Friday, August 20, 2010

Sambal Sotong Berkuah Kacang

Menu nie masak untuk berbuka hari Khamis lepas.Resepi tak ingat dah ambik dari mana.TQ to tuan punya resepi.Simple & sedap bangat.Jom layan resepi pulak.



Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 ekor sotong kembang (dipotong dan dicelur dgn air panas selama 10 minit)
  • 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3-4 sudu kacang tumbuk
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil gula merah
  • air asam jawa- jus
  • garam - secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing
  2. Masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan masak sehingga sotong masak. ( kalau kering tambah sedikit air .)
  3. Masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati
  4. Akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan perasakan dgn garam dan ajinomoto (kalau suka) sesedap rasa. Siap untuk dihidang.

No comments: