Monday, August 09, 2010

Nasi Ayam II

Salam semua.Hari nie cuaca di Adelaide sejuk bangat.Frozen dah rasanya dok dlm umah nie.Dah tu perut lak asyik lapo jer.Dah le dekat nak posa nie.Sabor jer la.....

Erm,menu hari nie nak share Nasi Ayam.Kali nie aku buat nasi ayam ikut resepi lain pulak.Resepi chef tersohor M'sia, Kak Liza.Simple & sedap bangat.TQ so much.Menu nie aku masak hari Jumaat lepas for lunch marangkup dinner.Jom kita layan resepi pulak......



Bahan
1 ekor ayam [potong 4]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih [ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan [simpulkan]
garam secukupnya

Sayuran 
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang [racik]
bawang goreng

Sos Cili 
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat 
1. Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. [Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.]
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dan ayam dipotong kecil.
8. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

Tips 
Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180’C selama 30 minit.

No comments: