Tuesday, July 13, 2010

Ikan Stim/Kukus II

Salam semua.Hari nie aku nak share menu Ikan Stim/Kukus.Resepi nie aku ambik dari blog yg paling glamer bab2 masak nie,blog  Hana's Family.Thanks yeik Kak Hana.Memang sedap resepi nie.Aku masak resepi nie Khamis lepas time nak buka posa ganti.Erm,sebelum nie ada gak aku buat Ikan Stim.Tapi cara yg lain.Ikan stim nie la masakan yg paling senang.Suka sgt.Layan resepi pulak...



Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap (saiz utk 3 orang makan)
4 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 inci halia - hiris halus
1 inci lengkuas - hiris halus
1 btg serai - nih hana tmbh hiris halus
Lobak merah - sagat halus
Cili besar - hiris halus (kalau suka pedas guna lada kecik)
Asam boi - tukar tomato hiris2
2 sudu besar sos tiram
1 sudu sos ikan
Sedikit garam
sedikit air
daun ketumbar

Cara Memasak
1.Semua bahan di atas diletak dalam satu bekas dan kukus dalam 5-10 minit.
2.Sedia utk dihidang.

1 comment:

Suzi said...

amboi ayu sedapnya ikan stim tu...

alhamdulillah menjadi juga plan kami nak honetmoon walau terpaksa mencelah time abg sham visit student je...tapi puaslah sbb dah lama tak berdua je...aman je rasa hehehe...pasni blh buat lg...