Wednesday, December 01, 2010

Paprik Ayam III

Salam kawan-kawan semua.Hari nie nak share resepi Paprik Ayam.Resepi nie ambik dari dapur Kak Ummi "Home Sweet Home".TQ so much resepi yg sempoi dan sedap.Layan...


Bahan:- (dipotong kecil)
300 gm isi ayam
100 gm carrot
100 gm brokoli
100 gm bunga kobis
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar

Bahan Sos:-
2 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai - ketuk 
3 biji limau kasturi (perah jus)
5 biji cili padi - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
1/2 cawan air
garam secukup rasa
minyak

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sayuran lain. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut. Masukkan jus limau dan sedikit garam. Tutup api.

4 comments:

izahdaut said...

simple tapi sedap..itu lah menjadi pilihan hati..hehe

suzie rahman said...

hihi kalu tgk menu reti r msk ni..kikiki sodap toi

ADEEYA said...

hihi suka makan ayam masak paprik :D

Nana said...

dah lama xmasak paprik
sedap nye