Monday, November 01, 2010

Ayam Goreng Breadcrumb

Salam semua.Hari nie baru nak sempat upload resepi lagi.Last weekend agak bz skit sbb setelkan brg2 yg nak shipping ke Malaysia.Alhamdulilah, semua dah setel.Harap-harap semua brang2 aku tu sampai seperti yg dijadualkan dgn selamat.Tak lama dah rupanya aku kat bumi Adelaide nie.Tinggal 2 bulan jer lagi.Sedih bercampur gembira.Tapi apa2 pun masak tetap kena masak.Resepi nak share hari nie simple je.Aku buat Ayam Goreng Breadcrumb.Main belasah je pun.Layan je la yeik......




Bahan-Bahan
Kepak Ayam
Tepung
Serbuk roti
Telur
Serbuk lada putih
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
1.      Mula-mula, tabur dan ratakan garam serta serbuk lada putih bersama peha ayam
2.      Selepas itu, gaulkan ayam tersebut di dalam tepung diikuti dengan telur.
3.      Akhir sekali, gaulkan pula di dalam serbuk roti sehingga rata.
4.      Seterusnya, panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga garing.
5.      Apabila ianya benar-benar masak dan garing, angkat dan toskan minyaknya. 

3 comments:

mazlin said...

selain serbuk roti...boleh ganti dengan yang lain x?

p/s : klu x de verfication code ni lg senang org nak komen..mntak removekan yer

Aiyu Esa said...

bhn ganti blh buat campuran tepung gandum+tepung beras+tepung jagung...tapi kurang garing skit berbanding guna serbuk roti....

saya dah remove verification code tu.thanks....

nora said...

Boleh jga guna biskut cream cracker..hancurkan..sdp jga..:-)