Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Monday, March 17, 2014

Ikan Talapia Bakar

Salam semua. Hari nie menu lunch tadi ikan talapia bakar. Simple je. So, kalau dah makan ikan bakar conpem la cicah air asam. Baru la mantop. 


Thursday, June 21, 2012

Ikan Kerapu Stim/Kukus

Salam semua....
Nie resepi ulangan je pun.Cuma guna ikan yg berbeza je.
Kali nie saya guna ikan kerapu untuk msk stim/kukus.
Kalo nak resepi just tekan SINI
Sekarang nie memasak semua resepi yg cepat je. 
sbb SIBUK+MALAS...:)

Saturday, April 09, 2011

Sup Ikan Kerisi

Salam kawan-kawan semua.
Resepi simple je nak share, 'Sup Ikan Kerisi'.  
Ambik resepi dari Potret Kasih.TQ.
Mmg sedap dan simple.Moh kita layan resepi ....

Bahan-bahan:-
3 ekor ikan kerisi saiz besar ( di siang dan dipotong 2 @ 3 )
1 inci halia – di potong memanjang
4 ulas bawang merah  ( di hiris )
3 ulas bawang putih ( di hiris )
4-8 biji cili padi – dipotong memanjang
sedikit serbuk lada sulah
1 camca besar sos tiram
1 sudu makan sos ikan
air untuk kuah secukupnya
garam
daun bawang
daun ketumbar
Jus limau ( jika suka sup masam – ikut suka )

Cara penyediaan
1. Tumis halia, bawang putih, bawang merah dan lada sulah hingga wangi. Kemudian masukkan cilipadi, ikan dan  air. Masak hingga kuah mendidih.
2. Bila mendidih masukkan sos tiram, sos ikan dan garam. Sesuaikan rasanya. Jika suka sup masam boleh letak jus limau.
3. Hidangkan dengan daun bawang dan daun ketumbar.

Wednesday, March 30, 2011

Singgang Ikan Selar

Salam semua kawan-kawan.Lama gak tak update blog nie.Aku dah terjangkit virus M nie.Tambah pulak dah kat Malaysia nie.Macam-macam pilihan makanan ada jual.Masak pun agak slow skit.Ditambah lagi broadband yg lembab nie.Nak loading pun macam nak tak nak jer.Ermmm,hari nie aku nak share resepi simple jer pun.Resepi Singgang Ikan Selar.Jom layan resepi pulak....


Bahan-Bahan:  
3 ekor ikan selar sedang
4 biji cili hijau (dibelah dua)
2 biji tomato (dibelah dua)
4 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit
Sedikit garam dan kunyit
Air secukupnya

Bahan-bahan dihiris:
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara: Bersihkan ikan dan ketepikan sebentar. Bubuh air secukupnya di dalam periuk dan masukkan cili hijau, bawang kecil, bawang putih, halia, asam keping, serai, daun kunyit, garam dan kunyit. Biar menggelegak baru masukkan ikan. Bila ikan masak, masukkan tomato pula. Biar lima minit, rasakan garam dan angkat.



Monday, March 07, 2011

Ikan Keli Berlada

Salam semua kawan-kawan.Alamak,bersawang dah blog aku nie!!!!Kena bersihkan cepat2 nie....hehehee....Erm,macam biasa hari nie aku nak share resepi.Nie kali pertama aku share resepi yg bersiaran dari Malaysia.So,aku share resepi Ikan Keli Berlada.Ikan keli nie fresh tau.Bukan yg frozen cam dok kat Adelaide dulu.Bila dah balik nie yg best sbb dpt makan pelbagai jenis ikan.Nak pulak dok Terengganu.Ikan compem fresh sokmo.Resepi pulak aku ambik dari dapur Potret Kasih.TQ so much.Jom kita jenguk resepi pulak....



Bahan-Bahan:-
500 gm ikan sembilang atau keli ( buang perut dan di bersihkan )
1 labu bawang besar ( di potong2 @ di tumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 batang serai ( diketuk )
2 sudu makan cili kisar
2 sudu besar sos cili
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara penyediaan
1. Ikan yang telah dibersihkan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng ikan hingga kekuningan kemudian angkat dan ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu minyak tadi di dalam kuali yang lain kemudian tumis cili kisar dan bahan bahan yang telah di tumbuk.
4. Masukkan serai kemudian goreng hingga wangi.
5. Masukkan  sos cili dan sedikit air dan masak hingga pekat sedikit.
6. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
7. Boleh kuah rata bolehlah di hidangkan.



Thursday, December 16, 2010

Ikan Pari Bakar & Bendi Rebus

Salam semua kawan-kawan.
Menu sempoi jer dinner malam tadi.Dah pernah buat pun.
Tapi gambar kurang elok sbb nak cepat.Dah kelaparan sgt.


Thursday, November 04, 2010

Telur Rebus & Ikan Kering

Resepi yg simple dan sesuai jika tahap kemalasan di dapur berada pada tahap yg terlalu tinggi...Telur Rebus & Ikan Kering jer laaaaaaaaaa.....Sedap jugak......






Wednesday, September 08, 2010

Ikan Stim Tiga Rasa

Salam semua.Wah,tak sangka pulak rasanya.Lagi 2 hari je kita nak rayakan.Cepat betoi masa berlalu.Rasa mcm baru je awal Ramadhan.Tup2,dah nak masuk Syawal....Citer bab berbuka,aku kat sini masih cam biasa.Memasak dan terus memasak.Maklum jer la tak der Pasar Ramadhan....

Berbuka semalam,menu pilihan aku Ikan Stim Tiga Rasa.Kali nie aku guna Ikan Nanagai (Ikan Merah).Resepi asal guna Ikan Siakap.Disbbkan Ikan Siakap aku dah buat masak Sweet Sour beberapa hari sebelum tu,so aku guna la Ikan Merah nie.Sedap sgt resepinya.Aku ambik dari dapur Ummi-Home Sweet Home.Jom kita intai resepi pulak...

Bahan:-
·                     1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
·                     100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
·                     2 camb minyak - untuk menumis
·                     garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:-
·                     5 ulas bawang merah
·                     3 ulas bawang putih
·                     3 cm halia muda
·                     2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
·                     1/2 kuntum bunga kantan
·                     2 helai daun limau purut
·                     4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:-
·                     2 camb cili kisar
·                     1 camb sos tomato
·                     2 camb sos plum
·                     2 camb gula pasir
·                     2 camb sos cili
·                     1 camb jus limau nipis
·                     1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
1.            Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
2.            Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
3.            Kukus hinga ikan masak.
4.            Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
5.            Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
6.            Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
7.            Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
8.            Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.




Friday, August 20, 2010

Ikan Masak Kicap

Menu nie aku masak untuk berbuka hari Rabu lepas.Resepi ambik dari myresipi. TQ to tuan punya resepi.Simple je masaknya.Tapi sedap.Kali nie aku guna ikan Tuna (Tongkol)...Layan!!!



Bahan-bahan ( 2-3 orang )

4 ekor ikan kembong/ikan selar kuning
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia - dimayang halus
1/2 cawan kicap manis
1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
garam secukup rasa
air dan minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar dimayang


Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
  3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.


    Friday, August 13, 2010

    Asam Pedas Ikan

    Salam semua.Alhamdulilah,hari nie masuk hari ke-3 kita berpuasa.Kejap jer rasanya masa berlalu.Semoga amal ibadat kita selama 3 hari nie diterima oleh Allah swt...

    Untuk menu hari nie aku nak share Asam Pedas Ikan.Menu nie aku masak untuk berbuka semalam.Resepi tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Kali nie aku masak guna Ikan Travally.Jom kita intai2 lak apa resepinya yeik...


    Bahan-bahan
    • 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
    • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
    • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
    • 2cm kunyit hidup-ditumbuk
    • 1 btg serai dititik
    • 3 btg daun kesum
    • 1 bunga kantan-dibelah dua
    • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
    • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
    • 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
    • garam dan gula (ikut rasa)
    • minyak masak
    • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
    2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
    3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
    4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan. 

    Thursday, August 12, 2010

    Gulai Tempoyak

    Salam semua.Hari nie aku nak share resepi untuk Gulai Tempoyak.Menu nie aku masak untuk hari pertama berbuka puasa semalam.Biasa le,kalo dah puasa semua teringin nak makan.Lg pun dah lama tak makan Gulai Tempoyak.Kat sini tak der ikan kembung or patin.So,aku guna ikan Salmon Trout je.Boleh la tahan sedapnya.Resepi nie aku belajar dari arwah mak.Jom kita layan resepi pulak....


    Bahan-Bahan:-
    • ikan kembung
    • taugeh kasar
    • tempoyak
    • serai-dititik
    • cili padi-ditumbuk
    • serbuk kunyit
    • garam
    Cara-Cara:-
    1. Dlm periuk, masukkan ikan kembung, cili padi dan serai.
    2. Kemudian, bancuh tempoyak dgn air.Masukkan dlm periuk dan kacau.
    3. Tambah sedikit serbuk kunyit dan garam.Kacau lagi hingga sebati.
    4. Letakkan atas api dan biar hingga mendidih.
    5. Masukkan taugeh kasar.
    6. Gulai tempoyak siap dihidang.


    Tuesday, July 13, 2010

    Ikan Stim/Kukus II

    Salam semua.Hari nie aku nak share menu Ikan Stim/Kukus.Resepi nie aku ambik dari blog yg paling glamer bab2 masak nie,blog  Hana's Family.Thanks yeik Kak Hana.Memang sedap resepi nie.Aku masak resepi nie Khamis lepas time nak buka posa ganti.Erm,sebelum nie ada gak aku buat Ikan Stim.Tapi cara yg lain.Ikan stim nie la masakan yg paling senang.Suka sgt.Layan resepi pulak...



    Bahan-Bahan
    1 ekor ikan siakap (saiz utk 3 orang makan)
    4 ulas bawang merah - hiris halus
    2 ulas bawang putih - hiris halus
    2 inci halia - hiris halus
    1 inci lengkuas - hiris halus
    1 btg serai - nih hana tmbh hiris halus
    Lobak merah - sagat halus
    Cili besar - hiris halus (kalau suka pedas guna lada kecik)
    Asam boi - tukar tomato hiris2
    2 sudu besar sos tiram
    1 sudu sos ikan
    Sedikit garam
    sedikit air
    daun ketumbar

    Cara Memasak
    1.Semua bahan di atas diletak dalam satu bekas dan kukus dalam 5-10 minit.
    2.Sedia utk dihidang.

    Tuesday, July 06, 2010

    Ikan Sweet Sour

    Salam semua.Hari nie cuaca di Adelaide tersangat ler sejuk.Winter la katakan.Kalo masak apa2 pun kena terus makan.Kalo tak,makanan tak sampai 5 minit dah kesejukan.

    So,untuk hari nie aku nak share menu Ikan Sweet Sour.Dah lama aku tak masak menu nie.Tetiba teringin lak nak makan sweet sour.Untuk dinner malam tadi,aku merajinkan diri masak sweet sour.Aku guna ikan Barramundi atau dlm melayunya kita panggil Siakap.Memandangkan kat sini tak banyak pilihan ikan,so ikan siakap nie macam ikan2 biasa jer.Sampaikan satu masa dulu aku dah stop membeli sbb dah naik jemu makan ikan nie jer.Time tu la rasa rindu kat ikan2 di Msia.Harga siakap kat sini, kalo tak silap aku dlm $14.00 per/kg.

    Resepi sweet sour nie aku dah tak ingat ambik dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Mmg sedap sgt2.Aku just tambah mix vegetables sbb nak nampak cantik.Layan resepi pulak yeik...


    Bahan-bahan

    Utk Ikan Goreng
    • Ikan - terpulang ikan apa yg sesuai digoreng (saya guna siakap)
    • *garam
    • *serbuk kunyit
    Utk Sos
    • 1 biji bawang besar - potong dadu
    • 2 ulas bawang putih - cincang
    • 1 inci halia - cincang
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos cili
    • 1 sudu sos tiram
    • sedikit air
    • nenas dalam tin - potong dadu
    • sedikit air nenas
    • lada benggala merah dan hijau - potong dadu
    • garam dan gula


    Cara-cara
    • Lumurkan ikan dgn bahan2 bertanda (*). Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
    • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
    • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
    • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. Ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. Didihkan hingga kuah agak pekat.
    • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
    • Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

    Monday, June 21, 2010

    Sambal Bilis Goreng

    Salam semua.Hari nie aku nak share beberapa menu yg dimasak.Lambat skit buat en3 baru sbb gambar baru jer transfer ker PC.So,menu kali nie Sambal Bilis Goreng.Aku tak pasti menu nie org lain biasa makan gak atau tidak.Tapi aku mmg suka.Dah lama tak masak menu nie.Tetiba lak semlam teringat.Apalagi,aku terus ler masak Sambal Bilis Goreng nie utk our lunch semalam.Resepi belajar dari arwah mak.Jom layan resepi lak...Layanzz!!!


    Bahan-bahan:-
    1. Ikan Bilis
    2. Kacang Tanah
    3. Cili Kering (dikisar)
    4. Bawang Besar (dipotong bulat)


    Cara menyediakan:-
    1. Goreng ikan bilis dan kacang tanah terlebih dahulu.
    2. Panaskan minyak.Tumis cili kering yg telah dikisar tadi hingga naik bau.
    3. Masukkan bawang besar pula.
    4. Masukkan ikan bilis dan kacang tanah.Gaul rata dan biarkan seketika.
    5. Sambal Bilis Goreng sedia dihidang.





    Monday, May 24, 2010

    Ikan Sumbat Istimewa

    Menu nie aku masak Jumaat lepas.Sempoi jer.Dah tak tau nak mkn apa for dinner,so aku masak ler ikan goreng jer.Tapi nak kasi sedap sikit aku buat ikan goreng sumbat.Untuk kali nie,aku guna ikan salmon jer....


    Resepi senang jer.Aku belajar dari arwah mak aku.Lumurkan ikan dgn kunyit dan garam.Kemudian, sumbatkan bawang putih, bawang merah, halia dan serai yang dihiris halus.Nak sedap sumbatkan juga daun kunyit.Disebabkan kat sini tak der,so aku tak masukkan pun.Dah siap semua,panaskan minyak dan terus goreng.Makan dgn sambal air asam.Mmg sedap.Nak2 lak kalo mkn tgh2 panas....Fuhhh....Layan!!!