Thursday, December 30, 2010

Ayam Masak Merah II

Salam semua.Hari nie baru sempat nak update blog.Dah beberapa hari tertangguh.Nak BW pun tak sempat.Agak busy skit minggu nie kemas2 barang.Al-maklum la,minggu depan dah nak balik Malaysia.Banyak benda nak diselesaikan sebelum balik for good nie.Menu sempoi je nak share hari nie, Ayam Masak Merah.Resepi ambik dari mana dah tak ingat.TQ to tuan punya resepi.Layan!!!


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api. 


4 comments:

PReDicToR said...

thanks resepi nei...

slmt tahun baru...

::ienafazlyna:: said...

uiiii..my feveret nieh

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

fevretttt!!~~ laporrr!!~

no profile said...

thanks for resipi ni, mmg best.. :)