Saturday, April 09, 2011

Sup Ikan Kerisi

Salam kawan-kawan semua.
Resepi simple je nak share, 'Sup Ikan Kerisi'.  
Ambik resepi dari Potret Kasih.TQ.
Mmg sedap dan simple.Moh kita layan resepi ....

Bahan-bahan:-
3 ekor ikan kerisi saiz besar ( di siang dan dipotong 2 @ 3 )
1 inci halia – di potong memanjang
4 ulas bawang merah  ( di hiris )
3 ulas bawang putih ( di hiris )
4-8 biji cili padi – dipotong memanjang
sedikit serbuk lada sulah
1 camca besar sos tiram
1 sudu makan sos ikan
air untuk kuah secukupnya
garam
daun bawang
daun ketumbar
Jus limau ( jika suka sup masam – ikut suka )

Cara penyediaan
1. Tumis halia, bawang putih, bawang merah dan lada sulah hingga wangi. Kemudian masukkan cilipadi, ikan dan  air. Masak hingga kuah mendidih.
2. Bila mendidih masukkan sos tiram, sos ikan dan garam. Sesuaikan rasanya. Jika suka sup masam boleh letak jus limau.
3. Hidangkan dengan daun bawang dan daun ketumbar.

3 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat malam...
kalau tekak demam macam ayu nie...dapat sop ikan mesti habis bubur nasiku.....

PS; mai sini post seekor....ada lagi kan??

wana said...

salam aiyu...
Thanks sudi cuba resepi simple ni... harap ayu sekeluarga suka... lauk ni pun saya suka... makan dengan nasi sampai banjir.. yummy!!

Anonymous said...

Ayu... tak tahan tengok pinggan t, berpinau mata...heheheh...Salam Ramadhan from us, Kak Aishah & awang