Wednesday, March 24, 2010

Kentang Wedges Bakar


Bahan-bahan:-

1) Kentang saiz besar - potong wedges dan sejukkan didalam peti sejuk selama 15minit (3 biji)
2) Minyak zaiton (3 sudu besar)
3) Bawang putih - dicincang (2 ulas)
4) Serbuk lada hitam (1/4 sudu kecil)
5) Paprika (1/4 sudu kecil)
6) Garam (secukup rasa)

Cara-cara:-

Mula-mula sapu sedikit minyak pada dulang pembakar dan kemudian, aturkann kentang.

Perasakan dengan taburan garam dan serbuk lada hitam. Taburkan juga bawang putih dan paprika. Akhir sekali curahkan minyak zaiton.

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius menggunakan api penuh lebih kurang 15 minit.

Setelah 5 minit, balik-balikkan kentang tersebut. Tutup semula ketuhar dan biarkan lagi sehingga kentang tersebut benar-benar masak dan bertukar warna coklat keemasan.

Kentang wedges bakar boleh dinikmati begitu sahaja ataupun enak juga jika dicicah bersama sos mustard. Selamat mencuba!

No comments: