Monday, November 08, 2010

Sayur Sahun

Salam semua kawan-kawan.Pejam celik hari nie dah masuk hari Isnin, 8.11.2010.Ini bermakna, insyAllah lagi 2 bulan jer aku dok Adelaide.Cepatnya masa berlalu.Gembira campur sedih nak balik Malaysia nie.Sayang bangat nak tinggalkan Adelaide Tercinta.Tapi kalo teringat bab2 makan nie,laju jer rasa hati nak balik Malaysia Tersayang...Pagi nie aku nak share resepi sayur yg simple, Sayur Sahun.Sesuai dimasak ketika waktu malas ke dapur.



Bahan-Bahan:-
  • sahun
  • daun sahun (warna kuning tu)
  • cili merah (dihiris)
  • bawang merah (dihiris)
  • santan
Cara Memasak:-
  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk.
  2. Panaskan periuk tadi atas api.Biar mendidih seketika.
  3. Tambah air jika nak kuah lebih.
  4. Kemudian,perasakan dgn garam.Kacau perlahan.
  5. Tunggu hingga masak.Siap....





Saturday, November 06, 2010

Lemongrass Chili Chicken

Salam pagi Sabtu buat semua pengunjung blog HepiCookMum.Cuti2 nie mesti ramai kawan2 yg rajin turun ke dapurkan.Nak2 pulak yg berada di Malaysia.Minggu nie mmg cuti panjang sempena perayaan Deepavali.Bg aku kat Adelaide nie,rutin hidup berjalan seperti biasa.Masak dan terus memasak......

Menu hari nie nak share Lemongrass Chili Chicken.Resepi nie dapat masa tgk cerita memasak Luke Ngu Yen's-Vietnam, kat tv channel SBS.Cepat2 ler aku ambik pen & kertas salin resepi. Lebih kurang mcm kat bawah nie la resepinya.Kalo tersilap,ampun maaf jer la yeik.......

Chef Luke nie antara chef yg terlibat dlm rancangan MasterChef Australia thn nie.Mmg sedap & simple je resepinya.Aku mmg suka sgt resepi2 Chef Luke nie sbb dia masak Asian style.Jom kita layan resepinya yeik....


Bahan-Bahan:-
  • bahan marinade: ayam, gula, sos ikan, cili kisar, serai 
  • bahan lain : serai, bwg putih, bwg merah, cili merah, young coconut juice@chicken stock
  • bahan hias: daun bawang & daun ketumbar
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak.Tumis serai hingga wangi. (serai dipotong dlm bentuk diced)
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili merah.Tumis hingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan ayam.Biarkan selama 2 minit tanpa kacau ayam2 tu.
  4. Masukkan pula young coconut juice atau chicken stock.
  5. Agak2 dah dekat nak masak,masukkan bahan hias.Siap..............
* masak nie mmg pakai banyak serai (lemongrass) baru sedap......



Thursday, November 04, 2010

Ayam Goreng Bertelur

Salam semua.Hari nie aku nak share menu-menu yg aku masak dalam 2-3 hari lepas.Tak sempat nak upload menu tiap2 hari.Menu nie pun simple2 jer.Menu Ayam Goreng Bertelur,Kari Daging,Telur Rebus & Ikan Kering....Jom layan menu2 tu yeik...



Bahan-bahan
·              ayam
·                     serbuk kunyit
·                     garam
·                     bawang besar
·                     bawang putih
·                     halia 
·                     cili merah
·                     telur
·                     hirisan daun ketumbar

Cara-cara
·                     Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
·                     Goreng sehingga ayam masak. Angkat dan toskan.
·                     Toskan minyak. Tinggalkan sedikit utk menumis. Tumis bwg besar, putih dan halia hingga naik bau.
·                     Masukkan cili merah. Kacau sebentar.
·                     Masukkan ayam goreng tadi dan gaul mesra. Kecilkan api, kocok2kan telur dan dalam mangkuk kecil dan tuang ke atas ayam. Gaul sebati.
·                     Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar.

Kari Daging



Bahan-Bahan:

daging
ubi kentang
santan pekat
rempah kari daging
cili kisar
halia
bawang merah
bawang putih
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
pelaga
daun kari
garam secukup rasa

Cara-Cara:

Panaskan minyak dan tumis semua bawang, halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + pelaga dan kacau sampai bawang layu .

Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air+ daun kari. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga cili giling dan kacau serta biarkan sampai mendidih.

Masukkan santan dan daging. Biarkan kuah mendidih. Kemudian masukkan pula ubi kentang dan garam. Biar kuah mendidih hingga daging serta ubi kentang telah empuk baru di tutup api……Siap!!!!

Telur Rebus & Ikan Kering

Resepi yg simple dan sesuai jika tahap kemalasan di dapur berada pada tahap yg terlalu tinggi...Telur Rebus & Ikan Kering jer laaaaaaaaaa.....Sedap jugak......






Monday, November 01, 2010

Ayam Goreng Breadcrumb

Salam semua.Hari nie baru nak sempat upload resepi lagi.Last weekend agak bz skit sbb setelkan brg2 yg nak shipping ke Malaysia.Alhamdulilah, semua dah setel.Harap-harap semua brang2 aku tu sampai seperti yg dijadualkan dgn selamat.Tak lama dah rupanya aku kat bumi Adelaide nie.Tinggal 2 bulan jer lagi.Sedih bercampur gembira.Tapi apa2 pun masak tetap kena masak.Resepi nak share hari nie simple je.Aku buat Ayam Goreng Breadcrumb.Main belasah je pun.Layan je la yeik......




Bahan-Bahan
Kepak Ayam
Tepung
Serbuk roti
Telur
Serbuk lada putih
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
1.      Mula-mula, tabur dan ratakan garam serta serbuk lada putih bersama peha ayam
2.      Selepas itu, gaulkan ayam tersebut di dalam tepung diikuti dengan telur.
3.      Akhir sekali, gaulkan pula di dalam serbuk roti sehingga rata.
4.      Seterusnya, panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga garing.
5.      Apabila ianya benar-benar masak dan garing, angkat dan toskan minyaknya.