Tuesday, April 26, 2011

Kueh Teow Goreng

Salam semua pengunjung blog HepiCookMum.Semoga anda semua sihat dan ceria selalu.Hari nie aku just nak share resepi simple jer utk menu yg dimasak weekend lepas iaitu Kueh Teow Goreng....Jom layan....



Bahan-bahan:-
kueh teow
udang basah
bawang putih-diblend
bawang merah-diblend
cili kering-diblend
fishcake/fishball-potong kecil
sayur sawi-dipotong kecil2
taugeh
kicap-secukup rasa
garam-secukup rasa
minyak

Bahan hiasan:-
daun bawang-dihiris nipis
cili merah-dihiris nipis


Cara-cara:-

Panaskan kuali dgn sedikit minyak.Tumis bawang putih & bawang merah yg diblend tadi.Biarkan masak seketika.  

Masukkan cili kering yg diblend,gaul seketika.Masukkan sedikit air dan udang basah.Masukkan kicap & garam secukup rasa. 

Masukkan sayur sawi,taugeh & fishcake/fishball.  

Akhir sekali masukkan kueh teow yg telah di tos.Gaul sehingga sebati.  

Taburkan daun bawang dan cili merah sbg hiasan. 

Kueh Teow Goreng siap dihidang.

2 comments:

nuanza said...

ishhh...lapar tgk k teow goreng pepagi ni..harus gi bfast

cplud miera said...

saya sgt terliur...........huhu~