Sunday, May 30, 2010

Chicken Burger with Chips & Nuggets

Salam semua.Hari nie cuaca di Adelaide hujan & sejuk.Bukan setakat hari nie je,minggu lepas mmg hujan turun sepanjang minggu.Bertambah2 ler kesejukan yg sedia ada nie.Dan disebabkan hujan+sejuk,Ukail tetiba tak sihat (batuk+selsema).Dah tu aku pun terjangkit jugak.Tu la pasal lmbt update blog.Nasib baik ler hubby jer yg sihat & tak dijangkiti virus2 tersebut.

Kat bawah nie lah menu yg hubby masak time aku & ukail sakit.Nie pun atas permintaan org2 sakit.Tak larat makan nasi.Makanan cam nie jer yg berselera.Menu nie tak buat sendiri pun.Beli siap je.Tinggal goreng2 jer...Layan!!!!



Kepak Ayam Manis

Menu nie aku masak beberapa hari lepas.Akibat kurang sihat,aku msak yg sempoi2 jer...Tq to tuan punya resepi.....Layan!!!




Bahan-bahan   
  • kepak ayam
  • bawang putih-tumbuk
  • kicap manis
  • sos cili
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam atau lebih.Lagi lama perap, lagi sedap.
  2. Panaskan minyak.Goreng kepak ayam hingga masak.
  3. Siap untuk dihidang.






Wednesday, May 26, 2010

Creative Blogger Award from Ammi Sara


Hari nie aku dapat "Creative Blogger Award" dari Ammi Sara.
Tq so much akak bg award nie...Terharu saya..:)




Sayur Stim Sempoi

Salam semua.Hari nie aku tak berapa nak sihat.Diserang selsema dan sakit tekak.Actually,2 hari lepas,anak aku yg kena selsema.Nie dah berjangkit pulak kat aku.Biasa le tgh cuaca sejuk & hujan nie.Macam2 penyakit mudah datang.Tapi tak ler teruk sgt.Masih kuat utk berblogging & ber'fb'....:)

So,hari nie aku masak menu yg sempoi jer.Aku masak kari daging & sayur stim sempoi.Tapi lupa lak nak ambik gambo kari dgg.Next2 time le aku bg resepinya yeik.Gambar yg ada dlm PC aku hanya sayur stim sempoi.Aku dah pernah masak sayur nie.Ianya sesuai dimasak ketika malas,tak der mood memasak atau pun ketika badan tak sihat.

Caranya mudah jer.Hiris bawang merah,carrot dan bunga kobis.Kalo nak masuk sayur lain pun boleh gak.Aku guna sayur nie sbb stok sayur dlm fridge dah nak habis.Lepas tu,campurkan kesemunya dlm satu bekas.Letakkan sedikit garam & sos ikan.Kemudian,masukkan dlm periuk kukus.Tggu beberapa minit @hingga masak.Siap!!!

Monday, May 24, 2010

Cup Corn & Sandwich

Salam semua.Sejak semalam cuaca di Adelaide sejuk seakan2 dah masuk winter season.Semalam,cuaca berangin dan hujan.Dan hari nie pulak mendung dan kadang kala hujan.Matahari tak berapa nak nampak hari nie.Malu2 nak keluar....huhuhu....


Biasanya,kalo hari dah sejuk2 nie perot pun lapo memanjang.Nie pun baru jer lepas buat cup corn utk anakku,si Ukail.Dan sekarang pulak kami semua tgh makan roti sandwich.Lapo3...Jom makan ramai2.....Layan!!!!


Air Soya & Okara

Sabtu ari tu,aku tetiba teringin nak minum air soya.Time2 pregnant dulu,minuman nie jadi favourite aku.Tapi time tu aku tak pandai nak buat soya sendiri.Aku beli jer kat kedai.Even rasa soya kat sini tak sesedap soya buatan Msia,tapi aku minum berkotak2 jugak.Dah pregnant ler katakan,yg tak sedap pun jd sedap.Itu citer time aku pregnant thn 2008.....

So,sejak thn lepas 2009, aku berusaha buat soya sendiri.Hanya beli kacang soya jer kat kedai.Tak larat nak minum soya omputih nie.Aku nak rasa soya yg peor.Alhamdulilah,berhasil soya aku.Dapat ler minum soya hasil tgn buatan sendiri.Kalo aku kat Msia,conpem aku takkan buat.hehehehe........Resepi nie aku tak ingat ambik dari mana.TQ to tuan punya resepi.Mmg sedap...Layan!!!!


Bahan-bahan ( +/- 1 liter )

  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  3. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu. 

Ikan Sumbat Istimewa

Menu nie aku masak Jumaat lepas.Sempoi jer.Dah tak tau nak mkn apa for dinner,so aku masak ler ikan goreng jer.Tapi nak kasi sedap sikit aku buat ikan goreng sumbat.Untuk kali nie,aku guna ikan salmon jer....


Resepi senang jer.Aku belajar dari arwah mak aku.Lumurkan ikan dgn kunyit dan garam.Kemudian, sumbatkan bawang putih, bawang merah, halia dan serai yang dihiris halus.Nak sedap sumbatkan juga daun kunyit.Disebabkan kat sini tak der,so aku tak masukkan pun.Dah siap semua,panaskan minyak dan terus goreng.Makan dgn sambal air asam.Mmg sedap.Nak2 lak kalo mkn tgh2 panas....Fuhhh....Layan!!!


Friday, May 21, 2010

Ikan Masak Merah

Menu nie aku masak 2 hari lepas.Tapi terlupa lak nak upload resepi.Nie gara2 terlupa nak transfer gambar dari camera ke PC.Erm,aku pilih Ikan Salmon utk ikan masak merah kali nie.Kat sini ikan banyak gak,cuma pilihan aku agak terhad. Nie sbb ada gak ikan2 yg pelik yg aku sendiri tak tau jenis ikan tu & tak tau nak masak apa.Ikan2 kat sini berbeza skit compare Msia.Jom layan resepi lak.Resepi aku belajar dari arwah mak aku.Layan!!!

Bahan-bahan 
  • ikan (disiang,dibersih dan digoreng bersama garam & kunyit)
  • cili kering (dikisar)
  • bawang merah (dikisar)
  • bawang putih (dikisar)
  • halia (dikisar)
  • serai (dikisar)
  • jintan manis
  • jintan putih
  • kayu manis & bunga lawang
  • buah pelaga
  • sos cili dan sos tomato 
  • gula & garam
  • air
  • air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • capsicum (kalau suka)
  • bawang besar (dipotong bulat)

Cara-cara

  1. Bersih dan siang ikan.Gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak.Tumis bahan kisar. Kalau nak lagi sedap,gunakan minyak yg digunakan utk menggoreng ikan tadi.
  3. Kemudian, masukkan kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan sehingga cili garing.
  4. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato sesedap rasa. Kacau hingga pekat.Kemudian masukkan gula dan garam.
  5. Masukkan pula bawang besar yang dipotong bulat dan juga capsicum.
  6. Masukkan sedikit air dan kacau.
  7. Kemudian masukkan ikan goreng tadi.Kacau hingga ikan sebati bersama kuah.
  8. Setelah siap dimasak, bolehlah dihidang dan ditabur bahan hias di atasnye. Siap utk dimakan.

Thursday, May 20, 2010

Ikan Goreng Tepung

Salam semua.Menu hari nie sempoi jer.Aku masak ikan garfish goreng tepung.Ikan garfish nie ala2 cam ikan todak.Ada muncung tajam yg panjang.Buat goreng tepung mmg sedap.

Resepinya senang jer.Panaskan minyak.Bancuh self-raising flour+salt dgn air.Kemudian,gaul ikan dgn  tepung yg dibancuh tadi.Pas2,goreng hingga kekuningan.Ikan sedia untuk dihidang.Hasilnya seperti gambar di bawah nie...Layan!!!!


Wednesday, May 19, 2010

Nasi Goreng Carrot

Menu untuk breakfast pagi nie,aku masak Nasi Goreng Carrot.Sempoi jer pun.Sejuk2 nie perot asyik lapo jer.Terpaksa ler merajinkan diri utk memasak memandangkan kat sini ssh nak cari warung2 nasi lemak yg menjual pelbagai jenis kuih.Sedapnya laaa kalo dpt menimati kuih2 itu skrg nie.Terliur ler pulak,huhuhu...Erm,resepi nie aku belajar dari arwah mak.Jom layan resepi pulak!!!


Bahan-bahan:-
  • nasi sejuk (diperoi)
  • bawang putih (ditumbuk)
  • bawang merah (ditumbuk)
  • cili padi (ditumbuk)
  • sedikit daging (dihiris halus)
  • carrot (dihiris memanjang)
  • lada sulah 
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
    Cara Memasak:-
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
    2. Masukkan daging dan biarkan sebentar.
    3. Masukkan carrot yg telah dipotong memanjang.Kemudian kacau rata.
    4. Masukkan sedikit lada sulah.Kalo suka pedas,masukkan lebih sedikit lada sulah.
    5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata hingga nampak berasap dan tutup api.
    6. Siap untuk dihidang.


    Tuesday, May 18, 2010

    Ikan Bakar & Sambal Air Asam

    Menu for lunch semalam aku masak Ikan Bakar & Sambal Air Asam.Kali nie aku bakar dgn menggunakan Ikan Bream.Erm,ala2 ikan talapia ler kot kalo kat Msia.Senang jer aku bakar ikan nie.Lumurkan ikan dgn kunyit+garam.Pas2,balut dgn aluminium foil dan bakar atas grill.Resepi nie aku belajar dari arwah mak aku.Mudah sajakan....


    Untuk sambal Air Asam lak,tumbuk bawang putih+bawang merah+cili padi yg dihiris.Kemudian,bancuh air asam jawa dan gaulkan dgn bahan yg ditumbuk tadi.Perasakan dgn garam & gula. Bawang merah dan tomato dipotong dadu dan disatukan kedalam bancuhan sambal air asam tadi.Perahkan sedikit limau kasturi.Siap!!!





    Monday, May 17, 2010

    Sotong Goreng Tepung

    Menu Sotong Goreng Tepung nie aku masak for lunch semalam.Resepi nie yg paling sempoi & simple je sbb masing2 dah kelaparan time tu.Nak cepat makan.So,pilihlah menu yg segera.

    Actually,Ahad lepas aku sefamily pegi ke Torrens Islands@Pasar Tani with my jiran,Kak Gina & family.Saja pegi sbb nak cari ikan & others seafood yg fresh & menarik hati.Beberapa jenis ikan & jugak sotong telah menjadi pilihan aku utk dibuat stok dlm fridge.Nak pegi selalu malas ler pulak sbb Torrens Islands tu jauh ler gak.Dlm 30minit dari rumah aku nie.Pas tu kitaorg g jalan2 Port Adelaide & then singgah Brickwork Market sekejap sbb my jiran nak beli ayam & daging di Halal Butcher kat situ.Dah tgh hari gak ler baru sampai umah.Tu yg kelaparan bangat.


    Sambung balik citer pasal sotong goreng tepung tadi.Erm, sempoi jer aku buat sotong goreng tepung nie. Panaskan minyak.Celup sotong ke dalam telur+garam.Kemudian gaul dgn self -raising flour+white pepper dan goreng hingga kekuningan.Sedia untuk dihidang.Hasilnya seperti gambar di atas nie...Layan!!!!

    Award Pro Memasak from TTM

    Hari nie aku dpt msg dari rakan seOstolia suh ambik award kat blog dia.Thank you Kak Tim bg award nie.Sungguh comey apron nie kalo dipakai di dapur.Pinky sungguh...Jom kita tgk awardnya yeik.....Layan!!!

    Layan soalan2 cepumas pulak....

    3 jenis lauk yang paling suka dimasak:
    -Ikan Bakar
    -Ayam Masak Merah
    -Sardine (sbb cepat & senang)

    3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat:
    -Agar-agar Batik
    -Bubur Jagung
    -Puding Soya (tapi tak berapa nak jadi)

    3 jenis biskut kegemaran time raya:
    -Almond London
    -Tart Nenas
    -Biskut Coklat Marble

    Bagi award ni pada 3 orang rakan anda yang rajin memasak:
    -Sape2 yg nak ambik award nie dialau2kan..jgn malu2 yeik....



    Asam Pedas Ayam

    Menu nie aku masak minggu lepas.Nie 1st time aku masak asam pedas ayam.Mula2 dulu aku pelik gak dgn menu nie.Tapi dah banyak gak aku tgk blog masak memasak buat menu nie.Tetiba teringin ler pulak nak mencuba.Ada gak rupenya asam pedas ayam.Ingatkan ikan jer leh buat masak asam pedas.Jom kita layan resepi pulak.Resepi nie aku ambik dari myresepi...Layan!!!


    Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )
    • 1 ekor ayam (dipotong 8@10@12)
    • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
    • 7 ulas bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 1 inci kunyit
    • 1 inci halia
    • Sebesar saiz ibu jari belacan
    • 1 batang serai (dititik)
    • 50gm daun kesum
    • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
    • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
    • 3 cawan air
    • Garam secukup rasa
    • Minyak untuk menumis

    Cara-cara

    1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
    2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
    3. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut
    4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
    5. Masukkan pula garam. Gaul sebati
    6. Tambahkan air
    7. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
    8. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
    9. ***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam 

    Sunday, May 16, 2010

    Mee Ladna

    Menu nie aku masak beberapa hari lepas.Tapi tak sempat nak share resepi dgn kawan2 semua.Busy skit dlm sehari dua nie.Actually,aku terbeli banyak stok mee dlm fridge.Tu pasal ler lately aku terpaksa merajinkan diri memasak pelbagai jenis mee.Nak habiskan stok.Resepi nie aku ambik dari dapur Kak Suzi.Jom layan resepi...



    Bahan-Bahan:
    1 bungkus mee kuning-500 gram
    100 gm udang -buangkan kulitnya
    100 gm sotong -dipotong
    100 gm isi ayam-dipotong
    bawang merah-dicincang
    bawang putih-dicincang
    kacang sepat
    bunga kobis
    carrot
    capsicum merah dan hijau-potong panjang
    1 s/k lada hitam
    1 biji telur
    air secukupnya
    sos tomato
    sos tiram
    minyak masak
    daun bawang & daun sup-racik
    bawang goreng

    Cara:
    1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
    2. Masukkan ayam, udang dan sotong
    3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos, lada hitam dan carrot.
    4. Bila mendidih masukkan telur dan kacau supaya hancur.
    5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dan sos tomato dah ada garam]
    6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang  & daun sup serta bawang goreng.

    Thursday, May 13, 2010

    Mee Goreng Mamak

    Menu nie aku masak breakfast semalam.Tetiba jer semalam teringin nak mkn kat kedai mamak.Mengidam nak mkn mee goreng mamak + teh tarik.Fuhhh,mmg sedap.Tapi biasa ler.Kat Aussie nie mana nak cari restoran mamak.Dah tu kena ler buka restoran sendiri.Hanya mee jer la yg ada.Teh tarik tak pandai buat.Belum ada bakat lagi.So,lain tahun jer la minum teh tarik yeik.

    Erm,resepi nie aku ambik dari dapur E-na Lovely Kitchen.Mmg sempoi, sedap & simple.Even aku masak ada bahan yg tak cukup (guna apa yg ada dlm stok jer), tapi Alhamdullilah jadi la jugak ala2 mamak style.

    Kalo dah namanya mee goreng mamak conpem ler ada cucur udang.So,nie aku masukkan sekali resepi cucur udang segera.Kalo minat nak masukkan dlm menu,buat nie dulu baru leh masak mee goreng mamak.Aku lupa nak ambik gambar.Share resepi jer la yeik....Layan!!!

    Cucur Udang Segera
    Bahan-bahan
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 1/4 sudu kecil baking powder / soda bikarbonat
    • Sedikit udang - dipotong kecil
    • Sedikit taugeh - di buang ekor
    • Sedikit daun kucai - di potong 1 inci
    • Serbuk kunyit
    • garam
    • Air secukupnya
    Cara Cucur Udang Segera :
    1. Bancuh semua bahan di atas dengan air secukupnya macam nak buat cucur.
    2. Panaskan minyak. Sudukan bancuhan ke dalam minyak panas.
    3. Jadikan 4 atau 5 biji cucur udang.
    4. Balikkan. Bila masak, angkat dan letakkan dalam pinggan yang di alas dengan kitchen tissue.

    Bahan-bahan untuk mee:
    • 300 gram mee kuning
    • 60 gram daging - hiris nipis
    • cucur udang - di belah 4
    • 1 pokok sawi - di potong kecil
    • taugeh
    • fish cake - dihirs nipis
    • fish ball - dibelah 2
    • 1/2 sudu kecil serbuk cili giling (ikut selera masing2)
    • 1/2 sudu besar serbuk kari
    • 2 sudu besar kicap pekat
    • 2 biji telur
    • 1/2 labu bawang besar - cincang halus
    • 2 biji bawang putih - dicincang halus
    • sedikit air
    • garam secukupnya
    Cara Membuatnya :
    1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, serbuk kari dan cili giling sehingga garing dan wangi.
    2. Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sehingga daging lembut.
    3. Masukkan fish cake, fish ball, cucur udang dan kacau.
    4. Kemudian masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
    5. Masukkan sawi.
    6. Buat lubang di tengah-tengah kuali dan pecahkan telur.
    7. Apabila telur telah masak sedikit barulah di kacau dan di gaul rata.
    8. Masukkan taugeh. Kacau dan biarkan mee kering sedikit barulah di angkat.
    9. Taburkan bawang goreng, cili merah dan hijau, hirisan timun, tomato dan limau kasturi/ lemon. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.





    Wednesday, May 12, 2010

    Kobis Masak Lemak

    Aku selalu jer lupa nak buat en3 utuk resepi sayuran.Nie baru teringat nak masukkan resepi Kobis Masak Lemak.Sgt senang utk org2 yg malas nak masak cam aku.Tiap2 hari masak sampaikan dah tak larat nak mkn masakan sendiri.Nsb baik ler sejak ada jiran baru (Kak Gina-from KL,Msia) nie ada gak tukar2 makanan.Laju skit tekak nie nk makan.Nie la dugaan hidup sbg perantau.So,jom layan resepi pulak!!!!


    Bahan-bahan ( 4-6 orang )

    • 1/2 biji kobis - hiris ikut suka
    • 1 labu bawang besar - hiris halus
    • 2 ulas bawang putih - hiris halus
    • 1 batang serai - dititik
    • 1 batang lada merah - hiris serong
    • 1 batang lada hijau - dihiris serong
    • 200 g udang hidup - dikupas kulit
    • secukup santan
    • garam secukup rasa

    Cara-cara

    1. Satukan kesemua bahan2 kecuali kobis di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
    2. Masukkan kobis dan gaul hingga rata.Tambah santan jika perlu dan masak hingga kobis lembut.Siap untuk dihidangkan. 

    Daging Percik

    Menu nie masak dalam minggu lepas.Simple je pun.Sbb time tu mood nak memasak agak kurang.Resepi tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Jom layan resepi...

    Bahan-bahan
    • bawang besar
    • halia - diblender
    • lengkuas - diblender
    • bawang putih - diblender
    • serai - diblender
    • gula
    • stok ayam serbuk
    • cili mesin
    • cili sos
    • santan

    Cara-cara

    1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
    2. Apabila sudah mendidih, masukkan daging hingga separuh masak
    3. Asingkan daging dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas daging nanti.
    4. Bakar dan siap untuk menjamu selera 

    Monday, May 10, 2010

    Mee Kari

    Salam semua.Lama rasanya tak update blog.Agak busy skit akhir2 nie.Erm,hari nie aku nak share resepi Mee Kari.Menu nie aku masak last week.Sejuk2 nie mmg sedap makan makanan yg berkuah & panas.Resepi nie aku belajar dari kawan akak aku kat Msia.Jom layan resepi...!!!!



    Bahan-bahan
    mee kuning - celur sekejap
    kerang/ayam/udang
    bawang merah (ditumbuk)
    bawang putih  (ditumbuk)
    halia (ditumbuk)
    cili kering (diblender)
    ikan bilis (diblender)
    pes kari daging
    santan pekat
    fish ball/fish cake
    garam/gula


    Bahan sampingan
    sawi - celur
    taugeh -celur
    telur rebus - belah dua
    tauhu goreng
    bawang goreng, daun bawang, hirisan cili hijau dan merah.
    limau kasturi / limau nipis

    Cara-cara
    1. Tumis bahan2 yg ditumbuk. Masukkan cili kering yg diblender.
    2. Masukkan rempah kari daging dan juga ikan bilis.
    3. Masukkan kerang/ayam/udang.
    4. Masukkan santan dan didihkan.
    5. Masukkan fishball/fishcake.
    6. Masukkan garam/gula. Didihkan hingga masak.
    7. Mee kari sedia dihidang.

    Bihun Singapore

    Menu nie aku masak utk breakfast last week.Mmg dah lama aku nk masak bihun singapore nie.Tapi tak pernah berkesempatan.So,kali nie aku try jugak buat & Alhamdulillah menjadi.Senang & simple jer resepinya.Aku follow resepi nie tapi tak letak cuka sbb aku tak suka mkn cuka.Resepi aku ambik dari myresepi..Jom layan resepi......


    Bahan-bahan ( 10 orang makan )
    1 bungkus bihun - direndam dulu
    300g daging - dipotong kecil2
    3-4 keping fish cake
    sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
    3 sudu makan cuka
    6 ulas bawang putih
    1 sudu makan lada hitam / lada putih
    2 biji tomato - potong nipis jika suka
    garam dan gula secukupnya
    cili api- potong nipis + kicap sebagai sos

    Cara-Cara
    1.  Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih.
    2.  Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat.
    3.  Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau,  boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka.
    4.  Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam.
    5.  Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak.
    6.  Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. 
    7.  Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

    Tuesday, May 04, 2010

    Nasi Minyak Hujan Panas

    Cuaca kat Adelaide petang nie masih tak menentu.Sekejap hujan sekejap panas.Sempena cuaca hari nie,aku pun merajinkan diri memasak Nasi Minyak Hujan Panas.Resepi ambik dari dapur Hana Japan.TQ to tuan punya resepi.Sedap sgt.Jom layan resepi pulak!!!!


    Bahan-bahan:-
    • 4 cawan beras basmati
    • 5 cawan air
    • 2 kiub ayam
    • 2 helai daun pandan
    • pewarna merah, kuning dan hijau
    • [bahan tumis]
    • 1/2 inci halia
    • 2 ulas bawang putih
    • 1/2 biji bawang besar
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 3 biji buah pelaga
    • [bahan hias]
    • bawang goreng
    • kismis
    Cara-cara:-
    1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
    2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
    3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
    4. Masukkan beras dan gaul rata.
    5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
    6. Masaklah nasi sehingga masak
    7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
    8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka