Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

Jelatah Kacang

Assalam semua. Hari nie nak share resepi jelatah kacang. nie first time buat. Biasa buat acar timun nenas yg letak cuka je. Resepi ambik kat SINI. Tq tuan punya resepi. Kalo sape minat boleh la try buat. Simple je pun..... 

Bahan-bahan :-
1 biji timun
1/2 biji nenas masak 
6 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
kacang tanah (ditumbuk
)
garam
gula

Cara-cara memasak :-
1) bersihkan timun, nenas, bawang besar, cili merah.
2) kemudian potong nipis bahan yang telah dibersihkan tadi. masukkan ke dalam bekas.
3) masukkan sos cili, kacang tanah yang telah ditumbuk, garam dan gula.
4) gaul semua bahan sehingga rata sebati, kemudian bolehlah di simpan kedalam peti sejuk seketika.
5) sedia dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih. selamat menjamu selera.

Tuesday, March 08, 2011

Sayur Bayam Merah

Salam semua.
Just nak share resepi untuk menu sayur simple jer hari nie.
Resepi ambik dari trymasak. Jom tgk resepi pulak...



Bahan-Bahan:-

1) Bayam merah (300g)
2) Bawang merah (2 ulas)
3) Ikan bilis (segenggam)
4) Serbuk lada hitam (sedikit)
5) Cili merah - dihiris nipis (1 biji)
6) Air (3 cawan)
7) Garam (sedikit)

Cara Penyediaan:-
Cara-caranya, pertama sekali tumbuk bawang merah diikuti dengan ikan bilis.

Kemudian, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk dan masukkan air diikuti dengan serbuk lada hitam.

Selepas itu, masak sehingga mendidih dan masukkan bayam yang telah dibersihkan. Kacau sebentar dan masukkan garam secukup rasa dan cili merah.

Kacau dan biarkan mendidih sehingga semua bahan-bahan tadi layu dan sedia untuk dihidang.



Thursday, December 16, 2010

Ikan Pari Bakar & Bendi Rebus

Salam semua kawan-kawan.
Menu sempoi jer dinner malam tadi.Dah pernah buat pun.
Tapi gambar kurang elok sbb nak cepat.Dah kelaparan sgt.


Thursday, December 09, 2010

Kangkung Tumis Belacan

Salam kawan-kawan semua.Hari nie just nak share simple menu,Kangkung Tumis Belacan.Resepi ambik dari myresipi.TQ tuan punya resepi.Memang sedap resepi nie....Jom layan resepi!!!


Bahan-bahan ( Semangkuk besar )

  • 1 ikat kangkung segar
  • 1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • Segenggam ikan bilis/udang kering*
  • 1 sudu makan(atau lebih) belacan*
  • Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara

  1. Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat
  2. Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
  3. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
  4. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
  5. Hidangkan segera dengan nasi panas..

Saturday, December 04, 2010

Acar Kobis

Selamat petang kawan-kawan semua.Hari nie just nak share menu simple je,Acar Kobis.Resepi tak ingat ambik dari mana.Dah banyak kali buat tapi terlupa jer nak masuk dlm blog.But TQ to tuan punya resepi.Layan!!!


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 3 helai daun kubis- hiris halus
  • 1/3 lobak merah - hiris kecik,panjang
  • 1 ulas bawang putih- mayang
  • 1/2 labu bawang besar-mayang
  • gula, garam dan cuka secukupnya

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan-bahan. Siap untuk dimakan. Seelok-eloknya sediakan sekurang-kkurangnya 1/2 jam sebelum dimakan.

Wednesday, November 10, 2010

Sup Sayur Cendawan

Salam semua kawan-kawan.Menu hari nie nak share simple je pun.Menu Sup Sayur Cendawan.Caranya mudah jer.Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.Kemudian,masukkan bwg merah dan juga Vegeta Gourmet Stock.Masukkan pula cendawan serta sayur lain.Selain cendawan,boleh jer letak sayur apa2 yg suka.Macam aku,aku letak taugeh & salad sebagai sayur tambahan.Biar hingga mendidih.Siap!!!!!!




Vegeta Gourmet Stock 

Monday, November 08, 2010

Sayur Sahun

Salam semua kawan-kawan.Pejam celik hari nie dah masuk hari Isnin, 8.11.2010.Ini bermakna, insyAllah lagi 2 bulan jer aku dok Adelaide.Cepatnya masa berlalu.Gembira campur sedih nak balik Malaysia nie.Sayang bangat nak tinggalkan Adelaide Tercinta.Tapi kalo teringat bab2 makan nie,laju jer rasa hati nak balik Malaysia Tersayang...Pagi nie aku nak share resepi sayur yg simple, Sayur Sahun.Sesuai dimasak ketika waktu malas ke dapur.



Bahan-Bahan:-
  • sahun
  • daun sahun (warna kuning tu)
  • cili merah (dihiris)
  • bawang merah (dihiris)
  • santan
Cara Memasak:-
  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk.
  2. Panaskan periuk tadi atas api.Biar mendidih seketika.
  3. Tambah air jika nak kuah lebih.
  4. Kemudian,perasakan dgn garam.Kacau perlahan.
  5. Tunggu hingga masak.Siap....





Friday, October 22, 2010

Asparagus Goreng Belacan

Salam semua.Good morning dari Adelaide.Hari nie rajin sikit nak upload menu awal2 pagi.Erm,actually nie menu sayur for dinner malam tadi.Simple jer pun menu nie, Asparagus Goreng Belacan.Ambik resepi dari myresipi.TQ yeik. Memang sedap.....Meh kita layan!!!


Bahan-bahan ( 4 org makan )
·         300 gm asparagus - dipotong serong
·         2-3 biji bawang putih - diketuk
·         1 sudu besar cili kering
·         1 sudu besar sos tiram
·         1 sudu kecil nampla/sos ikan
·         3-4 ekor sotong - dipotong kecil
·         sedikit garam
·         minyak utk menumis
·         belacan - ikut suka

Cara-cara
1.    Panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau.
2.    Masukkan cili kering dan belacan. Masak hingga garing. Kemudian masukkan sotong.
3.    Bila sotong dah agak masak tambahkan sos tiram dan nampla. Gaul sebentar kemudian masukkan asparagus pula.
4.    Sesuaikan rasa. Jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Boleh diangkat dan sedia untuk dimakan.

Sunday, October 17, 2010

Bendi Rebus & Sambal Belacan

Salam semua.Hari nie share menu simple jer, Bendi Rebus & Sambal Belacan.Rasanya semua org blh buat menu nie.Makan dinner malam tadi.Jgn tergelak tgk bendi yg kontot3 tu.Kat sini semua bendi mmg cam tu.Tak cukup vitamin kot...:)

Bahan-bahan

  • bendi
  • daun kunyit
  • bawang merah/besar*
  • cili padi*
  • belacan*
  • garam secukup rasa *

Cara-cara

  1. Bendi direbus bersama dgn daun kunyit dan garam.
  2. Untuk sambal belacan , bahan-bahan bertanda (*)disatukan dan ditumbuk hingga lumat.


Friday, August 13, 2010

Pajeri Terung

Menu untuk sayur berbuka semalam. Resepi ambik dari myresipi.
Tq to tuan punya resepi....Jom tgk resepi pulak...


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 biji terung
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1btg kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah@ 1/2 biji bawang besar
  • 3-4 biji lada hijau
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  2. Terung pula dipotong.
  3. Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
  5. Kemudian masukkan terung,lada hijau, dan garam
  6. Masak sehingga kuah pekat.
  7. Rasakan masin manisnya. Kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.



Friday, July 02, 2010

Acar Rampai

Acar Rampai nie menu yg aku masak semalam.Dimakan bersama dgn Opor Daging dan Nasi Putih hangat.Mmg sedap.Resepi acar rampai nie aku belajar dari jiran sebelah umah my parents kat Msia merangkap my ex-officemate time keje dulu,Kak Mazni.TQ yeik akak sayang.Resepi nie aku belajar pun dari dalam facebook jer.Mintak resepi pas tu pandai2 jer aku buat sendiri.Ada gak rupa kira jadi ler tu.Resepi nie sempoi dan mudah jer..Layan!!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 batang timun
  • 1 batang carrot
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • 2 biji cili padi
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar.
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih.
  4. Masukkan air dan cuka. Biar sampai mendidih.
  5. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

Monday, June 21, 2010

Mushroom Goreng Garing

Menu nie aku masak for lunch semalam.Simple & sedap.Resepi aku ambik dari blog "Resepi Dan Cerita Perantau".Tq to tuan punya blog,my dear frenz , Kak Suzi.Menu nie gak sesuai dimasak kalo nak habiskan stok mushroom dlm fridge.Jom layan resepi pulak!!!



Bahan-bahan
  • mushroom
  • tepung jagung
  • lada sulah
  • kunyit
  • garam

Cara-cara

  1. Basuh mushroom, keringkan dan potong.
  2. Gaul mushroom tadi dengan garam, kunyit, lada sulah dan tepung jagung.
  3. Panaskan minyak dan goring sampai garing.
  4. Siap dihidang.Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih dan lauk lain.

Saturday, June 19, 2010

Sayur Kacang Manis


Menu yg sempoi jer.
Resepi belajar dari arwah mak aku.Layan!!!


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 30 batang kacang buncis (dipotong halus)
  • Sedikit daging ( kalu nak guna ayam, sotong, ikan bilis, telur, etc pun boleh)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang cili merah (dihiris)
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak . Goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Kemudian masukan daging & goreng hingga masak.Kalo suka berkuah,boleh tambah sedikit air.
  2. Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit. Masukkan cili merah dan letaklah garam secukup rasa. Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap. 

Tuesday, June 15, 2010

Acar Timun Masak

Menu yg simple tapi sedap.Resepi aku ambik dari myresipi.Aku tak letak biji sawi sbb kat sini tak pasti ada ker tak.....Tak sempat nak pi cari....Even tak der biji sawi tetap jadi acar jugak....Layan!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi

Cara-cara

  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.




Wednesday, May 26, 2010

Sayur Stim Sempoi

Salam semua.Hari nie aku tak berapa nak sihat.Diserang selsema dan sakit tekak.Actually,2 hari lepas,anak aku yg kena selsema.Nie dah berjangkit pulak kat aku.Biasa le tgh cuaca sejuk & hujan nie.Macam2 penyakit mudah datang.Tapi tak ler teruk sgt.Masih kuat utk berblogging & ber'fb'....:)

So,hari nie aku masak menu yg sempoi jer.Aku masak kari daging & sayur stim sempoi.Tapi lupa lak nak ambik gambo kari dgg.Next2 time le aku bg resepinya yeik.Gambar yg ada dlm PC aku hanya sayur stim sempoi.Aku dah pernah masak sayur nie.Ianya sesuai dimasak ketika malas,tak der mood memasak atau pun ketika badan tak sihat.

Caranya mudah jer.Hiris bawang merah,carrot dan bunga kobis.Kalo nak masuk sayur lain pun boleh gak.Aku guna sayur nie sbb stok sayur dlm fridge dah nak habis.Lepas tu,campurkan kesemunya dlm satu bekas.Letakkan sedikit garam & sos ikan.Kemudian,masukkan dlm periuk kukus.Tggu beberapa minit @hingga masak.Siap!!!

Wednesday, May 12, 2010

Kobis Masak Lemak

Aku selalu jer lupa nak buat en3 utuk resepi sayuran.Nie baru teringat nak masukkan resepi Kobis Masak Lemak.Sgt senang utk org2 yg malas nak masak cam aku.Tiap2 hari masak sampaikan dah tak larat nak mkn masakan sendiri.Nsb baik ler sejak ada jiran baru (Kak Gina-from KL,Msia) nie ada gak tukar2 makanan.Laju skit tekak nie nk makan.Nie la dugaan hidup sbg perantau.So,jom layan resepi pulak!!!!


Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 1/2 biji kobis - hiris ikut suka
  • 1 labu bawang besar - hiris halus
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 batang lada merah - hiris serong
  • 1 batang lada hijau - dihiris serong
  • 200 g udang hidup - dikupas kulit
  • secukup santan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan2 kecuali kobis di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kobis dan gaul hingga rata.Tambah santan jika perlu dan masak hingga kobis lembut.Siap untuk dihidangkan. 

Saturday, April 24, 2010

Pajeri Nenas

En3 hari nie resepi Pajeri Nenas.Erm,resepi nie aku masak for dinner malam tadi.Dah lama tak makan nenas.Tetiba tekak nie teringin lak.Resepi aku dah tak ingat ambik dari mana but TQ to tuan punya resepi.Sedap bangat pajeri ini.

Kalo org pregnant tu,jgn mkn nenas.Kata org tua2 nenas tu tajam & bahaya utk kandungan.Terliur jer la yeik.Kalo kempunan sgt dtg sini ambik bau jer.Jadi ler...:)................Jom layan resepi pulak!!!


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1 biji nenas masak/muda
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1btg kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah@ 1/2 biji bawang besar
  • 3-4 biji lada hijau
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  2. Nenas pula dipotong kecil.
  3. Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
  5. Kemudian masukkan nenas,lada hijau, dan garam
  6. Masak sehingga kuah pekat.
  7. Rasakan masin manisnya. Kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.


Monday, April 19, 2010

Sayur Campur Lada Hitam

Resepi sayur hari nie aku masak Sayur Campur Lada Hitam.Belajar dari arwah mak aku.Hari nie aku letak pedal ayam.Kalo yg tak suka tu,leh jer tukar dgn isi ayam or udang.


Senang je nak masak sayur nie.Letak minyak skit dlm kuali.Goreng pedal ayam tu sampai agak2 dah masak.Pas2,tumis bwg putih & bwg merah bersama pedal ayam tu hingga naik bau.Masukkan sedikit lada hitam & garam.Masukkan le sayur bok choy & carrot pulak.Goreng ler sayur tu hingga masak. Kalo nak cantik letak ler cili merah.Aku tak letak sbb dah habis stok dlm peti sejuk.Dah siap..Mudah sajakan...:)

Saturday, April 17, 2010

Labu Masak Lemak

Nie lak sayur yg simple & senang dimasak.Even dok di perantauan,tapi aku dpt gak makan labu.Macam2 pun bahan mentah mudah dpt disini.Cuma kena rajin masak jer.Resepi nie belajar dari arwah mak aku.Jom layan!!!!

Bahan-bahan
  • labu potong kecil
  • bawang putih & bawang merah & ikan bilis - ditumbuk
  • santan
  • serbuk kunyit
  • air

Cara-cara

  1. Tumis bahan ditumbuk.
  2. Masukkan labu dan kemudian air.
  3. Letak santan sikit demi sedikit
  4. Siap dihidang.

Thursday, April 15, 2010

Beans with Scramble Egg

Aku baru terperasan rupe2nya resepi sayur dlm blog aku ada satu jenis resepi jer.Lupa daaa nak upload dari blog lama aku.Nti aku uploadkan skit2 yeik.Erm,resepi sayur nie aku masak tgh hari tadi utk lunch.Tak ingat dah dari mana dpt resepi.But TQ to tuan punya resepi.Sedap&Simple...Layan!!!


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 30 batang kacang buncis (dipotong halus)
  • 2 biji telur
  • Sedikit isi ayam ( kalu nak guna ikan bilis, sotong, etc, pun boleh)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Secubit garam
  • Lada putih (nak letak cili merah pun boleh)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak . Goreng bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Kemudian masukan isi ayam goreng hingga masak.
  2. Selepas itu bolehlah letak kacang dan goreng bersama sama 2-3 minit. Pecahkan telur ke dalam kuali dan letaklah garam secukup rasa dan lada putih. Goreng sehingga masak. Siap untuk di santap.