Tuesday, April 20, 2010

Nasi Goreng Cina

Salam semua.Hari nie menu utk breakfast aku merajinkan diri menggoreng Nasi Goreng Cina.Resepi nie aku ambik dari dapur Ummi.Mmg sedap&simple.Jom layan resepi...Layan!!!!

Bahan-bahan:-
  • 1 mangkuk nasi sejuk (diperoi)
  • 2 biji telor
  • 100 gm udang
  • 100 gm sayur campur
  • 1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
Bahan (Ditumbuk):-
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam biji
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan telor dan biarkan sebentar.
  3. Apabila telor sudah separuh masak, kacau supaya hancur sedikit.
  4. Masukkan sayur campur dan udang. Kemudian kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata hingga nampak berasap dan tutup api.
  6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau rata.
  7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama salad dan keropok. 

2 comments:

mast said...

bestnyerr sempat buat breakfast.. mast ari2 bfast mkn roti. tu pun sambil berlari pegi ofis..cian kat sumai saya :)

Katak Ijau said...

ala sedapnye tengok..
poskan juga ke sini buleh..?
hehe