Tuesday, November 30, 2010

Daging Singgang

Salam kawan-kawan semua.Hari nie aku nak share resepi untuk menu Daging Singgang.Aku masak menu nie beberapa hari lepas.Nie 1st time buat singgang.Resepi aku ambik dari dapur Kak Azie .TQ very much.Sedap bangat.Layan resepi pulak yeik...




Bahan2:
1 kg daging
5 hiris lengkuas
3 hiris halia
2 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu besar ketumbar (serbuk)
belacan
3 keping asam keping
garam dan gula

Cara2:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk + air secukupnya.
2. Masak sehingga daging lembut.
3. Siap... sedap dimakan masa panas2. Kalau nak lebih mengancam letak la cili api.




Sunday, November 28, 2010

Breakfast Sempoi

Salam pagi Ahad buat kawan-kawan semua.Pagi nie aku masak breakfast sempoi jer,Bihun Singapore.Dah pernah buat pun.Masak nie sbb ada pot luck dgn kengkawan jap lagi kat park.Nampak cuaca redup tapi tak hujan.Saja nak bersantai2 di hujung minggu.Layan....


Wednesday, November 24, 2010

Daging Balado Basah

Salam kawan-kawan semua.Selamat petang dari Adelaide.Hari nie aku nak share resepi bagi menu, Daging Balado Basah.Resepi ambik dari dapur Kak Ummi "Home Sweet Home".TQ yeik.Resepi yg simple dan sedap.1st time aku masak resepi nie utk lunch tadi.Teruja nak msak lagi nanti.Layan....


Bahan-bahan:-

·                     500 gm daging batang pinang
·                     1/2 - 1 sk. garam
·                     1/8 sk. serbuk kunyit
·                     4 ulas bawang putih - tumbuk halus
·                     500 ml air
·                     Minyak untuk goreng
·                     1 sudu besar jus limau nipis


Bahan Ditumbuk Kasar:-

·                     250 gm cili hidup merah (akak guna 4 biji cili merah + 4 tangkai cili padi merah)
·                     150 gm bawang merah (akak letak 5 biji)
·                     1/2 - 1 sudu kecil garam

Cara Memasak:-
1.                  Potong-potong daging ukuran 1x5x5 cm, kemudian bersihkan dan tos. Gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan bawang putih. Perap 15 - 20 minit.
2.             Letakkan daging dalam periuk/pan yang lebar dan tuangkan air tadi separuh. Jerang di atas api kecil dan tutup periuk. Biarkan air mengering dan daging empuk. Kalau belum cukup empuk, tambah air secukupnya dan masak lg hingga daging empuk. Angkat dan toskan.
3.             Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, masukkan daging tadi dan goreng hingga kecoklatan tapi jangan terlalu kering/garing. (Boleh goreng sikit2..) Angkat dan toskan.
4.             Kemudian dalam kuali yang lain, panaskan lebihkurang 150 ml minyak. Tumiskan bahan tumbuk kasar hingga naik bau dan harum. Biarkan cili masak dan pecah minyak.
5.             Masukkan jus limau nipis, kacau rata. Masak hingga bau menyengatnya hilang, seimbangkan rasa dan matikan api.
6.             Masukkan daging tadi dan gaul rata2. Angkat segera.

Sunday, November 21, 2010

Bistik Daging

Selamat petang kawan-kawan semua.Dari pagi sampai ke petang cuaca di Adelaide amat panas.Bila panas macam nie,mmg aku tak suka.Asyik rasa nak marah jer dibuatnya.Sabo jer laaa....

Erm,citer pasal menu hari nie nak share menu, Bistik Daging.Resepi ambik dari dapur CMG.Nie 1st time buat resepi nie.Memang sedap.TQ yeik CMG di atas resepi yg menarik.Resepi nie aku masak for lunch merangkap dinner hari nie.Jom layan resepi pulak...


BAHAN-BAHANNYA :
500 g daging batang pinang
400 g ubi kentang, dikiub 2 cm (kurang lebih 4 biji, boleh kurangkan kalau suka)
4 camca besar tepung gandum
4 camca besar margerine
3 camca besar minyak masak
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
4 cm kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
Kacang pis, untuk hiasan

BAHAN KUAH :
200 ml air (mat lebih kan sikit)
120 ml sos tomato
2 camca besar cili kisar
1 camca besar tomato puree
1 kiub stok daging (optional)

BAHAN DIKISAR :
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :
  1. Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan paper towel hingga kering. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam. Perap 30 minit dalam peti sejuk.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak + margerine hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.
  3. Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu). Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.




Friday, November 19, 2010

Ayam Pong Teh

Salam Jumaat buat semua kawan-kawan.Cepat betul masa berlalu.Pejam celik hari nie dah Jumaat.Nak habis seminggu tu kejap jer kan.Erm,hari nie aku nak share resepi bagi menu, Ayam Pong Teh.Resepi ambik dari dapur CMG.Sebelum masak tengok resepi macam rumit sbb panjang sgt listnya.Tapi lepas masak rupanya sempoi jer.Sedap pulak tu.Jom layan resepi pulak.....


BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 inci halia, tumbuk halus
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
20 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
1 inci halia, dititik
3 - 4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam dalam air
10 kuntum cendawan butang (mat guna yg dalam tin jee)
3 biji cili merah, dibelah tapi tak putus, rendam dalam air
1/2 cawan taucho, dihancurkan
1 pokok daun sup, potong kasar2
1 liter air
2 camca besar kicap cair
2 camca teh kicap pekat
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam tadi dengan 1/2 camca teh garam, serbuk kunyit dan halia tumbuk hingga rata, perap 1 - 2 jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan halia titik hingga harum, masukkan taucho dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul, biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air, jus asam jawa dan masukkan kicap pekat, kicap cair, kentang dan cendawan butang. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun sup dan kecilkan api. Renih 25 - 30 minit hingga ayam dan kentang empuk.
  4. Masukkan sedikit gula dan belahan cili merah. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan....


Thursday, November 18, 2010

Ayam Masak Palembang

Menu ulangan je hari nie, Ayam Masak Palembang.
Resepi sempoi dan sedap....
Layan.....

Monday, November 15, 2010

Sempoi Dinner

Salam kawan-kawan semua.Tak sempat nak update blog pagi tadi.Ukail meragam sbb kurang sihat (selsema+nak demam).Nie pun tgh tido.Curi-curi la masa kejap.Hari nie just share menu sempoi dinner malam tadi, Lamb Chop & Kentang Wedges Bakar.Pernah dah buat sebelum nie.Tapi Lamb Chop tu terhangit skit sbb masuk dalam oven sekali dgn kentang.Lupa nak keluarkan dulu...







Sunday, November 14, 2010

Mee Rebus To'Kun


Salam petang Ahad buat semua kawan-kawan.
Menu hidangan di hujung minggu  Mee Rebus To'Kun.
Kalo nak resepi klik SINI yeik.Resepi nie siaran ulangan jer...

Friday, November 12, 2010

Daging Rendang Pedas

Salam semua.Menu hari nie nak share dgn kengkawan,Daging Rendang Pedas.Resepi belajar dari arwah mak.Simple & sedap kalo mkn dgn nasi panas-panas.Makan dengan lemang pun sedap jugak.Jom kita intai resepinya pulak yeik...



Bahan-bahan

  • daging
  • cili kering (dikisar)
  •  bawang merah (dikisar)
  • halia (dikisar)
  • serai (dikisar)
  • santan
  • kerisik
  • serbuk kunyit
  • asam keping
  • daun limau purut
  • daun kunyit (dihiris)
  • sedikit gula & garam
Cara-Cara
1.      Gaul daging dgn bahan yg dikisar , kerisik, kunyit, asam keping dan juga santan.
2.      Kemudian, panaskan minyak.
3.      Masukkan daging ke dalam kuali bersama bahan yang telah digaul tadi (tak perlu tumis).
4.    Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
5.      Perasakan dgn garam dan gula.
6.      Biarkan dia mendidih dan masak hingga kuah agak kering
7.      Siap untuk dihidang. 

Thursday, November 11, 2010

Sambal Telur

Salam semua.
Hari nie nak share menu simple jer pun, Sambal Telur.
Resepi belajar dari arwah mak.Layan!!!



Bahan-bahan
telur
bawang besar [mayang]
sos cili
sos tomato
gula
garam
minyak

Bahan Kisar
cili kering
bawang putih
bawang merah

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. Kacau rata.
3. Kemudian, pecahkan telur dalam sambal dan biarkan sebentar. Jangan kacau.
4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit.
5. Bila bwg dah layu,masukkan sambal dlm pinggan.Siap!!!

*Kalo nak telur nampak cantik,goreng siap2 dulu....

Wednesday, November 10, 2010

Thank You So Much

Salam semua.Malam nie aku rasa hepi sgt. Nak share dgn kawan-kawan..Aku tak sangka pulak pada saat nie, follower aku dah cecah 102 orang.Macam tak percaya pulak sbbb tujuan asal aku buat blog hanya utk suka2 jer.

Anyway,aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan dan juga semua pengunjung blog HepiCookMum termasuk la yg silent reader. TQ very much sebab anda semua sudi berkunjung ke blog aku nie.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua kawan2,sudi-sudi kan lah ambik TQ Award kat bawah nie yeik.Jgn malu2 pulak nak tampal kat blog sendiri.Ambik jer.Aku bagi ikhlas.Kebetulan skrg di Adelaide tgh musim bunga.Aku petik sendiri bunga nie khas untuk semua pengunjung blog.

Niat di hati mmg nak buat GA kalo follower blog nie cecah lebih 100 org.Tapi kena tggu selepas balik Malaysia dulu. Maybe, insyAllah,dlm Januari nie aku berangkat pulang ke tanah air.Lepas tu,InsyAllah ada rezeki aku akan cuba anjurkan GA pulak.Sekarang nie masa dan jarak tak mengizinkan sgt2.

Buat masa nie,aku hanya mampu hadiahkan Bunga Ros Adelaide nie saja kepada kawan2 semua.Terima kasih banyak2 sbb sudi kunjung blog aku dan sila dtg lagi yeik...Layan!!!!!!!!!


Followers (102More »