Tuesday, October 26, 2010

Paprik Ayam II


Salam semua.Hari nie baru sempat nak upload menu yg aku masak 2 hari lepas.Menu simple jer pun.Menu Paprik Ayam.Ambik resepi dari myresipi.TQ so much tuan punya resepi.Layan!!!!


Bahan-Bahan
·         150 gram isi ayam (direbus)
·         1.5 inci halia (diracik halus)
·         3 ulas bawang merah (diracik halus2)
·         1 batang serai (di ketuk)
·         4 sudu cili boh
·         5 helai daun limau purut (disiat2)
·         6-7 biji cili padi (diketuk)
·         Kubis bunga
·         Kacang panjang
·         Lobak merah
·         Kicap Cap Kipas Udang
·         Sos tiram
·         Garam & Ajinomoto


Cara-cara

1.    Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.
2.    Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
3.    Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)
4.    Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.

1 comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam tuan umahhhh!dtg nk tapau ayam paprik tue,nie ha,ada bwk jemput2 pisang syikitttt.....!ngeee