Friday, August 20, 2010

Tepung Pelita

Salam pagi buat semua.Pejam celik pejam celik hari nie dah hari ke-10 kita menjalani ibadah puasa.Cepat betul masa berlalu.Diharap semoga segala ibadah kita sepanjang Ramadhan nie diberkati Allah swt....

Untuk berbuka semalam,aku just masak Nasi Lemak.Menu nie dah banyak kali masak.Just link je kalo berminat nak tgk resepinya.Dan untuk kuih lak,nie 1st time aku cuba buat kuih Tepung Pelita.Alhamdulilah,tgk gaya rupanya cam jadi.Boleh la kalo setakat nak makan sendiri.Resepi ambik dari myresipi.Jom intai resepinya...



Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan



2 comments:

sumpit said...

wa..sedapnye..kalo dkt klantan kami gune daun pisang..lemak je..bulan pose memng xmiss nih...tq akak..

Yat Maria said...

salam ziarah Aiyu..mmmm..sedap tpg pelita ni :)