Friday, September 03, 2010

Sambal Tahun

Salam semua.Hari nie cuaca di Adelaide hujan.Sgt2 sejuk even dah masuk spring season.Dah sejuk2 nie perot pun mcm rasa lapo ler pulak.Nie la namanya dugaan berpuasa.

Erm,citer pasal menu lak,hari nie nak share menu masakan jawa iaitu Sambal Tahun.Actually,nie 1st time aku masak menu nie.Sebelum nie,hubby jer yg masak sbb dia org jawa.Lagi teror masak menu nie compare aku.Resepi aku belajar dari mak mertua.Mmg sedap la menu nie.

Tapi aku ubah skit menu guna frozen food sbb kat sini ssh nak cari perut lembu or ikan keli yg fresh.Dan juga aku masak ikut cara sendiri.Tak pasti betoi ker tak tapi belasah jer la.Yg penting org melayu perak pun boleh masak masakan jawa.Kira ada rupa tu boleh la kan.....Jom kita intai2 lak resepi Sambal Tahun....




Bahan-Bahan:-

frozen seafood marinara (squid,prawn,mussel)
frozen cat's fish (ikan keli versi Adelaide)
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
lengkuas (dihiris)
halia (dihiris)
sedikit bilis (ditumbuk)
cili padi 
sedikit taucu
santan pekat
garam
gula
sedikit air asam jawa+belacan

Cara-Cara:-

Letakkan air masak dlm periuk utk didihkan.Masukkan lengkuas,halia, dan cili padi.Biarkan sehingga mendidih dan juga sehingga bahan2 tersebut naik bau.

Kemudian,masukkan bahan2 lain satu persatu kecuali ikan,garam&gula.Biarkan hingga santan betul2 pekat.

Selepas itu,masukkan ikan,garam & gula.Biar mendidih hingga masak.Menu nie mmg mengambil masa yg lama utk masak.Lagi lama atas api,lagi sedap.


No comments: