Wednesday, May 19, 2010

Nasi Goreng Carrot

Menu untuk breakfast pagi nie,aku masak Nasi Goreng Carrot.Sempoi jer pun.Sejuk2 nie perot asyik lapo jer.Terpaksa ler merajinkan diri utk memasak memandangkan kat sini ssh nak cari warung2 nasi lemak yg menjual pelbagai jenis kuih.Sedapnya laaa kalo dpt menimati kuih2 itu skrg nie.Terliur ler pulak,huhuhu...Erm,resepi nie aku belajar dari arwah mak.Jom layan resepi pulak!!!


Bahan-bahan:-
  • nasi sejuk (diperoi)
  • bawang putih (ditumbuk)
  • bawang merah (ditumbuk)
  • cili padi (ditumbuk)
  • sedikit daging (dihiris halus)
  • carrot (dihiris memanjang)
  • lada sulah 
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
    Cara Memasak:-
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
    2. Masukkan daging dan biarkan sebentar.
    3. Masukkan carrot yg telah dipotong memanjang.Kemudian kacau rata.
    4. Masukkan sedikit lada sulah.Kalo suka pedas,masukkan lebih sedikit lada sulah.
    5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata hingga nampak berasap dan tutup api.
    6. Siap untuk dihidang.


    No comments: