Tuesday, July 27, 2010

Ayam Masak Palembang

Salam untuk semua.Hari nie kita nak terbang ke Palembang,Indonesia pulak yeik.Menu yg aku nak share Ayam Masak Palembang.Menu nie aku masak malam tadi for dinner.Ringkas jer masaknya.Sedap jugak sesekali tukar resepi masakan Jawa nie.Resepi aku ambik dari  myresipi ........Layan!!!


Gambar kurang jelas sbb ambik pakai h/p jer...
(camera hubby tertinggal kat office)

Bahan-bahan ( 1 family )



·         4 senduk nasi bawang besar (kisar)
·         2 senduk nasi bawang putih (kisar)
·         2 senduk nasi cili kering (kisar)
·         1 inci halia (kisar)
·         1/2 kilo santan
·         5 batang serai (dititik)
·         6 tangkai daun kari
·         kicap (kalo boleh kicap manis)
·         1 ekor ayam


Cara-cara

1.      perap ayam dengan halia yang dikisar dan bawang bawang putih
2.      tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili. biarkan garing dan naik bau
3.      masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sekejap.
4.      masukkan santan, kicap, serai dan daun kari (kicap dibubuh sesedap rasa masin dan manis dan berwarna hitam pekat).
5.      masak sampai empuk dan angkat



Monday, July 26, 2010

Telur Goreng Berlado


Menu dinner malam tadi.Sempoi jer aku masak.
Resepi tak ingat ambik dari mana.TQ to tuan punya resepi...


Bahan-bahan
  • 4 biji telur ( saiz besar )
  • 3/4 cwn minyak

Bahan tumbuk kasar
  • 4 tangkai cili kasar
  • 2 ulas bwg putih
  • 4 ulas bwg merah ( hiris nipis )
  • garam & gula secukup rasa
Cara-cara

1. Rebus telur, sejukkan & kupas
2. Panaskan minyak dalam kuali.Goreng telur hingga kekuningan.Ketepikan.
3. Tinggalkan 2 sb minyak lebihan goreng telur tadi. Tumis bwg merah hingga naik bau.
4. Masukkan bahan-bahan tumbuk, garam, gula & goreng lagi hingga masak.
5. Masukkan telur rebus goreng ke dlm sambal & gaul sebati.Angkat.Hidang.




Thursday, July 22, 2010

Tom Yum Noodles

Salam pagi dari OZ.Menu hari nie nak share Tom Yum Noodles.Menu nie dah masak 2 minggu lepas.Tapi tak sempat jer nak update kat blog.Resepi menu nie aku main hentam jer.Ikut sesedap hati aku je nak letak bahan2 dlm noodles tu.Actually,kalo aku makan dekat K-Noodles (salah satu Kedai Makan Halal),aku conpem akan order menu nie.Mmg sedap rasanya.So,dah banyak kali makan kat situ rasanya mcm dah blh agak skit bahan yg dugunakan.Hasilnya,conpem tak sesedap kedai tapi boleh la kalo nak makan sendiri.Jom layan resepi.

Bahan-Bahan:
  • rice noodles
  • bawang merah/bawang besar (dipotong bulat)
  • bawang putih (dihiris)
  • tom yum paste
  • udang basah
  • crabstick
  • fishcake
  • mushroom
  • capsicum
  • air
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bwg putih & bwg merah.Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan tom yam paste& udang basah.Kemudian kacau & masukkan air .
  4. Biarkan mendidih seketika.
  5. Kemudian,masukkan crabstick,fishcake,mushroom&capsicum.
  6. Biar mendidih lagi hingga masak.
  7. Masukkan sedikit rice noodles ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
  8. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Tuesday, July 13, 2010

Ikan Stim/Kukus II

Salam semua.Hari nie aku nak share menu Ikan Stim/Kukus.Resepi nie aku ambik dari blog yg paling glamer bab2 masak nie,blog  Hana's Family.Thanks yeik Kak Hana.Memang sedap resepi nie.Aku masak resepi nie Khamis lepas time nak buka posa ganti.Erm,sebelum nie ada gak aku buat Ikan Stim.Tapi cara yg lain.Ikan stim nie la masakan yg paling senang.Suka sgt.Layan resepi pulak...



Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap (saiz utk 3 orang makan)
4 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 inci halia - hiris halus
1 inci lengkuas - hiris halus
1 btg serai - nih hana tmbh hiris halus
Lobak merah - sagat halus
Cili besar - hiris halus (kalau suka pedas guna lada kecik)
Asam boi - tukar tomato hiris2
2 sudu besar sos tiram
1 sudu sos ikan
Sedikit garam
sedikit air
daun ketumbar

Cara Memasak
1.Semua bahan di atas diletak dalam satu bekas dan kukus dalam 5-10 minit.
2.Sedia utk dihidang.

Ayam Goreng Kentucky

Menu lunch utk hari nie sempoi jer sbb aku ganti posa.So,agak malas nak masak yg sedap2 sgt.Just masak Ayam Goreng Kentucky & Nasi Goreng Kampung for hubby&Ukail.Aku pernah buat adunan sendiri utk resepi Ayam Goreng Ala2 KFC.Tapi yg nie,aku goreng ayam guna tepung kentucky siap jer.Layan....

Saturday, July 10, 2010

Udang Masak Lemak

Salam pagi buat semua.Hari nie cuaca di Adelaide hujan.Malam tadi angin bertiup sgt kencang hinggakan dalam pukul 3.30am (waktu adelaide) elektrik tak der.Aku time tu terbangun utk buat susu si Ukail.Aku tak pasti bila letrik ada semula sbb lepas buat susu Ukail tu, aku terus sambung tido.Bangun2 pagi jer,dah ada letrik tapi hujan masih turun lagi.Memandangkan skrg nie Winter,maka bertambah sejuk ler cuaca disaat2 hujan turun nie.

Citer bab masak lak,menu hari nie aku nak share Udang Masak Lemak.Menu nie aku masak hari Rabu lepas time nak berbuka posa.Posa ganti tak habis lagi.Dah hujung2 baru kalut nak ganti.Teruk betoi aku nie.Huhuhu...Resepi lak aku belajar dari arwah mak.Sempoi&sedap.Jom layan resepi pulak!!!!


Bahan-Bahan:-
  • udang basah
  • bawang merah/bawang besar (dihiris)
  • cili merah (dihiris)
  • halia (dihiris)
  • serai (dititik)
  • daun kunyit
  • kunyit serbuk
  • asam keping
  • santan
  • air masak
  • garam
Cara-Cara:-
  1. Satukan semua bahan di atas dalam periuk.Gaul rata.
  2. Kemudian,letakkan atas dapur.Biar mendidih hingga masak.
  3. Udang Masak Lemak sedia dihidang.





Wednesday, July 07, 2010

Udang Goreng Tepung



Salam semua kawan-kawan yg tgh baca my blog nie.Menu hari nie aku nak share Udang Goreng Tepung.Dah lama aku tak makan menu nie.Kalo kat M'sia biasanya aku main order jer kat kedai.Kat sini kena la buat sendiri.Sempoi jer resepi aku nie.Main belasah jer.Aku just gaulkan self-raising flour & plain flour.Then,panaskan minyak dan terus goreng.Makan tgh panas2 dgn nasi putih hangat.Dah ler cuaca kat sini tgh sejuk.Mmg sedap kalo makan panas2...Yummy!!!!


Sup Ayam

For dinner malam tadi,aku masak Sup Ayam jer.Simple,sedap& cepat.Resepi belajar dari arwah mak.Nie la antara resepi terawal aku belajar.Tapi paling best memasak Sup Ayam kali nie sbb aku guna Sup Bunjut Adabi.Mana aku dpt???Erm,my jiran yg bagi.Dia baru terima parcel dari M'sia termasuk ler Sup Bunjut Adabi nie.TQ so much yeik Kak Gina.Layan resepi pulak...



Bahan-Bahan:-
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • serai
  • sup bunjut 
  • lada hitam/lada sulah (kalo nak pedas)
  • ubi kentang
  • daun sup
  • daun bawang
  • bawang goreng
Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih,bawang merah,halia & serai hingga naik bau.
  2. Masukkan air,ayam, kentang dan satu bungkus sup bunjut.Biarkan hingga mendidih.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit lada hitam/lada sulah.
  4. Angkat dan taburkan bahan hias.


Tuesday, July 06, 2010

Ikan Sweet Sour

Salam semua.Hari nie cuaca di Adelaide tersangat ler sejuk.Winter la katakan.Kalo masak apa2 pun kena terus makan.Kalo tak,makanan tak sampai 5 minit dah kesejukan.

So,untuk hari nie aku nak share menu Ikan Sweet Sour.Dah lama aku tak masak menu nie.Tetiba teringin lak nak makan sweet sour.Untuk dinner malam tadi,aku merajinkan diri masak sweet sour.Aku guna ikan Barramundi atau dlm melayunya kita panggil Siakap.Memandangkan kat sini tak banyak pilihan ikan,so ikan siakap nie macam ikan2 biasa jer.Sampaikan satu masa dulu aku dah stop membeli sbb dah naik jemu makan ikan nie jer.Time tu la rasa rindu kat ikan2 di Msia.Harga siakap kat sini, kalo tak silap aku dlm $14.00 per/kg.

Resepi sweet sour nie aku dah tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Mmg sedap sgt2.Aku just tambah mix vegetables sbb nak nampak cantik.Layan resepi pulak yeik...


Bahan-bahan

Utk Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang ikan apa yg sesuai digoreng (saya guna siakap)
  • *garam
  • *serbuk kunyit
Utk Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit air
  • nenas dalam tin - potong dadu
  • sedikit air nenas
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu
  • garam dan gula


Cara-cara
  • Lumurkan ikan dgn bahan2 bertanda (*). Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. Ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. Didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

Sambal Udang

Menu nie aku masak for lunch semalam.Dah namanya udang,compem la sedap.Resepi aku belajar dari arwah mak.Jom layan resepi pulak....
Bahan-bahan 
  • udang basah     
  • cili kering (dikisar)
  • bawang merah (dikisar)
  • bawang putih (dikisar)
  • halia (dikisar)
  • serai (dikisar)
  • bawang besar (dipotong bulat)
  • sedikit sos cili dan sos tomato 
  • sedikit gula & garam
  • sedikit air
  • air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • buah tomato (kalo suka)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak.Tumis bahan kisar. 
  2. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato sesedap rasa. Kacau hingga pekat.Kemudian masukkan gula dan garam.
  3. Masukkan udang basah tadi terus ke dalam kuali.
  4. Masukkan pula bawang besar yang dipotong bulat.
  5. Masukkan sedikit air asam jawa.Jika nak kuah lebih,tambah sedikit air dan kacau.
  6. Kalau suka, boleh jugak masukkan buah tomato.
  7. Kacau hingga udang sebati bersama kuah.
  8. Setelah siap dimasak, bolehlah dihidang dan ditabur bahan hias di atasnye. Siap utk dimakan.

 

Friday, July 02, 2010

Acar Rampai

Acar Rampai nie menu yg aku masak semalam.Dimakan bersama dgn Opor Daging dan Nasi Putih hangat.Mmg sedap.Resepi acar rampai nie aku belajar dari jiran sebelah umah my parents kat Msia merangkap my ex-officemate time keje dulu,Kak Mazni.TQ yeik akak sayang.Resepi nie aku belajar pun dari dalam facebook jer.Mintak resepi pas tu pandai2 jer aku buat sendiri.Ada gak rupa kira jadi ler tu.Resepi nie sempoi dan mudah jer..Layan!!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 batang timun
  • 1 batang carrot
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • 2 biji cili padi
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar.
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih.
  4. Masukkan air dan cuka. Biar sampai mendidih.
  5. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

Opor Daging

Salam semua.Menu hari nie nak share Opor Daging.1st time masak menu nie.Erm,mmg sedap resepi nie.Resepi ambik dari blog chef tersohor di Malaysia, Kak LizaHanieliza's CookingTq to tuan punya resepi. Actually,mmg aku dah lama follow resepi-resepi dari  Kak Liza nie.Sebelum aku kenal dunia blogging nie,aku selalu tengok & cuba resepi Kak Liza nie dari http://recipe.cari.com.my/eng/.Kalo nak tau,buku2 masakan Kak Liza gak ada di pasaran Malaysia.Jom layan resepi....



Bahan
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ] gaulkan
1 s/k jintan manis ] gaulkan
1 s/k jintan putih ] gaulkan
3 keping asam keping
minyak
garam


Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga mendideh dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning.