Friday, August 13, 2010

Buah Melaka


Kuih Buah Melaka nie hasil tangan my hubby & aku.
1st time buat buah melaka.Hubby teringin nak makan kuih nie berbuka semalam.
Resepi ambik dari trymasak.Sgt sedap.Tq so much.


Bahan-Bahan:-

1) Tepung pulut (2 cawan)

2) Gula melaka (1 keping)

3) Daun pandan (3 helai)

4) Kelapa parut (1 cawan)

5) Air kapur (sedikit)

6) Garam (sedikit)


Cara-Cara:-

Cara-caranya, pertama sekali, kisar daun pandan yang dipotong bersama sedikit air hingga hancur.



Selepas itu, tapis dan ambil airnya. Setelah itu, potong dadu gula melaka.



Kemudian, masukkan sedikit garam ke dalam mangkuk kelapa parut dan gaul hingga sebati.



Seterusnya, gaulkan tepung pulut dengan sedikit garam, air kapur dan air perahan daun pandan tadi.



Tambahkan air dan gaul hingga membentuk doh.



Selepas itu, ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan sebiji kecil gula melaka di bahagian tengahnya. 



Rapatkan tepinya supaya gula tidak terkeluar dan bentukkan bulat.



Ulang proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk. Sementara itu didihkan 4 cawan air.



Setelah selesai membentuk kuih tadi, masukkan ke dalam air mendidih dan biarkan seketika. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak.



Kemudian, angkat dan toskan airnya dan terus masukkan ke dalam mangkuk berisi kelapa parut tadi.



Golek-golekkan hingga permukaan kuih diselaputi dengan kelapa parut.



Kuih buah melaka sedia untuk dihidang.




1 comment:

Ammi Sara said...

Eee sedap! boys akak suka buah ni, hehe..nk try lah :)