Tuesday, December 14, 2010

Stew Ayam

Salam kawan-kawan semua.Hari nie baru sempat nak update blog.Menu nak share, Stew Ayam.Aku masak last week.Resepi aku ambik dari dapur chef tersohor kat Malaysia, Kak Liza .Sempoi dan sedap resepi nie....


Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak

Bancuhkan
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara: 
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang & daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengna nasi atau roti.


3 comments:

Yati Ali said...

terliurnyer tgk stew ni, harus nak cuba gak satu hari nnt...

So Shy Lady said...

copy resepi tu...nmpak best

Wan Syrul Azlin Wan Ismail said...

Salam kak, terima kasih share menu2 ni.
Semua sgt sedap hampir 23 jenis menu akak saya dah try.
Semoga Allah murahkan rezeki akak. Amin.