Friday, January 07, 2011

Bye Bye Adelaide Hai Hai Malaysia

Salam kawan-kawan semua.Rasanya tak terlewat lagi aku nak wish Hepi New Year kepada semua kengkawan.Aku mintak maaf bebanyak sbb lama menyepikan diri dari berblogging.Usah kata nak BW,nak update en3 yg sempoi pun tak sempat.Nie pun curi2 skit masa.Minggu nie aku sangat2 busy  membuat persiapan akhir sebelum berangkat pulang ke tanahair weekend nie.

Alhamdulilah,banyak benda dah setel.Semua beg2 pun dah siap packing.Cuma tunggu nak terbang jer nie.Rasa seronok gak nak balik Malaysia nie tapi dlm masa yg sama sedih gak nak tinggalkan Adelaide.Huhuhu.......

Kepada semua kawan-kawan yg mengenali aku&family especially kawan-kawan yg berada di Adelaide,kami mintak ampun maaf zahir dan batin dan halalkan segala makan minum kami sepanjang berada di Adelaide.InsyAllah panjang umur ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Dan buat kawan-kawan di alam maya,insyAllah kita akan bertemu dlm blog lagi dgn resepi2 yg lebih menarik dari Malaysia pulak.Doakan perjalanan aku sekeluarga selamat dan berjalan lancar.Amin........

Bye Bye Adelaide...Hai Hai Malaysia......







Thursday, December 30, 2010

Ayam Masak Merah II

Salam semua.Hari nie baru sempat nak update blog.Dah beberapa hari tertangguh.Nak BW pun tak sempat.Agak busy skit minggu nie kemas2 barang.Al-maklum la,minggu depan dah nak balik Malaysia.Banyak benda nak diselesaikan sebelum balik for good nie.Menu sempoi je nak share hari nie, Ayam Masak Merah.Resepi ambik dari mana dah tak ingat.TQ to tuan punya resepi.Layan!!!


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api. 


Friday, December 24, 2010

Kari Telur

Salam petang Jumaat semua.Baru sempat nak update en3 hari nie.Menu nak share simple je.Dinner malam tadi aku just buat,Kari Telur.Resepi ambik dari dapur Kak Wana, Potret Kasih.TQ so much.Layan!!!


Bahan-Bahan:-
6 biji telur
4 biji bawang ( di tumbuk/dihiris )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk/dihiris )
1/2 inci halia ( ditumbuk atau di hiris )
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air )
1 cawan santan pekat @ susu cair
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
daun ketumbar ( tabur )
daun bawang ( tabur )
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam
minyak untuk menumis
Cara penyediaan:-
1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Pecahkan telur satu persatu kedalam kuah yang mendidih tadi.
5. Bila telur beku masukkan garam, bawang goreng yang telah di tumbuk dan daun ketumbar, daun bawang.
6. Kacau seketika dan angkat.



Thursday, December 23, 2010

Ayam Serai Pedas

Salam kawan-kawan semua.
Resepi simple je nak share hari nie,Ayam Serai Pedas.
Tak ingat dah ambik resepi dari mana but TQ to tuan punya resepi.
Sedap dan menyelerakan.Layan!!!!


Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 3 keping dada ayam (ambil isi sahaja)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili besar (ditumbuk/dikisar)
  • 6 biji cili padi (ditumbuk/dikisar)
  • 1 camca sos ikan (sos nampla)
  • 1 camca sos tiram
  • Secubit gula dan sedikit ajinomoto
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)

Cara-cara

  1. Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
  3. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan. 


Tuesday, December 21, 2010

Awesome Chef Award from Cplud Miera


Selamat malam kawan-kawan semua.Dapat Awesome Chef Award dari Cplud Miera.TQ very much yeik atas pemberian award nie.Nak kena jawab soalan ringkas nie jap:-


1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda.
    -sejak 3 tahun lepas.Baru kawin time tu.So,kena la belajar masak.

2. Sapa yang menggalakkan anda masak.
    - diri sendiri sbb mula tak minat pun masak2 nie.sejak dok merantau la baru timbul minat.

3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.
    - mee sup & sambal kicap

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.
    - tak suka nak tag org.tapi sape2 rasa nak award tu ambik jer la.jgn segan2.



Monday, December 20, 2010

Hokkien Mee

Salam hari Isnin untuk kawan-kawan semua.Menu hari nie nak share, Hokkien Mee.Nie 1st time aku masak menu nie.Mmg sedap dan lazat.Resepi ambik dari dapur Kak Hana Japan.Layan!!!


Bahan-bahan
·                     *15 tangkai lada kering
·                     *5 biji bawang merah
·                     *2 biji bawang putih - bahan * blend
·                     1 mangkuk udang
·                     mee kuning
·                     bihun - xde stok, ltk mee kuning je
·                     telur rebus
·                     hirisan daging rebus
·                     kangkung celur - hana xde ganti sawi je
·                     taugeh
·                     fishcake
·                     bawang goreng
·                     garam dan gula
·                     air secukupnya
Cara-cara
·                     Rebus udang. kemudian kopek kulit dan juga buang kepala. Asingkan isinya. Blend kulit dan juga kepala udang hingga hancur kemudian tapis. Simpan sebentar stok udang.
·                     Panaskan minyak. Tumis bahan blend hingga pecah minyak. Masukkan garam dan juga gula sedikit. Ambil sesenduk kecil utk utk tumiskan dengan isi udang.
·                     Masukkan air rebusan/stok udang tadi.(boleh masukkan air rebusan daging juga) dan masukkan lagi sedikit air. jgn byk sgt air nanti kurang rasa. didihkan.
·                     Cara hidangan, letakkan mee kuning, bihun ke dalam mangkuk. Letak udang, kangkung, taugeh, fishcake dan telur. Curahkan kuah ke atasnya. Taburkan dengan bawang goreng.
·                     Sedia untuk dinikmati.