Showing posts with label Mee/Kueh Teow. Show all posts
Showing posts with label Mee/Kueh Teow. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Kueh Teow Goreng

Salam semua pengunjung blog HepiCookMum.Semoga anda semua sihat dan ceria selalu.Hari nie aku just nak share resepi simple jer utk menu yg dimasak weekend lepas iaitu Kueh Teow Goreng....Jom layan....



Bahan-bahan:-
kueh teow
udang basah
bawang putih-diblend
bawang merah-diblend
cili kering-diblend
fishcake/fishball-potong kecil
sayur sawi-dipotong kecil2
taugeh
kicap-secukup rasa
garam-secukup rasa
minyak

Bahan hiasan:-
daun bawang-dihiris nipis
cili merah-dihiris nipis


Cara-cara:-

Panaskan kuali dgn sedikit minyak.Tumis bawang putih & bawang merah yg diblend tadi.Biarkan masak seketika.  

Masukkan cili kering yg diblend,gaul seketika.Masukkan sedikit air dan udang basah.Masukkan kicap & garam secukup rasa. 

Masukkan sayur sawi,taugeh & fishcake/fishball.  

Akhir sekali masukkan kueh teow yg telah di tos.Gaul sehingga sebati.  

Taburkan daun bawang dan cili merah sbg hiasan. 

Kueh Teow Goreng siap dihidang.

Monday, December 20, 2010

Hokkien Mee

Salam hari Isnin untuk kawan-kawan semua.Menu hari nie nak share, Hokkien Mee.Nie 1st time aku masak menu nie.Mmg sedap dan lazat.Resepi ambik dari dapur Kak Hana Japan.Layan!!!


Bahan-bahan
·                     *15 tangkai lada kering
·                     *5 biji bawang merah
·                     *2 biji bawang putih - bahan * blend
·                     1 mangkuk udang
·                     mee kuning
·                     bihun - xde stok, ltk mee kuning je
·                     telur rebus
·                     hirisan daging rebus
·                     kangkung celur - hana xde ganti sawi je
·                     taugeh
·                     fishcake
·                     bawang goreng
·                     garam dan gula
·                     air secukupnya
Cara-cara
·                     Rebus udang. kemudian kopek kulit dan juga buang kepala. Asingkan isinya. Blend kulit dan juga kepala udang hingga hancur kemudian tapis. Simpan sebentar stok udang.
·                     Panaskan minyak. Tumis bahan blend hingga pecah minyak. Masukkan garam dan juga gula sedikit. Ambil sesenduk kecil utk utk tumiskan dengan isi udang.
·                     Masukkan air rebusan/stok udang tadi.(boleh masukkan air rebusan daging juga) dan masukkan lagi sedikit air. jgn byk sgt air nanti kurang rasa. didihkan.
·                     Cara hidangan, letakkan mee kuning, bihun ke dalam mangkuk. Letak udang, kangkung, taugeh, fishcake dan telur. Curahkan kuah ke atasnya. Taburkan dengan bawang goreng.
·                     Sedia untuk dinikmati.



Sunday, November 28, 2010

Breakfast Sempoi

Salam pagi Ahad buat kawan-kawan semua.Pagi nie aku masak breakfast sempoi jer,Bihun Singapore.Dah pernah buat pun.Masak nie sbb ada pot luck dgn kengkawan jap lagi kat park.Nampak cuaca redup tapi tak hujan.Saja nak bersantai2 di hujung minggu.Layan....


Sunday, November 14, 2010

Mee Rebus To'Kun


Salam petang Ahad buat semua kawan-kawan.
Menu hidangan di hujung minggu  Mee Rebus To'Kun.
Kalo nak resepi klik SINI yeik.Resepi nie siaran ulangan jer...

Wednesday, October 06, 2010

Mee Rebus To'Kun

Salam semua.Menu hari nie nak share Mee Rebus To'Kun.Menu nie aku masak last week.Ambik resepi dari myresipi.Actually dah banyak kali aku masak mee rebus guna resepi nie.Mmg sedap & sempoi jer.Jom tengok resepi pulak!!!


Bahan-bahan ( 15 orang makan )
·         1 kg mee kuning - direbus
·         * untuk kuah
·         15 - 20 tangkai cabai kering - digoreng terlebih dahulu
·         5 ketul ubi kentang @ ubi keledik( agak2 sama dengan saiz ubi kentang tu la) rebus dahulu
·         asam jawa sebesar ibu jari - goreng dulu juga
·         500g udang kecil- direbus
·         500g udang besar- direbus
·         4 ulas bwg putih - diketuk
·         daun sup
·         kacang tanah- digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
·         5 liter air, garam dan gula secukupnya
·         2 biji tomato - potong dadu
·         *bahan tabur :- 4 biji telor potong bulat2
·         daging direbus dan dipotong nipis2
·         cucur udang - potong nipis
·         cili - dipotong nipis2
·         bawang goreng dan limau nipis
·         daun sup dan daun bawang
·         taugeh direbus
·         tauhu digoreng dan dipotong dadu

Cara-cara
1.    cara buat kuah :- kisar cili kering, ubi dan udang kecil
2.    tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bahan yang dikisar. masukkan air. kemudian perahkan air asam jawa dan masukkan kedalam kuah. kemudian masukkan pula udang besar.
3.    bila dah mendidih masukan masukkan gula , garam, sebuk kacang, daun sup dan tomato. kacang tu ikut la jgn terlalu banyak takut pekat sangat kuahnya
4.    biarkan ia mendidih sekejap barulah tutup api, bolehlah dihidang bersama2 bahan untuk tabur tadi
5.    boleh tambah air jika kuah terlalu pekat



Sunday, September 19, 2010

Mee Taiwan

Salam semua.Hari nie just nak share resepi yg simple je, Mee Taiwan.Kadang2 aku rasa jemu jugak kalo asyik masak mee goreng biasa jer kan.So,kali nie aku cuba masak menu mee goreng versi Taiwan.Mmg sedap & rasa lain skit dari mee goreng biasa tu.Resepi aku ambik dari dapur Kak Suzi. Jom intai resepi....




Bahan-bahan




  • 1 mangkuk mee kuning @ meehoon
  • 1 keping fish cake (hiris kecil)
  • 5 ekor udang (sederhana)
  • 1/4 mangkuk isi ayam/daging
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 batang carrot (potong memanjang)
  • 1/2 mangkuk kobis
  • 1/2 mangkuk taugeh
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • sedikit bunga kantan (hiris halus)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap sotong/sos ikan
  • 1 camca kecil kicap pekat
  • 2 camca besar cili boh/cili kering (dikisar)
  • 1/2 camca kecil lada hitam (kisar/tumbuk)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara


1.         Panaskan minyak, tumis bawang besar.
2.         Masukkan cili kering, sos tiram, sos ikan dan sedikit garam.
3.                  Masukkan fish cake, isi ayam dan udang.
4.                  Masak seketika dan masukkan mee, kicap pekat, carrot, kobis dan bunga kantan.
5.                  Kacau selama 2 minit. Masukkan daun limau purut dan taugeh.
6.                  Kacau sekejap saja dan tutup api.

Wednesday, August 25, 2010

Mee Udang

Salam semua.Hari nie nak update blog.Lama tak update sbb agak busy bulan puasa nie.Rasa tak cukup waktu siang dibuatnya.Nak2 pulak kat Aussie nie berbuka awal.Dalam pukul 5.53pm dah berbuka.So,kena masak awal setiap hari.

Menu hari nie nak share Mee Udang.Masak untuk berbuka last week.Sempoi dan sedap.Just,aku ubah skit resepi kuah tu sbb tak der kentang/keledek.Aku guna tepung jagung utk pekatkan kuah.Resepi ambik dari myresipi.TQ to tuan punya resepi.Jom kita tgk resepi pulak....

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/kg mee kuning
  • 300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
  • 4 sb lada boh / lada giling
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sb udang kering
  • *1/2 inci halia
  • 1 sb petis
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
  • gula n garam
  • taugeh n sawi
  • daun bawang n bawang goreng

Cara-cara

  1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jg buang....

  2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....

  3. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah

  4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....

  5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...

  6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

Thursday, July 22, 2010

Tom Yum Noodles

Salam pagi dari OZ.Menu hari nie nak share Tom Yum Noodles.Menu nie dah masak 2 minggu lepas.Tapi tak sempat jer nak update kat blog.Resepi menu nie aku main hentam jer.Ikut sesedap hati aku je nak letak bahan2 dlm noodles tu.Actually,kalo aku makan dekat K-Noodles (salah satu Kedai Makan Halal),aku conpem akan order menu nie.Mmg sedap rasanya.So,dah banyak kali makan kat situ rasanya mcm dah blh agak skit bahan yg dugunakan.Hasilnya,conpem tak sesedap kedai tapi boleh la kalo nak makan sendiri.Jom layan resepi.

Bahan-Bahan:
  • rice noodles
  • bawang merah/bawang besar (dipotong bulat)
  • bawang putih (dihiris)
  • tom yum paste
  • udang basah
  • crabstick
  • fishcake
  • mushroom
  • capsicum
  • air
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bwg putih & bwg merah.Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan tom yam paste& udang basah.Kemudian kacau & masukkan air .
  4. Biarkan mendidih seketika.
  5. Kemudian,masukkan crabstick,fishcake,mushroom&capsicum.
  6. Biar mendidih lagi hingga masak.
  7. Masukkan sedikit rice noodles ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
  8. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Thursday, June 10, 2010

Mee Goreng Basah

Salam semua.Lama rasanya tak update blog.Agak busy sejak kebelakangan nie.Maklum ler,kat sini dah nak masuk Winter Season.Siang dah makin pendek.Malam lak makin panjang.Rasa cam tak cukup waktu siang nak habiskan keje2 rumah.Tgk2 hari dah gelap.Tapi kerja2 rumah ada gak yg tak siap2.Terpaksa ler dibawa keje sampai ke malam....

Menu yg nak share nie simple jer pun, Mee Goreng Basah.Menu nie masak untuk breakfast pagi semalam.Resepi belajar dari arwah mak.Jom layan resepi......Layan!!!


Bahan-bahan:-

mee kuning
ayam-(dipotong kecil2 & direbus)
bawang putih-diblend
bawang merah-diblend
cili kering-diblend
fishcake-potong kecil
sayur sawi-dipotong kecil2
taugeh
kicap-secukup rasa
garam-secukup rasa
minyak

Bahan hiasan:-
telur dadar-dipotong nipis
cili merah-dihiris nipis


Cara-cara:-

  1. Rebus ayam (air rebusan tu digunakan ketika menggoreng mee nanti).
  2. Panaskan kuali dgn sedikit minyak.Tumis bawang putih & bawang merah yg diblend tadi.Biarkan masak seketika. 
  3. Masukkan cili kering yg diblend,gaul seketika.Masukkan sedikit air rebusan ayam.Masukkan kicap & garam secukup rasa.
  4. Kemudian, masukkan isi ayam yg direbus tadi.
  5. Masukkan sayur sawi,taugeh & fishcake. 
  6. Akhir sekali masukkan mee kuning yg telah di tos.Gaul sehingga mee sebati. 

  7. Taburkan telur dadar cili merah sbg hiasan.
  8. Mee Goreng Special siap dihidang.






Sunday, May 16, 2010

Mee Ladna

Menu nie aku masak beberapa hari lepas.Tapi tak sempat nak share resepi dgn kawan2 semua.Busy skit dlm sehari dua nie.Actually,aku terbeli banyak stok mee dlm fridge.Tu pasal ler lately aku terpaksa merajinkan diri memasak pelbagai jenis mee.Nak habiskan stok.Resepi nie aku ambik dari dapur Kak Suzi.Jom layan resepi...



Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning-500 gram
100 gm udang -buangkan kulitnya
100 gm sotong -dipotong
100 gm isi ayam-dipotong
bawang merah-dicincang
bawang putih-dicincang
kacang sepat
bunga kobis
carrot
capsicum merah dan hijau-potong panjang
1 s/k lada hitam
1 biji telur
air secukupnya
sos tomato
sos tiram
minyak masak
daun bawang & daun sup-racik
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong
3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos, lada hitam dan carrot.
4. Bila mendidih masukkan telur dan kacau supaya hancur.
5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dan sos tomato dah ada garam]
6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang  & daun sup serta bawang goreng.

Thursday, May 13, 2010

Mee Goreng Mamak

Menu nie aku masak breakfast semalam.Tetiba jer semalam teringin nak mkn kat kedai mamak.Mengidam nak mkn mee goreng mamak + teh tarik.Fuhhh,mmg sedap.Tapi biasa ler.Kat Aussie nie mana nak cari restoran mamak.Dah tu kena ler buka restoran sendiri.Hanya mee jer la yg ada.Teh tarik tak pandai buat.Belum ada bakat lagi.So,lain tahun jer la minum teh tarik yeik.

Erm,resepi nie aku ambik dari dapur E-na Lovely Kitchen.Mmg sempoi, sedap & simple.Even aku masak ada bahan yg tak cukup (guna apa yg ada dlm stok jer), tapi Alhamdullilah jadi la jugak ala2 mamak style.

Kalo dah namanya mee goreng mamak conpem ler ada cucur udang.So,nie aku masukkan sekali resepi cucur udang segera.Kalo minat nak masukkan dlm menu,buat nie dulu baru leh masak mee goreng mamak.Aku lupa nak ambik gambar.Share resepi jer la yeik....Layan!!!

Cucur Udang Segera
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil baking powder / soda bikarbonat
  • Sedikit udang - dipotong kecil
  • Sedikit taugeh - di buang ekor
  • Sedikit daun kucai - di potong 1 inci
  • Serbuk kunyit
  • garam
  • Air secukupnya
Cara Cucur Udang Segera :
  1. Bancuh semua bahan di atas dengan air secukupnya macam nak buat cucur.
  2. Panaskan minyak. Sudukan bancuhan ke dalam minyak panas.
  3. Jadikan 4 atau 5 biji cucur udang.
  4. Balikkan. Bila masak, angkat dan letakkan dalam pinggan yang di alas dengan kitchen tissue.

Bahan-bahan untuk mee:
  • 300 gram mee kuning
  • 60 gram daging - hiris nipis
  • cucur udang - di belah 4
  • 1 pokok sawi - di potong kecil
  • taugeh
  • fish cake - dihirs nipis
  • fish ball - dibelah 2
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili giling (ikut selera masing2)
  • 1/2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 biji telur
  • 1/2 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 biji bawang putih - dicincang halus
  • sedikit air
  • garam secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, serbuk kari dan cili giling sehingga garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sehingga daging lembut.
  3. Masukkan fish cake, fish ball, cucur udang dan kacau.
  4. Kemudian masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  5. Masukkan sawi.
  6. Buat lubang di tengah-tengah kuali dan pecahkan telur.
  7. Apabila telur telah masak sedikit barulah di kacau dan di gaul rata.
  8. Masukkan taugeh. Kacau dan biarkan mee kering sedikit barulah di angkat.
  9. Taburkan bawang goreng, cili merah dan hijau, hirisan timun, tomato dan limau kasturi/ lemon. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.