Wednesday, March 31, 2010

Tag dari Mama Zakwan

Hari nie aku dgn berbesar hati nak jawab tag dari mamazakwan.Nie ler 1st tag yg aku dapat dekat blog baru nie.Jom layan tag...........

Siapakah Anda Di Rumah?
-seorang isteri & seorang mama

Siapakah Anda Di Samping Rakan?
-seorang rakan,sahabat & teman dikala susah&senang

5 Benda Yang Anda Idamkan Tapi Belum Tercapai?
- nak pusing habis tempat2 kat Australia yg tak pegi lagi before balik Msia (kalo ada duit...InsyAllah)
- nak cari kerja balik M'sia nanti (InsyAllah) 
- nak langsaikan hutang kereta & PTPTN
- nak beli Nikon DSLR camera


Ceritakan 5 Perkara Yang Anda Paling Suka Tentang Pasangan Anda?
-sgt baik hati sbb tolong coverkan hutang kereta&PTPTN aku hingga aku dpt kerja semula
-suka bawa pegi jalan2@travel 
-suka belikan barang yg aku tak suruh beli 
-suka layan Ukail kalo aku dah penat jaga Ukail
-sorang yg caring,penyayang,setia,jujur,ikhlas,sgt memahami & penyabar


Bila Tarikh Couple?
-11 Julai 2002 ( 5thn lebih bercinta pas2 baru kawin-21.12.2007)


Kenangan Pahit Anda Bersama Pasangan Anda?
-Tak ingat dah


Apa Perubahan Yang Anda Ingin Lihat Pada Pasangan Anda?
-before balik M'sia pastikan dah dpt "DR"....InsyAllah...Aminn


Tag 10 Rakan Lain (tiada paksaan-sekadar berhibur)
    -Mrs. Ann (AGS)
    -Mrs.Effa (HappyGoLucky)
    -Miss Nana (MyLolita)
    -Miss Yasmin (My Family)
    -Kak TTM (TTM)
    -Ammi Sara(Three Owlets)
    -Mama Zakwan (Superhero Mama)
    -Mama Faheem (Just a Tiny Worker Bee)
    -Mama Fia (Satu Kisah Biasa)
    -Mama Bunga (PinkyDaBlacky)
    

  


    





























Tuesday, March 30, 2010

Mushroom Soup

En3 resepi kali nie aku tujukan khas buat kawan sekolah aku Pn.Nur Dina Yasim yg kat Kedah tu.Dengar citer petang nie nak masak ala2 Western Food.Tak nak ajak aku ker???hahaha....Atas permintaan my frenz tu,aku uploadkan khas resepi nie.Try ler buat.Mmg sedap&simple.Aku dah biasa buat banyak kali resepi nie.Mmg tak ingat copy-paste dari mana.But TQ to tuan punya resepi.Reepi nie makan bersama dgn Garlic Bread.Meh kita layan resepi lak.... Layan!!!


Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. Potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. Masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. Masukkan mushroom.
  3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan ajinomoto.
  4. Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti. 



Sunday, March 28, 2010

Cucur Jagung


Resepi tak ingat copy-paste dari mana...Senang sajakan...
TQ to tuan punya resepi....

Bahan-bahan:-

1 biji jagung (dihiris)
3 cawan tepung gandum
1 biji cili merah -potong dadu (jika suka)
1 labu bawang besar-sederhana (potong dadu)
2 sudu ikan bilis
1 cawan air panas
Garam secukup rasa



Cara-cara:-

Hiris jagung 
Campurkan semua bahan kering di dalam bekas. 
Masukkan 1 cawan air panas. 
Kacau hingga rata. 
Masukkan air sejuk secukupnya. Jangan terlalu lembik. 
Sedia untuk digoreng.Sedap dimakan dengan sos cili atau kuah kacang

Daging Masak Jintan Dua Sejoli


Resepi nie aku copy paste dari sajionline......TQ

BAHAN-BAHAN:

1 kg daging direbus dan dihiris nipis
6 ulas bawang putih - kisar
2 labu bawang besar - kisar
4 cm halia - kisar
30 gm serbuk jintan manis
30 gm serbuk jintan putih
30 gm serbuk ketumbar
2 sudu besar cili kisar
2 cawan santan pekat
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

1. Daging direbus dan dihirs nipis.
2. Panaskan kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan jintan manis, jintan putih dan ketumbar dan tumis lagi sehingga naik minyak.
4. Masukkan daging yang telah dihiris nipis tadi dan kacau rata.
5. Masukkan santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa
6. Biarkan mereneh dan masak sehingga kuah agak pekat sebelum api ditutup dan diangkat. Hidangkan.

Ayam Ros


Resepi nie aku copy paste dari sajionline......TQ

Bahan-bahan:-

1) Ayam (300g)
2) Bawang putih (1 ulas)
3) Bawang merah (3 ulas)
4) Halia (1 inci)
5) Air asam jawa
6) Serbuk kunyit (sedikit)
7) Manisan (sedikit)
8) Garam
9) Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara:-
Pertama sekali, gaul garam dan kunyit pada ayam. Perap ayam seketika.

Setelah itu, tumbuk halia hingga lumat dan asingkan.

Kemudian tumbuk pula bawang merah bersama sedikit garam.

Panaskan minyak dna goreng ayam tadi. Balik-balikkan hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.

Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau dan masukkan bawang merah yang ditumbuk tadi.

Setelah garing, masukkan air asam jawa, diikuti dengan 2 cawan air.

Seterusnya, masukkan manisan diikuti dengan sedikit garam.

Kacau hingga manisan cair dan masukkan ayam tadi. Kacau sebentar dan tutup kuali. Rebus dengan api yang kecil hingga kuah sedikit kering. Proses ini mengambil masa yang agak lama.

Akhir sekali, balik-balikkan ayam seketika dan ayam ros sedia untuk dihidang.

Mee Rebus

Salam to all...
Hari nie cuaca kat Adelaide hujan sepanjang hari.Kalo dah hujan mata pun mula ler mengantuk.Hari sejuk2 macam nie mula ler bantal & tilam melambai2 ajak berbaring.Nak2 pulak baru pas pekena Mee Rebus.Perut pun kenyang.Mata pun dah makin sempit.Tapi aku nak upload dulu resepi2 yg aku dah masak sepanjang minggu nie.Pas2 baru ler boleh melelapkan mata yg dah makin sempit nie...So,jom layan resepi yeik:-

Resepi Mee Rebus nie aku copy-paste dari blog Noreen..
Mmg sedap....TQ.....


Bahan-bahan (4 orang):
400gm mee kuning - celurkan
sayur sawi secukupnya - celurkan
taugeh secukupnya - celurkan
telur rebus secukupnya
tauhu goreng secukupnya - dihiris
limau nipis/kasturi secukupnya - dibelah
lada merah secukupnya - dihiris
daun sup/daun bawang secukupnya - dihiris


bahan2 untuk kuah:
5 helai cili kering - kalau nak pedas lebihkan
segenggam udang geragau - kalau tak ada boleh gantikan dengan udang kering, tumbuk halus
1/2 labu bawang besar atau 3-5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu makan sos tomato - boleh gantikan dengan air asam jawa
2 biji keledek sederhana besar - rebus
300gm daging - direbus sehingga lembut, air rebusan jangan dibuang
udang segar secukupnya - direbus, air rebusan jangan dibuang
1 sudu besar gula melaka
garam dan perasa secukupnya
cara:

  • kisar keledek dengan air rebusan daging dan air rebusan udang
  • ketepikan
  • daging yang telah direbus tadi dihiris nipis2 dan ketepikan
  • potong kecil kedua2 bawang dan cili kering
  • panaskan sedikit minyak
  • gorengkan sekejap bawang dan cili kering
  • angkat dan biarkan sejuk
  • kemudian kisarkan dengan halia dan lengkuas sehingga halus
  • panaskan minyak dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga pecah minyak
  • masukkan sos tomato, udang geragau/udang kering dan tumiskankan lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan keledek kisar tadi, daging hiris, lebihan air rebusan udang & daging (jangan masukkan semua kerana kepekatan ikut selera masing2), gula melaka, garam dan perasa secukupnya
  • kacau rata
  • biarkan kuah mendidih dan pekat
  • akhir sekali masukkan udang
  • padamkan api
  • letakkan mee kuning, tauhu goreng, telur rebus, taugeh, sawi, cili merah, limau kasturi/nipis, daun bawang/bawang goreng ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuah ke atasnya
  • siap untuk dihidangkan



Thursday, March 25, 2010

Chicken Chop


Bahan-bahan untuk:-

Chicken Chop
Peha ayam tanpa tulang (1)
Tepung (1 cawan)
Serbuk roti (1 cawan)
Telur (1 biji)
Serbuk lada putih (sedikit)
Garam (sedikit)
Minyak untuk menggoreng

Black Pepper Sauce
Bawang besar - dicincang
Bawang putih - dicincang
Lada hitam - dikisar
Sos tiram
BBQ sauce
Honey
Kicap pekat - 2 sudu
Garam
Tepung Jagung
Air


Cara-cara untuk:-

Chicken Chop
1.      Mula-mula, tabur dan ratakan garam serta serbuk lada putih bersama peha ayam
2.      Selepas itu, gaulkan ayam tersebut di dalam tepung diikuti dengan telur.
3.      Akhir sekali, gaulkan pula di dalam serbuk roti sehingga rata.
4.      Seterusnya, panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga garing.
5.      Apabila ianya benar-benar masak dan garing, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dahulu untuk membuat sajian sampingan seterusnya.

Black Pepper Sauce
1.      Tumis bahan cincang
2.      Masukkan lada hitam, sos tiram, BBQ sauce dan honey. Kacau sampai masak.
3.      Masukkan kicap pekat dan air. Biar didih.
4.      Masukkan tepung jagung dan kacau sampai pekat. Siap.



Ayam Bakar Kasturi

Bahan-bahan (2 orang):-

  • 4 ketul peha ayam
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam

Cara-cara:-

  1. Bahan bertanda (*) dikisar bersama.
  2. Perap ayam bersama bahan-bahan dikisar, rempah kari, lada hitam, kunyit debu dan garam seketika.
  3. Kemudian bakar ayam sehingga masak (250 C ) selama 15-20 minit
  4. Boleh makan bersama roti, kepingan cheese,bake bean dan sos.

Lasagna


Bahan-bahan:-
• Kulit pasta
• Sos bolognese
• Bawang besar
• Carrot
• Daun celery
• Mince meat (daging cincang)
• Cheddar cheese
• Mozzarella cheese
• Parmesan cheese
• Minyak

Cara-cara:-
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
2. Tumiskan bawang besar bersama-sama dengan sos bolognese. Kemudian, masukkan mince meat. Biarkan masak seketika.
3. Masukkan pula daun celery dan carrot.
4. Biarkan sehingga masak. Kemudian, angkat dan ketepikan.
5. Aturkan kulit pasta di dalam aluminium foil. Kemudian ratakan sos yg ditumis tadi di atasnya.Taburkan cheddar dan mozzarella cheese.Ulangi proses ini untuk lapisan seterusnya.
6. Bagi lapisan paling atas, ulangi proses yg sama. Hanya perlu ditambah dengan taburkan parmesan cheese.
7. Akhir sekali, bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak.

Daging Dendeng


Bahan-bahan ( 4 orang ):-
• 500gm daging
• 4 biji tomato
• 2 sudu besar kicap
• 1 sudu besar gula
• garam secukupnya
Bahan A (dikisar)
• 2 sudu besar jintan manis
• 1 sudu besar jintan putih
• 10 ulas bawang merah
• 3 sudu besar cili giling
• sedikit halia

Cara-cara:-
1. Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
2. Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
3. Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.

Paprik Ayam


Bahan-bahan (4 org makan):-
• ½ ekor ayam - dipotong kecil2
• 4 ulas bwg merah - ditumbuk
• 2 ulas bwg putih - ditumbuk
• 1 labu bwg besar - dimayang
• 2 btg serai - dititik
• 2 biji buah tomato - dipotong 4
• 5 biji cili padi - ditumbuk
• 3 biji limau kasturi
• beberapa ulas daun limau purut
• bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
• sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
• bahan2 perasa (garam & gula)

Cara-cara:-
1. Panaskan kuali. Gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Kemudian, masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Salad Sambal Belacan


Bahan-bahan:-
• salad
• bawang merah/besar
• cili padi
• belacan
• garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Salad dibasuh dan kemudian dileraikan.
2. Untuk sambal belacan ,satukan kesemua bahan dan ditumbuk hingga lumat.

Ikan Stim/Kukus


Bahan-bahan ( 2 orang ):-
• 1 ekor ikan siakap saiz besar
• 1cm halia
• 2 biji lemon
• 5 ulas bawang merah
• 5 batang serai
• 2-3 biji cili
• 2-3 tangkai daun bawang
• 5 biji limau kasturi-ambik airnya
• kicap manis
• garam
• 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:-
1. Bersih ikan dan kelar.
2. Masukkan lemon,halia dan bawang merah ke dalam bahagian ikan (berhampiran kepala ikan) yg telah disiang
3. Letakkan daun bawang,garam,cili,serai dan halia yg telah dihiris di sekeliling ikan.
4. Perahkan air limau kasturi ke atas ikan.
5. Kemudian,letakkan kicap dan minyak.
6. Kukus sehingga masak
7. Ikan siakap stim siap dihidang

Paru Goreng Berlada


Bahan-bahan:-
300 gm paru [rebus dan hiris nipis]
1 labu bawang besar [potong gelang]
2 biji cili merah [hiriskan]
3 keping asam keping
minyak
garam

Bahan tumbuk/mesin:-
5 biji cili kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara-cara:-
1. Gorengkan paru yg dihiris sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing.
3. Masukkan asam keping, garam dan paru yg telah digoreng. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan.

Donat

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Roti Naik


Bahan-bahan:-
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong -saya gune tpg gandum je.
250 ml air - saya gune susu segar+ air skit.
50 g susu tepung - x letak
3/4 camca teh bread improver - x letak
180 g gula perang (brown sugar) - saya ltk 110-120g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning


Cara-cara:-
1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. Kaedah lain: Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

Nasi Minyak



Bahan-Bahan
  • 4 cwn beras basmathi
  • 6 cwn air(ikut jenis beras)
  • 1-2 biji bwg besar (hiris)
  • 2" halia (hiris)
  • 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
  • 1 cwn susu cair
  • sedikit minyak sapi utk menumis
  • sedikit garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan
  • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam

Cara-Cara
  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar,bwg putih dan halia hingga kekuningan.
  2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga.Goreng selama 5minit.
  3. Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua      bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
  4. Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam

Ikan Pari Bakar


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
• Seekor ikan pari bersaiz sederhana
• 15 tangkai cili kering
• 6 biji cili padi (kalau nak pedas tambah la lagi)
• 3 tangkai serai
• 1 sdb jintan kasar
• 1/2 sdb jintan halus
• 1 inci belacan
• Gula (sckp rasa)
• Garam (sckp rasa)
• Minyak utk mnumis
• 4 biji limau kasturi

Cara-cara
1. Blenderkan semua bahan2
2. Tumiskan semua bahan tadi sehingga naik minyak
3. Letakkan sambal tersebut didalam kuali yg tlh dialas aluminium foil.Letakkan ikan pari,tutup kuali balikan shingga ikan tersebut masak.
4. Perahkan limau kasturi di atas ikan tersebut.

Asam Pedas Ikan Pari


BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan pari
200 gm cili kering (kisar)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
50 gm belacan
2 cm halia (jika suka)
50 ml air asam jawa
200 gm kacang bendi
150 gm daun kesom
1 kuntum bunga kantan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan belacan hingga halus.
2.Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak.
3.Masukkan air asam jawa dan ikan. Masukkan garam.
4.Apabila kuah sudah mendidih, masukkan bendi, daun kesom dan bunga kantan.
5.Tunggu hingga bendi lembut. Air boleh ditambah untuk mendapatkan kuah yang lebih.

Wednesday, March 24, 2010

Ayam Grill Madu




Bahan-bahan

  • 500g ayam
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
(BAHAN DI TUMBUK )
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar.

Daging Masak Merah Ala Thai


Bahan-bahan
· Daging - direbus hingga empuk dan dihiris nipis (400g)
· Air rebusan daging (2 cawan)
· Bawang Besar - dihiris bulat (1 biji)
· Daun Bawang - dipotong kasar memanjang (1 tangkai)
· Pes Cili (2 sudu besar)
· Sos Cili (2 sudu besar)
· Sos Tiram (2 sudu besar)
· Sos Ikan (4 sudu besar)
· Gula (secukup rasa)
· Garam (secukup rasa)
Cara-cara
1. Tumis pes cili hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, gula, garam, dan hirisan daging. Kacau rata.
3. Curahkan air rebusan daging. Biar hingga mendidih dan kuah agak kering.
4. Masukkan hirisan bawang besar.
5. Goreng hingga bawang layu dan daging sebati bersama semua rasa.