Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Nasi Tiga Warna

Salam petang Jumaat kawan-kawan semua.
Baru sempat nak update blog.Erm,resepi nak share hari nie,Nasi Tiga Warna.
Ambik resepi dari dapur Kak Hana Japan.Layan!!!



Bahan-bahan
  • 3 cawan beras (hana guna beras basmati)
  • 3 cawan air
  • pewarna merah, hijau dan kuning secubit garam
  • satu ketul stok ayam (Knorr atau maggi) beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu makan margerin
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara
  1. Cuci beras dan toskan
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
  4. Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya
  5. Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak

Thursday, September 23, 2010

Nasi Impit & Kuah Kacang

Salam semua.Hari nie aku nak share salah satu menu juadah raya yg aku & hubby masak ari tu.Menunya ialah Nasi Impit & Kuah Kacang.Actually, time bulan puasa ari tu aku dah buat gak menu nie.Saja testing masak dulu sebelum raya.Riso lak time raya kot2 tak jadi lak menu nie.Kempunan lak nti nak makan menu nie...


Gambar Nasi Impit kat atas nie aku buat sendiri.Resepi dah tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Mmg menjadi cuma leceh skit sbb kena buat sendiri.Kalo untuk masak makan sendiri, rasanya ok je buat nasi impit homemade.Tapi kalo untuk masak dlm kuantiti yg banyak bagi aku lg senang guna yg segera punya.So,untuk juadah raya tempoh hari, aku just guna yg segera je (Ketupat NONA).Tinggal rebus jer nasi impit tu.Siap!!!





Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3 cawan beras (bukan beras jepun)
  • 8 cawan air
  • sehelas daun pandan - optional
  • sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara

  1. basuh beras seperti biasa
  2. tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan.Guna rice cooker je, x perlu kacau2.
  3. setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
  4. sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate 


Untuk Kuah Kacang lak,resepi aku belajar dari mak mertua.Kalo aku tak silap,nie Kuah Kacang versi orang Jawa.Bezanya kuah kacang nie diletakkan ayam.Kalo nak tau sedap ker tak, kena le cuba menu nie.Jom kita tgk resepinya.....

Bahan Tumis:-
  • bawang merah (dihiris)
  • bawang putih   (dihiris)
  • ayam (dipotong kecil2)
Bahan Kisar:-
  • cili kering
  • serai
  • halia
  • bwg merah
  • bwg putih
  • bilis
Bahan Lain:-
  • kacang tanah (digoreng & dikisar)
  • air asam jawa
  • garam & gula
  • air masak sedikit sahaja
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali.Letak sedikit minyak & goreng kacang tanah.Dah siap,buang kulit dan kisar halus.
  2. Dalam kuali lain,panaskan minyak.Tumis bahan2 tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan ayam.
  3. Kemudian,masukkan bahan kisar pulak.Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kacang tanah yg dikisar tadi sedikit demi sedikit.Kacau perlahan2.
  5. Kemudian,masukkan air masak sedikit.
  6. Masukkan pula air asam jawa.Perasakan dgn garam & gula.Biar hingga kuah pekat.Siap!!!










Tuesday, August 17, 2010

Nasi Ujang

Salam pagi 7 Ramadhan buat semua pengunjung blog.Sekejap jer masa berlalu.Dah seminggu rupanya kita menjalani ibadah puasa.Semoga sepanjang hari nie amal ibadat kita diberkati.Amin....

So,utk menu hari nie aku nak share Nasi Ujang.Menu nie simple,cepat dan sedap.Aku masak time buka posa last week.Tak ingat pulak posa keberapa.Tapi, yang pasti menu nie sesuai dimasak time2 penyakit M menyerang.Resepi aku belajar dari abang ipar through FB jer.Abang ipar aku yg sorang nie mmg teror masak.Kalah kakak aku....Jom kita tgk kombinasi resepi dlm Nasi Ujang pulak....

Nasi Putih
 {lupa nak ambil gambar}


{pernah buat dah...link jer terus}


Kuah Sup Ayam
{tumis bwg putih+bwg merah+halia.
kemudian,masukkan stok ayam+air masak+ sedikit garam}


Hirisan Timun

Sambal Tempoyak
{nie aku tambah sendiri sbb suka mkn timun cicah tempoyak}

Air Limau Nipis
 {lupa nak ambil gambar}


Monday, August 09, 2010

Nasi Ayam II

Salam semua.Hari nie cuaca di Adelaide sejuk bangat.Frozen dah rasanya dok dlm umah nie.Dah tu perut lak asyik lapo jer.Dah le dekat nak posa nie.Sabor jer la.....

Erm,menu hari nie nak share Nasi Ayam.Kali nie aku buat nasi ayam ikut resepi lain pulak.Resepi chef tersohor M'sia, Kak Liza.Simple & sedap bangat.TQ so much.Menu nie aku masak hari Jumaat lepas for lunch marangkup dinner.Jom kita layan resepi pulak......



Bahan
1 ekor ayam [potong 4]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih [ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan [simpulkan]
garam secukupnya

Sayuran 
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang [racik]
bawang goreng

Sos Cili 
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat 
1. Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. [Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.]
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dan ayam dipotong kecil.
8. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

Tips 
Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180’C selama 30 minit.

Tuesday, June 15, 2010

Nasi Tomato

Salam semua.Hari nie aku nak share resepi "Nasi Tomato". Menu nie aku masak for lunch & dinner semalam.Resepi dah tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Mmg sedap.Bertambah sedap jika dimakan panas2 bersama dgn "Ayam Masak Merah" &  "Acar Timun Masak".....Layan!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng



Friday, June 04, 2010

Nasi Lemak Special

Salam semua.Lama tak update blog atas sbb2 busy dgn tugas harian.Even aku nie full-time housewife tapi tetap busy jugak tau.Nak2 pulak skrg nie di Adelaide malam panjang.So,rasa siang cam tak cukup masa jer.

Menu nie aku masak 2 hari lepas.Time tu jemput jiran sebelah (Kak Gina& family) dinner dgn kami.Saja jer ajak jiran sebelah makan sama2 sbb cam boring lak tiap2 hari makan bertiga jer.Simple jer pun nasi lemak yg aku buat nie.Resepi  nie arwah mak aku yg ajar.Jom layan resepi....


A. Nasi Lemak (Resipi tradisi, dimasak cara moden)

Bahan-bahan

beras
santan
garam
daun pandan
halia
bawang merah (dihiris halus)


Cara memasak

1. Basuh beras
2. Masukkan santan dan sedikit air.(santan ni adalah pengganti air-biasanya saya sukat air beras macam masak nasi putih)
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
4. Masak nasi seperti biasa.


B. Sambal Tumis Ikan Bilis (Boleh ganti ikan bilis dengan udang hidup atau sotong basah)

Bahan-bahan
1. cili kering (diblender)
2. bawang merah (diblender)
3. bawang putih (diblender)
4. halia (diblender)
5. serai (diblender)
6. sedikit belacan (option)
7. air asam jawa
8. bawang besar  (dipotong bulat)
9. ikan bilis yang telah digoreng
10. garam dan gula secukup rasa

Cara memasak

1. Blend cili kering,bawang merah, bawang putih,halia,serai & belacan sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
5. Masukkan sedikit air asam jawa.
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi.
7. Gaul sampai sebati.Masukkan sedikit air.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Masukkan hirisan bawang besar.
10. Didihkan dan angkat dari stove.
11. Nasi lemak sedap dimakan bersama ayam goreng,timun dan telur rebus@telur mata kerbau.





Wednesday, May 19, 2010

Nasi Goreng Carrot

Menu untuk breakfast pagi nie,aku masak Nasi Goreng Carrot.Sempoi jer pun.Sejuk2 nie perot asyik lapo jer.Terpaksa ler merajinkan diri utk memasak memandangkan kat sini ssh nak cari warung2 nasi lemak yg menjual pelbagai jenis kuih.Sedapnya laaa kalo dpt menimati kuih2 itu skrg nie.Terliur ler pulak,huhuhu...Erm,resepi nie aku belajar dari arwah mak.Jom layan resepi pulak!!!


Bahan-bahan:-
  • nasi sejuk (diperoi)
  • bawang putih (ditumbuk)
  • bawang merah (ditumbuk)
  • cili padi (ditumbuk)
  • sedikit daging (dihiris halus)
  • carrot (dihiris memanjang)
  • lada sulah 
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
    Cara Memasak:-
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
    2. Masukkan daging dan biarkan sebentar.
    3. Masukkan carrot yg telah dipotong memanjang.Kemudian kacau rata.
    4. Masukkan sedikit lada sulah.Kalo suka pedas,masukkan lebih sedikit lada sulah.
    5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata hingga nampak berasap dan tutup api.
    6. Siap untuk dihidang.


    Tuesday, May 04, 2010

    Nasi Minyak Hujan Panas

    Cuaca kat Adelaide petang nie masih tak menentu.Sekejap hujan sekejap panas.Sempena cuaca hari nie,aku pun merajinkan diri memasak Nasi Minyak Hujan Panas.Resepi ambik dari dapur Hana Japan.TQ to tuan punya resepi.Sedap sgt.Jom layan resepi pulak!!!!


    Bahan-bahan:-
    • 4 cawan beras basmati
    • 5 cawan air
    • 2 kiub ayam
    • 2 helai daun pandan
    • pewarna merah, kuning dan hijau
    • [bahan tumis]
    • 1/2 inci halia
    • 2 ulas bawang putih
    • 1/2 biji bawang besar
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 3 biji buah pelaga
    • [bahan hias]
    • bawang goreng
    • kismis
    Cara-cara:-
    1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
    2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
    3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
    4. Masukkan beras dan gaul rata.
    5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
    6. Masaklah nasi sehingga masak
    7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
    8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

    Tuesday, April 20, 2010

    Nasi Goreng Cina

    Salam semua.Hari nie menu utk breakfast aku merajinkan diri menggoreng Nasi Goreng Cina.Resepi nie aku ambik dari dapur Ummi.Mmg sedap&simple.Jom layan resepi...Layan!!!!

    Bahan-bahan:-
    • 1 mangkuk nasi sejuk (diperoi)
    • 2 biji telor
    • 100 gm udang
    • 100 gm sayur campur
    • 1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
    • Garam secukup rasa
    • 2 sudu besar minyak masak
    Bahan (Ditumbuk):-
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 sudu kecil lada hitam biji
    Cara Memasak:-
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
    2. Masukkan telor dan biarkan sebentar.
    3. Apabila telor sudah separuh masak, kacau supaya hancur sedikit.
    4. Masukkan sayur campur dan udang. Kemudian kacau rata.
    5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata hingga nampak berasap dan tutup api.
    6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau rata.
    7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama salad dan keropok. 

    Thursday, April 08, 2010

    Nasi Goreng Kampung



    Pagi nie aku masak breakfast sempoi jer.Aku goreng Nasi Goreng Kampung+Telur Mata Kerbau. Nie antara menu terawal yg aku pandai masak time anak dara dulu.Arwah mak yg ajor.Arwah mak aku mmg pandai masak.Ada jer resepi dari arwah yg aku tak sempat nak belajor.Sbb aku nie dulu mmg jenis malas nak belajor masak2 nie.Tak minat langsung. Bila time arwah sakit ler,aku baru ambil alih skit tugas2 masak nie. Then, pas kawin & dok merantau jauh dari Msia nie la baru kenal segala jenis jintan herba tu.Hari demi hari bertambah ler minat memasak walaupun tak sedap mana...

    Utk nasi goreng kampung nie,senang je nak goreng....Jom layan resepi....

    Bahan-bahan:-
    • nasi putih
    • garam
    • bwg putih-ditumbuk
    • bwg merah-ditumbuk
    • cili padi-ditumbuk
    • belacan-ditumbuk
    • ikan bilis 
    • mix vegetables
    • kicap manis
    Cara-cara:-
    1. Gaul nasi dgn garam sedikit.
    2. Pas2,tumbuk bwg putih+bwg merah+cili padi+belacan+sedikit ikan bilis.
    3. Kemudian,panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
    4. Dah naik bau,masukkan nasi dan kacau.
    5. Masukkan ikan bilis dan mix vegetables.
    6. Tuang kicap manis.Ikut suka nak banyak mana.Kacau sampai rata.
    7. Nasi goreng pun siap dihidang.


    Thursday, March 25, 2010

    Nasi Minyak



    Bahan-Bahan
    • 4 cwn beras basmathi
    • 6 cwn air(ikut jenis beras)
    • 1-2 biji bwg besar (hiris)
    • 2" halia (hiris)
    • 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
    • 1 cwn susu cair
    • sedikit minyak sapi utk menumis
    • sedikit garam
    • sedikit rempah tumis
    • sedikit pewarna kuning
    • 2 helai daun pandan
    • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan
    • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam

    Cara-Cara
    1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar,bwg putih dan halia hingga kekuningan.
    2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga.Goreng selama 5minit.
    3. Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua      bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
    4. Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam

    Wednesday, March 24, 2010

    Nasi Ayam


    Bahan-bahan (6 orang makan)
    • 1 Ekor ayam-belah 4, bersih n tos
    Bahan utk perap ayam
    • 4 sudu besar sos cili
    • 3 sudu besar kicap manis
    • 2 ulas bwg putih-tumbuk halus
    • garam n gula-perasakan-elok manis skit
    Bahan utk sup
    • 2 ulas bwg putih, ketuk
    • 1 btg serai-ketuk
    • 1 inci halia-ketuk
    • 1 sup bunjut
    Bahan utk cili
    • 3 bijik tomato masak
    • 3 ulas bwg putih
    • 3 biji cili merah
    • 4 biji cili api-nak pedas letak lebih
    • cuka makan skit-agak-agak blh blend bhn utk cili
    • garam n gula, aji-sesuaikan

    Cara-cara


    1. pas bersih ayam, rebus ayam dalam air yg byk(sebab air ni nanti blh bt sup, dan masak nasi. masuk bwg putih, serai yang diketuk, masuk skit garam.
    2. rebus ayam - agak dah masak terus angkat. Ambik air rebusan lebih tadi anggaran 4 cawan untuk masak nasi.yang lebih biar dalam periuk, tambah serai dan sup bunjut. perasakan-nah! sup dah siap(biar mereneh sekejap)
    3. k, utk nasi plak.. basuh beras, masuk dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, halia skit, serbuk kunyit( skiiit je..) tumis (dlm kuali) dengan marjerin 1 ulas bwg putih n bwg merah (mayang halus) masuk sekali. on je rice cooker, nasi pun dh siap
    4. perap ayam yang direbus tadi ngan kicap manis, sos cili, bawang putih, -perasakan ngan garam dan gula-tp biar manis skit-baru best..perap je dalam 1/2 jam.
    5. utk cili plak- blend suma bahan utk cili tadi-perasakan ngan garam n gula, cili pun dah siap..
    6. dah agak 1/2 jam. goreng ayam, angkat, ketuk skit dan potong kecil-kecil
    7. utk sos kicap plak-ambik bahan perapan ayam tadi, tapis n tambah kicap jika perlu. perasakan.
    8. bleh makan ngan timun, salad dan tomato hiris. senang je kan.. rasa pun lain dari yang lain.. try la klau x pecaya

    Nasi Jagung


    Bahan-Bahan:-
    • 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
    • 4 cawan beras basmathi
    • 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
    • ½ cawan susu cair
    • ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
    • 2 biji bawang besar*
    • 3 ulas bawang putih*
    • sedikit halia*
    • 2 sudu besar mentega
    • 2 sudu besar minyak
    • 2 helai daun pandan disimpul
    • sedikit garam
    • kisar bahan yg bertanda *

    Cara-Cara:-
    1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
    2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
    3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
    4. stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
    5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
    6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.