Friday, April 30, 2010

Ayam Bakar Berempah

Dinner malam nie sempoi jer.Mood memasak agak kurang hari nie.So,aku just masak Ayam Bakar Berempah.Resepi dah tak ingat ambik dari mana but TQ to tuan punya resepi.Jom layan resepi....Layan!!!


Bahan-bahan ( 4 orang makan )
  • 1 kilo kepak ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan serbuk jintan kasar
  • 1 sudu makan serbuk jintan halus
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan kepak ayam dan toskan
  2. Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
  3. Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
  4. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
  5. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak 

Popia Kentang

Ahad lepas,aku dpt jemputan ke jamuan meraikan birthday my frenz kat sini.Tak tau nak bawa apa.So,pikir punya pikir terlintas lak kat kepala nie nak buat Popia Kentang.Alhamdulilah,kali nie menjadi compare aku buat masa awal2 dulu.Time tu banyak yg pecah waktu menggoreng.Resepi aku ambik dari blog Kak Suzi.Jom layan resepi pulak....Layan!!!


Bahan-bahan inti :
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
5 tbs daging cincang
1/2 cwn bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api.
Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang.
Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.

Thursday, April 29, 2010

Daging Halia

Lama rasanya aku tak update blog.Sangat2 busy & tak sempat. Aku ada masalah skit dgn external hardisk aku.Dah ler benda tu menyimpan segala khazanah aku.Tetiba jer tak leh buka kat PC aku.Cam dah corrupted.Nsb baik leh buka kat laptop my hubby jer.Itu pun teramat ler lambat.Aku terpaksa copy paste semua koleksi gambar kat laptop my hubby.Sgt2 ler lambat time nak copy paste tu.Sabo jer laaa...Nsb ler gambar2 tu tak hilang.Kalo tak,sedih bangat.Dah ler tak der backup lain.Skrg nie pun dlm proses copy paste lagi......huhuhu

Nak citer masak2 pulak yeik.Resepi nie aku masak last week.Simple jer nak masaknya.Tak ingat dah ambik resepi dari mana but TQ to tuan punya resepi.Sedap dimakan...Jom layan resepi....Layan!!!


Bahan-bahan
  • daging - potong nipis
  • hirisan halia 
  • bawang putih- hiris
  • bawang besar-hiris bulat
  • cili merah-hiris
  • sos tiram
  • sos ikan
  • garam
  • lada hitam dan lada sulah

Cara-cara
1.   Panaskan minyak dan tumis bawang, halia dan cili hingga layu dan masukkan daging.
2.   Goreng hingga empuk
3.   Masukkan sos tiram, sos ikan dan garam
4.   Siap untuk dihidang
5.   Kalau suka boleh masukkan karot, tomato atau hirisan daun bawang

Saturday, April 24, 2010

Mee Goreng Special

Malam tadi kitaorg tak makan nasi.Dah jemu lak jamah nasi rasanya.Dah ler hari2 aku yg masak.Jemu sgt rasanya mkn masakan sendiri.Dgn baik hatinya,hubby aku yg masak mlm tadi.Hidangan special Mee Goreng Special.Sodap ler jugak.Bertambah2 aku makan.Tq yeik Mr.Hubby.....Jom layan resepi...Layan!!!

Bahan-bahan:-

mee kuning
bawang putih-diblend
bawang merah-diblend
cili kering-diblend
isi ayam,udang,sotong@telur-letak jer mana2 yg suka
fishcake-potong kecil
sayur sawi-dipotong kecil2
taugeh
kicap-secukup rasa
garam-secukup rasa
minyak

Bahan hiasan:-
telur dadar-dipotong nipis
cili merah-dihiris nipis


Cara-cara:-
  1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak.tumis bawang putih & bawang merah yg diblend tadi.biarkan masak seketika. 


  2. Masukkan cili kering yg diblend,gaul seketika.Masukkan sedikit air kalau terlalu kering.Masukkan kicap & garam secukup rasa.
  3. Kemudian, masukkan isi ayam,udang,sotong @telur (ikut pilihan masing2)
  4. Masukkan sayur sawi,taugeh & fishcake. 


  5. Akhir sekali masukkan mee kuning yg telah di tos.Gaul sehingga mee sebati. 


  6. Taburkan telur dadar cili merah sbg hiasan.
  7. Mee Goreng Special siap dihidang.




Ayam Goreng Ala KFC

Nie akibat teringin nak makan KFC.Kat sini KFC tak halal.So,dah lama le aku tak mkn KFC.Buat jer la sendiri.Ada rupe2 ayam KFC tu jadi ler.Resepi belajar dari Makcik Habsah PR kat sini.Nie la antara resepi terawal yg aku belajar sepanjang dok Adelaide....Jom layan resepi...Layan!!!


Bahan-bahan

  • Ayam
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Tepung jagung
  • Jintan manis
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Garam
Cara-cara

  1. Dalam sebuah bekas, masukkan ayam, dan kesemua bahan di atas. (kalau nak pedas lebihkan lada hitam dan lada sulah)
  2. Gaul biar semua bahan sekata.
  3. Perap sekurang-kurangnya 30minit.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam seperti biasa.


Pajeri Nenas

En3 hari nie resepi Pajeri Nenas.Erm,resepi nie aku masak for dinner malam tadi.Dah lama tak makan nenas.Tetiba tekak nie teringin lak.Resepi aku dah tak ingat ambik dari mana but TQ to tuan punya resepi.Sedap bangat pajeri ini.

Kalo org pregnant tu,jgn mkn nenas.Kata org tua2 nenas tu tajam & bahaya utk kandungan.Terliur jer la yeik.Kalo kempunan sgt dtg sini ambik bau jer.Jadi ler...:)................Jom layan resepi pulak!!!


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1 biji nenas masak/muda
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1btg kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah@ 1/2 biji bawang besar
  • 3-4 biji lada hijau
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  2. Nenas pula dipotong kecil.
  3. Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
  5. Kemudian masukkan nenas,lada hijau, dan garam
  6. Masak sehingga kuah pekat.
  7. Rasakan masin manisnya. Kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.


Thursday, April 22, 2010

Thank You Award from E-na Japan


Thanks a lot to E-na sbb buat award khas utk follower2 dia...
Sweet sangat picture bunga Tulip tu...
Bila ler agaknya nak sampai Japan nie??huhuhu.....







Tuesday, April 20, 2010

Nasi Goreng Cina

Salam semua.Hari nie menu utk breakfast aku merajinkan diri menggoreng Nasi Goreng Cina.Resepi nie aku ambik dari dapur Ummi.Mmg sedap&simple.Jom layan resepi...Layan!!!!

Bahan-bahan:-
  • 1 mangkuk nasi sejuk (diperoi)
  • 2 biji telor
  • 100 gm udang
  • 100 gm sayur campur
  • 1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
Bahan (Ditumbuk):-
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam biji
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan telor dan biarkan sebentar.
  3. Apabila telor sudah separuh masak, kacau supaya hancur sedikit.
  4. Masukkan sayur campur dan udang. Kemudian kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata hingga nampak berasap dan tutup api.
  6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau rata.
  7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama salad dan keropok. 

Monday, April 19, 2010

Sayur Campur Lada Hitam

Resepi sayur hari nie aku masak Sayur Campur Lada Hitam.Belajar dari arwah mak aku.Hari nie aku letak pedal ayam.Kalo yg tak suka tu,leh jer tukar dgn isi ayam or udang.


Senang je nak masak sayur nie.Letak minyak skit dlm kuali.Goreng pedal ayam tu sampai agak2 dah masak.Pas2,tumis bwg putih & bwg merah bersama pedal ayam tu hingga naik bau.Masukkan sedikit lada hitam & garam.Masukkan le sayur bok choy & carrot pulak.Goreng ler sayur tu hingga masak. Kalo nak cantik letak ler cili merah.Aku tak letak sbb dah habis stok dlm peti sejuk.Dah siap..Mudah sajakan...:)

Daging Masak Kicap

Menu hari nie for our lunch aku masak Daging Masak Kicap.Resepi aku ambik dari dapur Kak Suzi.Tq so much.Mmg sedap& simple jer nak buat.Sesuai utk org2 yg malas memasak seperti aku.Jom layan resepi.......

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging - potong nipis
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 cm halia - tumbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar kicap pekat manis
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
  • 3 biji cili hijau - belah2
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara

  1. Gaul daging dengan bahan tumbuk dengan cili kisar dan masak dalam kuali sehingga daging lembut. Jika perlu tambahkan air dan masak lagi.
  2. Bila daging telah empuk, tuang minyak dan masukkan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis.Gaul rata.
  3. Masukkan kicap, gula garam dan gaul sebati.
  4. Setelah rata dan daging benar2 masak, masukkan cili hijau dan bawang besar. Gaul-gaulkan, angkat.

Ayam Masak Lemak Cili Api

Menu nie aku masak dalam last week.Tapi terlupa ler pulak nak upload.Resepi nie aku dah masak banyak kali.Dah tak ingat ambik dari mana.But Tq to tuan punya resepi.Jom layan  resepi.......


Bahan-bahan ( 2 org mkn )
  • santan kelapa dari kotak kecik(ambik setengah sahaja)
  • bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
  • bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • cili padi 12 biji (ditumbuk)
  • sekeping asam keping
  • sebatang serai (dititik)
  • setengah sudu kecik serbuk kunyit
  • ayam 6 ketul

Cara-cara

  1. campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau (jgn letak atas api lagi)
  2. masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam. kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul.
  3. kemudian letak periuk di atas api yg paling kecil dan kacau.
  4. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan. 

Saturday, April 17, 2010

Labu Masak Lemak

Nie lak sayur yg simple & senang dimasak.Even dok di perantauan,tapi aku dpt gak makan labu.Macam2 pun bahan mentah mudah dpt disini.Cuma kena rajin masak jer.Resepi nie belajar dari arwah mak aku.Jom layan!!!!

Bahan-bahan
  • labu potong kecil
  • bawang putih & bawang merah & ikan bilis - ditumbuk
  • santan
  • serbuk kunyit
  • air

Cara-cara

  1. Tumis bahan ditumbuk.
  2. Masukkan labu dan kemudian air.
  3. Letak santan sikit demi sedikit
  4. Siap dihidang.

Ayam Bakar Mayonis

Selamat petang semua.Hari nie aku msak ayam bakar mayonis.Simple je.Mood masak kurang skit hari nie.Resepi dah tak ingat ambik dari mana.But.TQ to tuan punya resepi.Jom layan resepi....


Bahan-bahan   (2-3 orang makan)
  • 8 ketul drumstick
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam secukupnya-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara

  1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam
  2. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap



Thursday, April 15, 2010

Laksa Penang

Selamat petang utk semua.Petang yg dingin di Adelaide skrg nie.Sejuk2 panas.Hari nie aku nak berkongsi resepi Laksa Penang yg aku pernah buat kat Adelaide nie.Kat sini ssh bangat nak cari ikan kembung tu.Sampai ler satu hari tu aku jalan2 kat Central Market Adelaide,terjumpa ikan yg ala2 mcm ikan kembung.So,aku pun tak melepaskan peluang membeli ikan kembung nie berkilo2.Dan,akhirnya dapat le aku makan Laksa Penang.Sedap giler.Tak ingat resepi ambik dari mana but TQ to tuan punya resepi.Mai sat kita layan Laksa Penang...Layan!!!


Bahan-bahan
1 bungkus laksa (500gm)
1 kg ikan kembung - disiang dan dibersihkan
2 biji bawang besar – dikupas
5 sudu makan cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing)
2 batang bunga kantan - dibelah enam
2 ikat daun kesum - dipetik dan dibersihkan
5 keping asam gelugor
sedikit belacan
garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan
timun - dihiris halus
cili merah - dipotong
bawang besar - dipotong bulat
daun salad - dipotong halus


Cara-cara
  1. Laksa direndam hingga lembut kemudian direbus hingga masak. Toskan dan ketepikan.
  2. Ikan kembung direbus dalam sedikit air hingga mendidih. Angkat dan toskan dan biarkan ia sejuk. Simpan air rebusan ikan tersebut dalam periuk yang agak besar.
  3. Bawang besar, cili giling dan belacan dikisar hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
  4. Isi ikan diasingkan daripada tulang dan dikisar. Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ikan.
  5. Tulang dan kepala ikan juga dikisar kemudian ditapis. Airnya dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi campuran air rebusan ikan tadi.
  6. Jerangkan campuran ini di atas api hingga mendidih.
  7. Masukkan daun kesum, asam gelugor dan bunga kantan. Didihkan lagi.
  8. Rasa garam dan masam kuah laksa ini sebelum ditutup api.
  9. Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
  10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Beans with Scramble Egg

Aku baru terperasan rupe2nya resepi sayur dlm blog aku ada satu jenis resepi jer.Lupa daaa nak upload dari blog lama aku.Nti aku uploadkan skit2 yeik.Erm,resepi sayur nie aku masak tgh hari tadi utk lunch.Tak ingat dah dari mana dpt resepi.But TQ to tuan punya resepi.Sedap&Simple...Layan!!!


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 30 batang kacang buncis (dipotong halus)
  • 2 biji telur
  • Sedikit isi ayam ( kalu nak guna ikan bilis, sotong, etc, pun boleh)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Secubit garam
  • Lada putih (nak letak cili merah pun boleh)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak . Goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Kemudian masukan isi ayam goreng hingga masak.
  2. Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit. Pecahkan telur ke dalam kuali dan letaklah garam secukup rasa dan lada putih. Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap. 

Tuesday, April 13, 2010

Roti Telur

Hari nie cuaca kat Adelaide mmg sejuk.Sedap je mata nie nak tido.Nak bangun awal pun malas.Pas solat subuh aku sambung balik tido sampai kul 8.00am.Bangun2 jer,terus aku siapkan breakfast. Pagi nie aku buat roti telur je.Sempoi & sedap.Resepi senang je.

Pukul telur.Celupkan roti dalam telur yg dipukul tadi.Panaskan kuali dgn marjerin.Goreng roti tadi.Balik2kan.Dah siap...Layan!!!



Daging Goreng Kunyit

Dinner malam tadi aku masak sempoi jer, Daging Goreng Kunyit.Resepi tak ingat dari mana ler pulak.But,TQ to tuan punya resepi.Jom layan resepi...



Bahan-bahan

  • Daging      
  • Bawang besar dipotong bulat 
  • Cili merah dihiris nipis
  • Serbuk kunyit (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Minyak untuk menggoreng (secukupnya)

Cara-cara

1.      Perap daging bersama garam dan serbuk kunyit.
2.      Goreng daging hingga garing.
3.      Ketepikan daging, dan dalam kuali yang sama, goreng bawang besar hingga sedikit layu  
4.      Masukkan cili merah.
5.      Goreng hingga cili layu, angkat dan hidang

Monday, April 12, 2010

Spaghetti

Selamat petang semua.Cuaca kat Adelaide hari nie mmg dingin & sejuk.Best sgt.Autumn le katakan.Perut pun lapo je memanjang sejuk2 nie.Hari nie aku masak spaghetti utk breakfast.Dah lama tak makan spaghetti.Jom layan resepi spaghetti......




Bahan-bahan (1 orang makan)
  • 100g mi spageti
  • 150g daging hancur (mince meat)
  • 1/2 tin tomato puri
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Sedikit sos cili
  • garam /gula
  • minyak
  • parmesan cheese utk hiasan

Cara-cara

  1. Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih. Masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut. Toskan
  2. Panaskan kuali beserta minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Kemudian, masukkan tomato puri dan sos cili. Diikuti garam dan gula secukup rasa.Biarkan mendidih selama 10minit.
  4. Kemudian masukkan daging hancur.Tambah sedikit air jika perlu.Biarkan sehingga masak.
  5. Setelah siap, hidangkan mi di dalam mangkuk diikuti daging tadi.Tambah parmesan cheese mengikut citarasa sendiri.Siap.