudian kisarkan dengan halia dan lengkuas sehingga halus
  • panaskan minyak dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga pecah minyak
  • masukkan sos tomato, udang geragau/udang kering dan tumiskankan lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan keledek kisar tadi, daging hiris, lebihan air rebusan udang & daging (jangan masukkan semua kerana kepekatan ikut selera masing2), gula melaka, garam dan perasa secukupnya
  • kacau rata
  • biarkan kuah mendidih dan pekat
  • akhir sekali masukkan udang
  • padamkan api
  • letakkan mee kuning, tauhu goreng, telur rebus, taugeh, sawi, cili merah, limau kasturi/nipis, daun bawang/bawang goreng ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuah ke atasnya
  • siap untuk dihidangkan



No comments: