Salam kawan-kawan semua.Tak sempat nak update blog pagi tadi.Ukail meragam sbb kurang sihat (selsema+nak demam).Nie pun tgh tido.Curi-curi la masa kejap.Hari nie just share menu sempoi dinner malam tadi, Lamb Chop & Kentang Wedges Bakar.Pernah dah buat sebelum nie.Tapi Lamb Chop tu terhangit skit sbb masuk dalam oven sekali dgn kentang.Lupa nak keluarkan dulu...
Being a full-time mother is one of the highest salaried jobs,since the payment is pure love
Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts
Monday, November 15, 2010
Monday, August 30, 2010
Lamb Chop
Salam buat semua.Alhamdulilah,hari nie genap dah 20 hari kita berpuasa.Cepat sungguh masa berlalu.Ini bermakna,tinggal 10 hari je lagi kita nak beraya.Sangat gumbira hati ini.
Citer pasal masak2 lak,menu hari nie nak share Lamb Chop.Menu nie aku masak berbuka hari Sabtu ari tu.Jemu lak mkn nasi je time berbuka.So,beralih le ke western food@makanan barat pulak.Biasa aku akan buat Chicken Chop.Tapi kali nie ubah angin lak sbb hubby teringin nak mkn Lamb Chop.Nie lah antara wishlist menu berbuka puasa my hubby.Resepi aku ambik dari myresipi.TQ to tuan punya resepi.Jom kita intai resepi pulak...
Bahan-bahan ( 2 org makan )
- 500gm daging slice/2 keping daging
- 2 sudu marjerin/butter
- skit garam
- BHN SOS BLACK PEPPER
- 1/2 sudu black pepper
- 1 sudu mentega
- 1 kuib ayam
- sebatang saderi-dicincang
- sebiji bawang besar- dicincang
- 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe)
- 2 sudu tepung gandum
- 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
- garam skit
- BHN MACARONI / COLESLAW
- segengam macaroni - direbus dan ditos
- segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
- 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
- sesudu air lemon
- BHN MASHED POTATO
- 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
- 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt
- sos black pepper/gravy
- BHN SAMPINGAN
- kentang goreng
- 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
- sebiji tomato- dihiris
Cara-cara
- Gaulkan daging ngan skit garam then goreng/grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. n balik2kan.
- Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.
- Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam.
- Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan blend dengan susu segar n tmbhkan lada itam skit. curahkan sos black pepper/gravy td.
- Hidangkan dengan kentang goreng,brokoli dan asparagus. hana wat gak chicken chop coz my kids tk mkn daging.Taraa...dah siap bleh makan. nmpk cam susah tp sebenarnya senang je..
Monday, June 21, 2010
Crumbed Fish with Chips & Mix Vege
Menu nie utk breakfast pagi semalam.Sempoi jer pun.Aku beli yg dah siap semua.Just tinggal nak goreng jer crumbed fish and chips tu.Yg mix vege lak aku rebus.Nie breakfast yg paling sesuai jika mood malas memasak berada di tahap GABAN...Layan!!!!
Sunday, May 30, 2010
Chicken Burger with Chips & Nuggets
Salam semua.Hari nie cuaca di Adelaide hujan & sejuk.Bukan setakat hari nie je,minggu lepas mmg hujan turun sepanjang minggu.Bertambah2 ler kesejukan yg sedia ada nie.Dan disebabkan hujan+sejuk,Ukail tetiba tak sihat (batuk+selsema).Dah tu aku pun terjangkit jugak.Tu la pasal lmbt update blog.Nasib baik ler hubby jer yg sihat & tak dijangkiti virus2 tersebut.
Kat bawah nie lah menu yg hubby masak time aku & ukail sakit.Nie pun atas permintaan org2 sakit.Tak larat makan nasi.Makanan cam nie jer yg berselera.Menu nie tak buat sendiri pun.Beli siap je.Tinggal goreng2 jer...Layan!!!!
Monday, April 12, 2010
Spaghetti
Selamat petang semua.Cuaca kat Adelaide hari nie mmg dingin & sejuk.Best sgt.Autumn le katakan.Perut pun lapo je memanjang sejuk2 nie.Hari nie aku masak spaghetti utk breakfast.Dah lama tak makan spaghetti.Jom layan resepi spaghetti......
Bahan-bahan (1 orang makan)
- 100g mi spageti
- 150g daging hancur (mince meat)
- 1/2 tin tomato puri
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- Sedikit sos cili
- garam /gula
- minyak
- parmesan cheese utk hiasan
Cara-cara
- Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih. Masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut. Toskan
- Panaskan kuali beserta minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah.
- Kemudian, masukkan tomato puri dan sos cili. Diikuti garam dan gula secukup rasa.Biarkan mendidih selama 10minit.
- Kemudian masukkan daging hancur.Tambah sedikit air jika perlu.Biarkan sehingga masak.
- Setelah siap, hidangkan mi di dalam mangkuk diikuti daging tadi.Tambah parmesan cheese mengikut citarasa sendiri.Siap.
Thursday, March 25, 2010
Chicken Chop
Bahan-bahan untuk:-
Chicken Chop
Peha ayam tanpa tulang (1)
Tepung (1 cawan)
Serbuk roti (1 cawan)
Telur (1 biji)
Serbuk lada putih (sedikit)
Garam (sedikit)
Minyak untuk menggoreng
Peha ayam tanpa tulang (1)
Tepung (1 cawan)
Serbuk roti (1 cawan)
Telur (1 biji)
Serbuk lada putih (sedikit)
Garam (sedikit)
Minyak untuk menggoreng
Black Pepper Sauce
Bawang besar - dicincang
Bawang putih - dicincang
Lada hitam - dikisar
Sos tiram
BBQ sauce
Honey
Kicap pekat - 2 sudu
Garam
Tepung Jagung
Air
Cara-cara untuk:-
Chicken Chop
1. Mula-mula, tabur dan ratakan garam serta serbuk lada putih bersama peha ayam
2. Selepas itu, gaulkan ayam tersebut di dalam tepung diikuti dengan telur.
3. Akhir sekali, gaulkan pula di dalam serbuk roti sehingga rata.
4. Seterusnya, panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga garing.
5. Apabila ianya benar-benar masak dan garing, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dahulu untuk membuat sajian sampingan seterusnya.
Black Pepper Sauce
1. Tumis bahan cincang
2. Masukkan lada hitam, sos tiram, BBQ sauce dan honey. Kacau sampai masak.
3. Masukkan kicap pekat dan air. Biar didih.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau sampai pekat. Siap.
Lasagna
• Kulit pasta
• Sos bolognese
• Bawang besar
• Carrot
• Daun celery
• Mince meat (daging cincang)
• Cheddar cheese
• Mozzarella cheese
• Parmesan cheese
• Minyak
Cara-cara:-
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
2. Tumiskan bawang besar bersama-sama dengan sos bolognese. Kemudian, masukkan mince meat. Biarkan masak seketika.
3. Masukkan pula daun celery dan carrot.
4. Biarkan sehingga masak. Kemudian, angkat dan ketepikan.
5. Aturkan kulit pasta di dalam aluminium foil. Kemudian ratakan sos yg ditumis tadi di atasnya.Taburkan cheddar dan mozzarella cheese.Ulangi proses ini untuk lapisan seterusnya.
6. Bagi lapisan paling atas, ulangi proses yg sama. Hanya perlu ditambah dengan taburkan parmesan cheese.
7. Akhir sekali, bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak.
Wednesday, March 24, 2010
Kentang Wedges Bakar
Bahan-bahan:-
1) Kentang saiz besar - potong wedges dan sejukkan didalam peti sejuk selama 15minit (3 biji)
2) Minyak zaiton (3 sudu besar)
3) Bawang putih - dicincang (2 ulas)
4) Serbuk lada hitam (1/4 sudu kecil)
5) Paprika (1/4 sudu kecil)
6) Garam (secukup rasa)
Cara-cara:-
Mula-mula sapu sedikit minyak pada dulang pembakar dan kemudian, aturkann kentang.
Perasakan dengan taburan garam dan serbuk lada hitam. Taburkan juga bawang putih dan paprika. Akhir sekali curahkan minyak zaiton.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius menggunakan api penuh lebih kurang 15 minit.
Setelah 5 minit, balik-balikkan kentang tersebut. Tutup semula ketuhar dan biarkan lagi sehingga kentang tersebut benar-benar masak dan bertukar warna coklat keemasan.
Kentang wedges bakar boleh dinikmati begitu sahaja ataupun enak juga jika dicicah bersama sos mustard. Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)

