Thursday, October 28, 2010

Daging Masam Manis

Salam semua.Hari nie nak share resepi untuk menu,Daging Masam Manis.Menu belajar dari mak mertua.Biasanya,menu nie dimakan dgn ketupat time hari raya.Tapi makan dgn nasi putih panas2 sedap jugak.Layan menu nie untuk dinner malam tadi......


Bahan-Bahan:-
  • daging
  • kicap manis
  • asam jawa
  • garam
  • gula
  • gula merah
Bahan Kisar:-
  • lengkuas
  • halia
  • serai
  • bwg merah
  • bwg putih
  • cili kering
  • rempah biji
  • jintan manis
  • jintan putih
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan semua bahan kisar.
  2. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.Kemudian,masukkan daging.
  3. Masukkan pula kicap manis dan asam jawa.Biar merenih seketika.
  4. Perasakan dgn garam,gula dan gula merah.
  5. Kacau hingga kering dan pekat.Siap!!! 


Tuesday, October 26, 2010

Paprik Ayam II


Salam semua.Hari nie baru sempat nak upload menu yg aku masak 2 hari lepas.Menu simple jer pun.Menu Paprik Ayam.Ambik resepi dari myresipi.TQ so much tuan punya resepi.Layan!!!!


Bahan-Bahan
·         150 gram isi ayam (direbus)
·         1.5 inci halia (diracik halus)
·         3 ulas bawang merah (diracik halus2)
·         1 batang serai (di ketuk)
·         4 sudu cili boh
·         5 helai daun limau purut (disiat2)
·         6-7 biji cili padi (diketuk)
·         Kubis bunga
·         Kacang panjang
·         Lobak merah
·         Kicap Cap Kipas Udang
·         Sos tiram
·         Garam & Ajinomoto


Cara-cara

1.    Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.
2.    Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
3.    Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)
4.    Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.

Saturday, October 23, 2010

Ketam Goreng Bertelur

Salam semua.Selamat berhujung minggu.Mesti bestkan cuti2 nie bersantai dgn keluarga.Tapi jgn lupa masak tetap masak.Lagi2 kalo yg isteri2 bekerja.Time2 cuti nie la nak tunjuk skill masak dekat hubby.So,hari minggu nie menu aku nak share simple & sedap,menu Ketam Goreng Bertelur.Resepi ambik dari dapur Kak Hana Japan.Jom layan resepi!!!


Bahan-bahan
·                     3 ekor ketam - belah dua dan cuci bersih
·                     Serbuk kunyit
·                     Garam
Bahan Sos
·                     *1/4 bawang besar
·                     *2 ulas bawang putih
·                     *1 inci halia - bahan * tumbuk@kisar
·                     1 sb cili kisar - jika ingin pedas
·                     1 sb sos tomato
·                     2 sb sos cili
·                     1 sk sos tiram
·                     1 biji telur
·                     Garam dan gula
·                     Hirisan daun ketumbar

Cara-cara
·                     Gaul ketam dengan serbuk kunyit dan garam.
·                     Goreng sehingga ketam bertukar kemerahan atau masak. Angkat dan toskan.
·                     Toskan minyak. Tinggalkan sedikit utk menumis. Tumis bwg besar, putih dan halia hingga naik bau.
·                     Masukkan cili kisar. Kacau sebentar. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram serta air sedikit. Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
·                     Masukkan ketam goreng tadi dan gaul mesra. Kecilkan api, kocok2kan telur dan dalam mangkuk kecil dan tuang ke atas ketam. Gaul sebati.
·                     Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar.








Friday, October 22, 2010

Asparagus Goreng Belacan

Salam semua.Good morning dari Adelaide.Hari nie rajin sikit nak upload menu awal2 pagi.Erm,actually nie menu sayur for dinner malam tadi.Simple jer pun menu nie, Asparagus Goreng Belacan.Ambik resepi dari myresipi.TQ yeik. Memang sedap.....Meh kita layan!!!


Bahan-bahan ( 4 org makan )
·         300 gm asparagus - dipotong serong
·         2-3 biji bawang putih - diketuk
·         1 sudu besar cili kering
·         1 sudu besar sos tiram
·         1 sudu kecil nampla/sos ikan
·         3-4 ekor sotong - dipotong kecil
·         sedikit garam
·         minyak utk menumis
·         belacan - ikut suka

Cara-cara
1.    Panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau.
2.    Masukkan cili kering dan belacan. Masak hingga garing. Kemudian masukkan sotong.
3.    Bila sotong dah agak masak tambahkan sos tiram dan nampla. Gaul sebentar kemudian masukkan asparagus pula.
4.    Sesuaikan rasa. Jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Boleh diangkat dan sedia untuk dimakan.

Thursday, October 21, 2010

Daging Kicap Bercili


Salam semua.Menu hari nie aku masak simple jer, Daging Kicap Bercili.
Ambik resepi dari myresipi.Jom layan resepi....

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

·         500g daging batang pinang - di hiris
·         15 tangkai cili kering
·         1/2 camca teh jintan besar
·         1/2 camca teh jintan kecil
·         1 camca teh lada hitam
·         1/2 inci halia
·         3 ulas bawang merah
·         3 ulas bawang putih
·         kicap pekat
·         sedikit air asam jawa
·         2-3 biji bawang besar dimayang
·         garam & gula secukup rasa


Cara-cara

1.    kisar cili, jintan, lada hitam, halia, bwg merah & bwg putih
2.    tumis bahan kisar sehingga naik minyak
3.    masukkan daging
4.    masukkan air asam jawa, kicap, garam & gula
5.    renihkan seketika, masukkan bawang besar
6.    tutup api, sedia utk dihidang

Tuesday, October 19, 2010

Sup Ketam


Salam semua.Menu nak share hari nie Sup Ketam.
Resepi ambik dari dapur Kak Hana Japan.Mmg sedap.Jom layan resepi....



Bahan-bahan
·                     Ketam
·                     Bawang putih - ketuk
·                     Halia - ketuk
·                     Bawang merah - mayang
·                     Batang saderi - potong2
·                     Serbuk pati ayam - sudu kecil (optional)
·                     Daun bawang@daun sup
·                     Bawang goreng
·                     Garam
·                     Air secukupnyer

Cara-cara
·                     Siang ketam dan cuci bersih. ketepikan.
·                     Tumis bwg putih,bwg merah,halia hingga naik bau.
·                     Masukkan air,garam, btg saderi, pati ayam (jika mahu rasa manis ketam shj takyah buh pati ayam pon tkpe!) dan juga ketam. Rebus hingga ketam masak.
·                     Matikan api. Taburkan daun bawang@daun sup byk2 dan juga bawang goreng.
·                     Siap untuk dhidang.
·                     *note: bleh juga kocak2kan telur dlm sup jika suka!





Sunday, October 17, 2010

Bendi Rebus & Sambal Belacan

Salam semua.Hari nie share menu simple jer, Bendi Rebus & Sambal Belacan.Rasanya semua org blh buat menu nie.Makan dinner malam tadi.Jgn tergelak tgk bendi yg kontot3 tu.Kat sini semua bendi mmg cam tu.Tak cukup vitamin kot...:)

Bahan-bahan

  • bendi
  • daun kunyit
  • bawang merah/besar*
  • cili padi*
  • belacan*
  • garam secukup rasa *

Cara-cara

  1. Bendi direbus bersama dgn daun kunyit dan garam.
  2. Untuk sambal belacan , bahan-bahan bertanda (*)disatukan dan ditumbuk hingga lumat.


Thursday, October 14, 2010

Crab in Spicy Soy Sauce


Salam semua.Hari nie nak share resepi untuk menu Crab in Spicy Soy Sauce.
Masak untuk lunch tadi.Sedap bangat!!!!Ambik menu dari dapur Kak Hana Japan. TQ.






BAHAN-BAHAN:
6 ekor ketam
5 biji Bwg Merah*
2 ulas Bwg Putih*
1/2" Halia* (* tumbuk) 
1 btg Serai - ketuk
2 sb Cili Mesin
Kicap Masin + Manis - kicap masin tadak, buh kicap manis jerk!
1 tsp Tpg Jagung- bancuh dgn sedikit air - tk ltk
1 biji Telur - pukul sedikit 
Garam (jika perlu) 


CARA-CARA:
Berus kulit ketam supaya bersih. Potong dua.
Tumis bhn tumbuk & serai sehinga wangi, masukkan cili mesin.
Kacau sehingga cili masak & wangi.
Masukkan kicap secukup nya & sedikit air (sukatan ikutlah nak byk atau sikit kuah nya).
Masukkan ketam & tutup sehingga ketam masak.
Masukkan tpg jagung utk memekatkan kuah.
Masukkan telur & cepat2 kacau.
Masukkan garam jika perlu (kicap masin patut nya sudah mencukupi)


Tuesday, October 12, 2010

Ayam Panggang Ala Bangkok

Salam semua kawan2.Hari nie nak share resepi untuk menu,Ayam Panggang Ala Bangkok.Dah jemu makan ayam panggang Adelaide, nak terbang ke Bangkok pulak.Ayam panggang nie special sikit sbb ada pencicah sekali.Resepi ambik dari dapur Kak Ummi "Home Sweet Home".TQ so much.Mmg sedap.Layan!!!





Bahan:-

·                     1 ekor ayam - potong 2 
·                     15 gm kunyit. 
·                     80 gm serai 
·                     30 gm bawang putih
·                     20 gm batang ketumbar
·                     10 gm serbuk lada putih 
Bahan Perapan:-

·                     30 gm sos cili 
·                     15 gm sos ikan 
·                     20 gm pati ayam 
·                     4 gm sos tiram
·                     35 gm gula 
·                     50 ml santan
·                     1 sudu besar madu
·                     10 gm garam
Bahan Sos:-

·                     30 gm cili merah - cincang halus 
·                     15 gm bawang putih - cincang
·                     50 gm cuka 
·                     1 sk. sos ikan
·                     15 gm air gula 
·                     6 tangkai cili padi -cincang halus
Cara-Cara:-
1.                  Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2.            Kisar lumat kunyit, serai, bawang putih, batang ketumbar dan lada putih.
3.            Kemudian gaulkan kesemua bahan perapan dengan bahan kisar. Perap ayam selama satu jam.
4.            Kemudian panggang ayam selama 20 minit di dalam ketuhar (akak tambah masa agar ayam kelihatan sedikit garing). Balik-balikkan ayam agar masak sama rata sambil disapu lebihan bahan perapan.
5.                   Untuk sosnya, campurkan cuka, sos ikan dan air gula. Cincangkan cili merah dan bawang putih. Satukan kesemua bahan tadi dan hidang bersama ayam panggang.