Wednesday, September 29, 2010

Bubur Jagung

Salam semua.Menu hari nie nak share yg simple jer, Bubur Jagung.Actually menu nie aku buat time bulan puasa ari tu tapi lupa lak nak upload gambar & resepi.Hari nie baru terperasan.Huhuhu....Resepi aku dah tak ingat ambik dari mana.But TQ tuan punya resepi.Kalo nak tau,nie la antara resepi bubur terawal yg aku pandai masak selepas bubur kacang hijau.Aku guna jagung frozen sbb tak yah nak hiris2 dah jagung tu.Cepat sikit keje jadinya.Sagu lak tak guna sbb mcm tak der je kat OZ nie or aku yg tak jumpa benda tu....Layan!!!


Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
  • 5-6 sudu besar gula (ikut manis)
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 1- 1 1/2 mangkuk kecil air
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1/4sudu teh garam (optional)
  • segenggam sagu dibilas dan toskan(optional)

Cara-cara

  1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak)
  2. Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak.
  3. Bubur ni berwarna putih. bagi mereka yg suka warna bolehlah menggunakan sagu yg berwarna yg terdapat di supermarket. Nampak menarik sikit.

Tuesday, September 28, 2010

Sambal Tumis Crabstick

Salam semua.Menu hari nie nak share Sambal Tumis Crabstick.Tak pernah pun masak crabstick macam nie.1st time masak menu nie.Biasa aku guna crabstick untuk mkn Yong Tau Fu.Sedap gak menu nie.Simple je nak masaknya.Resepi ambik dari dapur Kak Ummi Home Sweet Home.TQ.Jom tgk resepi...


Bahan:-
  • 1 paket jejari ketam (dikerat 2 setiap satu)
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih * (bahan * dikisar)
  • 4 ulas bawang merah - dimayang nipis
  • 1/4 cawan air asam jawa (lebihkurang)
  • 2 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar gula pasir
  • sedikit air (lebihkurang 1/3 cawan)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana hingga cili terbit minyak.
  3. Masukkan bawang2 kisar dan masak lagi hingga cili masak kemerahan.
  4. Masukkan air asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit air.
  5. Masak hingga kuah agak pekat dan masukkan garam. Seimbangkan rasa pedas, manis sambal.
  6. Masukkan crabstick dan kacau perlahan (*takut nnt terlerai isinya). Balikkan sesekali dan masak lebihkurang 3 - 4 minit.
  7. Tutup api dan hidangkan.

Thursday, September 23, 2010

Nasi Impit & Kuah Kacang

Salam semua.Hari nie aku nak share salah satu menu juadah raya yg aku & hubby masak ari tu.Menunya ialah Nasi Impit & Kuah Kacang.Actually, time bulan puasa ari tu aku dah buat gak menu nie.Saja testing masak dulu sebelum raya.Riso lak time raya kot2 tak jadi lak menu nie.Kempunan lak nti nak makan menu nie...


Gambar Nasi Impit kat atas nie aku buat sendiri.Resepi dah tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Mmg menjadi cuma leceh skit sbb kena buat sendiri.Kalo untuk masak makan sendiri, rasanya ok je buat nasi impit homemade.Tapi kalo untuk masak dlm kuantiti yg banyak bagi aku lg senang guna yg segera punya.So,untuk juadah raya tempoh hari, aku just guna yg segera je (Ketupat NONA).Tinggal rebus jer nasi impit tu.Siap!!!





Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3 cawan beras (bukan beras jepun)
  • 8 cawan air
  • sehelas daun pandan - optional
  • sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara

  1. basuh beras seperti biasa
  2. tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan.Guna rice cooker je, x perlu kacau2.
  3. setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
  4. sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate 


Untuk Kuah Kacang lak,resepi aku belajar dari mak mertua.Kalo aku tak silap,nie Kuah Kacang versi orang Jawa.Bezanya kuah kacang nie diletakkan ayam.Kalo nak tau sedap ker tak, kena le cuba menu nie.Jom kita tgk resepinya.....

Bahan Tumis:-
  • bawang merah (dihiris)
  • bawang putih   (dihiris)
  • ayam (dipotong kecil2)
Bahan Kisar:-
  • cili kering
  • serai
  • halia
  • bwg merah
  • bwg putih
  • bilis
Bahan Lain:-
  • kacang tanah (digoreng & dikisar)
  • air asam jawa
  • garam & gula
  • air masak sedikit sahaja
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali.Letak sedikit minyak & goreng kacang tanah.Dah siap,buang kulit dan kisar halus.
  2. Dalam kuali lain,panaskan minyak.Tumis bahan2 tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan ayam.
  3. Kemudian,masukkan bahan kisar pulak.Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kacang tanah yg dikisar tadi sedikit demi sedikit.Kacau perlahan2.
  5. Kemudian,masukkan air masak sedikit.
  6. Masukkan pula air asam jawa.Perasakan dgn garam & gula.Biar hingga kuah pekat.Siap!!!










Sunday, September 19, 2010

Mee Taiwan

Salam semua.Hari nie just nak share resepi yg simple je, Mee Taiwan.Kadang2 aku rasa jemu jugak kalo asyik masak mee goreng biasa jer kan.So,kali nie aku cuba masak menu mee goreng versi Taiwan.Mmg sedap & rasa lain skit dari mee goreng biasa tu.Resepi aku ambik dari dapur Kak Suzi. Jom intai resepi....




Bahan-bahan




  • 1 mangkuk mee kuning @ meehoon
  • 1 keping fish cake (hiris kecil)
  • 5 ekor udang (sederhana)
  • 1/4 mangkuk isi ayam/daging
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 batang carrot (potong memanjang)
  • 1/2 mangkuk kobis
  • 1/2 mangkuk taugeh
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • sedikit bunga kantan (hiris halus)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap sotong/sos ikan
  • 1 camca kecil kicap pekat
  • 2 camca besar cili boh/cili kering (dikisar)
  • 1/2 camca kecil lada hitam (kisar/tumbuk)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara


1.         Panaskan minyak, tumis bawang besar.
2.         Masukkan cili kering, sos tiram, sos ikan dan sedikit garam.
3.                  Masukkan fish cake, isi ayam dan udang.
4.                  Masak seketika dan masukkan mee, kicap pekat, carrot, kobis dan bunga kantan.
5.                  Kacau selama 2 minit. Masukkan daun limau purut dan taugeh.
6.                  Kacau sekejap saja dan tutup api.

Thursday, September 16, 2010

Ayam Dara Madu Sos Bijan

Salam semua.Hari nie aku just nak share resepi yg simple, Ayam Dara Madu Sos Bijan.Actually,menu nie aku masak pada hari terakhir kita berpuasa tahun nie.Mmg nak upload resepi kat blog tapi tak cukup masa ler pulak.Aku agak busy skit lepas raya nie.Sibuk beraya dan jugak sibuk nak setelkan mcm2 benda kat sini.Resepi nie aku tak ingat ambik dari mana sbb dh lama dapat resepi nie.Buat pun dah berkali2.Just nak wish TQ so much kat tuan punya resepi.Mmg sedap.Jom layan resepi pulak....


Bahan-bahan
1 ekor ayam dara 

Bahan Kisar
10 tangkai cili padi
4 tangkai cili merah
4 tangkai cili hijau
2 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah

Bahan Sos
10 gm serbuk cili
5 gm serbuk kunyit
5 sudu besar madu
2 sudu besar minyak bijan 
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara
1. Perapkan ayam dengan sedikit bahan yang dikisar. Biarkan selama 10 minit.
2. Panggang sehingga masak dan ketepikan.
3. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan serbuk cili, kunyit bersama bahan kisar yang selebihnya. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan setengah cawan air dan masukkan minyak bijan, madu dan masak sehingga pekat.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Kemudian ayam yang telah dipotong empat diletakkan di dalam pinggan dan tuangkan sos yang dimasak tadi.


Wednesday, September 08, 2010

Ikan Stim Tiga Rasa

Salam semua.Wah,tak sangka pulak rasanya.Lagi 2 hari je kita nak rayakan.Cepat betoi masa berlalu.Rasa mcm baru je awal Ramadhan.Tup2,dah nak masuk Syawal....Citer bab berbuka,aku kat sini masih cam biasa.Memasak dan terus memasak.Maklum jer la tak der Pasar Ramadhan....

Berbuka semalam,menu pilihan aku Ikan Stim Tiga Rasa.Kali nie aku guna Ikan Nanagai (Ikan Merah).Resepi asal guna Ikan Siakap.Disbbkan Ikan Siakap aku dah buat masak Sweet Sour beberapa hari sebelum tu,so aku guna la Ikan Merah nie.Sedap sgt resepinya.Aku ambik dari dapur Ummi-Home Sweet Home.Jom kita intai resepi pulak...

Bahan:-
·                     1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
·                     100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
·                     2 camb minyak - untuk menumis
·                     garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:-
·                     5 ulas bawang merah
·                     3 ulas bawang putih
·                     3 cm halia muda
·                     2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
·                     1/2 kuntum bunga kantan
·                     2 helai daun limau purut
·                     4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:-
·                     2 camb cili kisar
·                     1 camb sos tomato
·                     2 camb sos plum
·                     2 camb gula pasir
·                     2 camb sos cili
·                     1 camb jus limau nipis
·                     1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
1.            Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
2.            Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
3.            Kukus hinga ikan masak.
4.            Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
5.            Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
6.            Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
7.            Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
8.            Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.




Friday, September 03, 2010

Sambal Tahun

Salam semua.Hari nie cuaca di Adelaide hujan.Sgt2 sejuk even dah masuk spring season.Dah sejuk2 nie perot pun mcm rasa lapo ler pulak.Nie la namanya dugaan berpuasa.

Erm,citer pasal menu lak,hari nie nak share menu masakan jawa iaitu Sambal Tahun.Actually,nie 1st time aku masak menu nie.Sebelum nie,hubby jer yg masak sbb dia org jawa.Lagi teror masak menu nie compare aku.Resepi aku belajar dari mak mertua.Mmg sedap la menu nie.

Tapi aku ubah skit menu guna frozen food sbb kat sini ssh nak cari perut lembu or ikan keli yg fresh.Dan juga aku masak ikut cara sendiri.Tak pasti betoi ker tak tapi belasah jer la.Yg penting org melayu perak pun boleh masak masakan jawa.Kira ada rupa tu boleh la kan.....Jom kita intai2 lak resepi Sambal Tahun....




Bahan-Bahan:-

frozen seafood marinara (squid,prawn,mussel)
frozen cat's fish (ikan keli versi Adelaide)
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
lengkuas (dihiris)
halia (dihiris)
sedikit bilis (ditumbuk)
cili padi 
sedikit taucu
santan pekat
garam
gula
sedikit air asam jawa+belacan

Cara-Cara:-

Letakkan air masak dlm periuk utk didihkan.Masukkan lengkuas,halia, dan cili padi.Biarkan sehingga mendidih dan juga sehingga bahan2 tersebut naik bau.

Kemudian,masukkan bahan2 lain satu persatu kecuali ikan,garam&gula.Biarkan hingga santan betul2 pekat.

Selepas itu,masukkan ikan,garam & gula.Biar mendidih hingga masak.Menu nie mmg mengambil masa yg lama utk masak.Lagi lama atas api,lagi sedap.